"Sesungguhnya
pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu
bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat
dan orang yang banyak mengingati Allah". {Petikan dari Surah Al-Ahzab[Tentera Ahzab](33:21)}
1.Posting kali ini akan membicarakan tentang pengharaman Islam ke
atas pemakaian kain sutera oleh kaum lelaki. Sutera dihasilkan dari kepompong
ulat sutera yang dipintal menjadi serat sutera. Ada ratusan jenis ulat
sutera, namun sutera yang terbaik dihasilkan oleh kepompong dari ulat sutera
pokok malberi yang memiliki nama saintifiknya, Morus Alba.
2.Sebut sahaja sutera semua orang sudah mengetahuinya bahawa ia
adalah sejenis kain yang bertekstur lembut, cantik dan tinggi nilainya. Bagi
sesetengah orang, dapat memiliki sehelai sutera sudah menjadi kepuasan
bagimereka. Namun demikian sutera
adalah diharamkan pemakaiannya di kalangan kaum lelaki.Ia menjadi satu lagi barangan yang
dilarang dalam Islam untuk kaum lelaki selain dari emas.Apakah hikmah emas dilarang pemakaiannya dalam Islam
dikalangan kaum lelaki telah dipaparkan dalam blog ini melalui satu artikel bertajuk: “EMAS: KENAPA ISLAM HARAMKAN LELAKI
MEMAKAINYA?”. Ia telah diterbitkan pada 25.2.2016 lalu.
3.Sutera tulen adalah diharamkan pemakaiannya bagi kaum lelaki
tetapi tidak kepada kaum wanita. Pengharaman ini berdasarkan sabda-sabda
Rasulullah SAW seperti berikut:
3.1.Hadis riwayat Ali bin Abu Thalib ra., dia
berkata: Dihadiahkan kepada Rasulullah SAW kain sutera bergaris. Rasulullah SAW
mengirimkannya kepadaku maka aku pun memakainya. Tetapi aku melihat kemarahan
di wajah baginda. Baginda bersabda: “Sungguh,
aku mengirimkan pakaian itu kepadamu bukannya untuk engkau pakai tetapi aku
mengirimkannya agar engkau memotong-motongnya menjadi kerudung buat para
wanita. (Hadis riwayat Muslim).
3.2.Hadis riwayat Anas bin Malik ra. Beliau
berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa mengenakan pakaian sutera di dunia, maka dia tidak akan
memakainya lagi di akhirat”. (Hadis Riwayat Muslim).
3.3.Hadis riwayat Uqbah bin Amir ra., dia
berkata: Rasulullah SAW diberi hadiah sejenis pakaian luar dari sutera. Beliau
memakainya untuk mendirikan salat. Ketika selesai salat, beliau segera
menanggalkannya dengan tergesa gesa seperti tidak menyukainya, kemudian
bersabda: “Tidak layak pakaian ini untuk
orang-orang yang bertakwa”. (Hadis Riwayat Muslim).
3.4.Dari Abu Musa Al Asy’ari, dia berkata bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Diharamkan
bagi laki-laki dari umatku sutera dan emas, namun dihalalkan bagi perempuan.” (Hadis
Riwayat Tirmidzi).
4.Walaupun begitu, sutera boleh dipakai oleh kaum lelaki dalam
keadaan-keadaan terpaksa. Hadis riwayat Anas bin Malik ra. katanya: Rasulullah SAW
telah memberi kelonggaran kepada Abdurrahman bin Auf dan Zubair bin Awwam untuk
memakai pakaian sutera dalam perjalanan kerana kudis yang mereka deritai atau
disebabkan penyakit mereka. (Hadis Riwayat Muslim).
5.Persoalan yang timbul di sini ialah kenapa kain sutera
diharamkan kepada kaum lelaki memakainya tetapi tidak bagi kaum wanita. Terdapat
beberapa pandangan ulama kenapa pemakaian sutera diharamkan untuk kaum lelaki.Antaranya ialah:
5.1.Untuk menjaga penampilan dan sifat kelakian.
Islam amat menitik berat cara pemakaian penganutnya selaras dengan Islam itu
sendiri yang melambangkan perjuangan dan kekuatan di mana kaum lelaki adalah
tunggak dalam memimpin perjuangan tersebut. Jika dilihat pada pandangan lahiriah,
sutera amatlah tidak sesuai dipakai oleh kaum lelaki kerana ia menampakkan
kelembutan dan kelemahan apabila ia dipakai.
5.2.Sudah menjadi fitrah bagi kaum lelaki
yang tidak suka berhias-hias sebagaimana kaum wanita. Jika berlebihan dalam
berhias dibimbangi mereka mungkin akan berubah perwatakan kepada perempuan dan
lebih tertarik kepada koleksi-koleksi hiasan yang lain. Justeru, Rasulullah
mencegah awal-awal lagi sebelum umatnya diperlekehkan oleh penganut-penganut agma
lain. Islam amat menitikberatkan soal memelihara maruah penganutnya.
6.Sebagai orang Islam kita wajib mematuhi sepenuhnya ajaran Islam
yang di bawa oleh Rasulullah SAW.Setiap
perkara yang telah ditentukan haram hukumnya oleh agama maka pemakainya sudah
tentu akan mendapat dosa.Memakai baju
batik sutera dikalangan orang Islam Melayu adalah agak lumrah kerana ia
seolah-olah melambangkan status pemakainya. Fenomena ini berlaku kerana
kurangnya sensitiviti orang Islam sendiri kepada larangan dalam agama Islam.Samalah halnya dengan amalan merokok yang
dilakukkan oleh orang Islam walaupun hukumnya jelas haram dan berdosa.Hanya iman dan taqwa sahaja yang dapat menghalangnya
“Tiga macam yang
tidak diketahui kecuali pada tiga macam:
1. Orang yang
sabar tidak diketahui kecuali ketika marah.
2. Orang yang
berani tidak diketahui kecuali ketika perang.
3.Saudara tidak
diketahui kecuali ketika berhajat (ada kepentingan)”.
1.Pada 9.5.2015 yang lalu saya telah memaparkan kesah penderitaan
dan kesengsaraan umat Islam Rohingya Myanmar. Kesah tersebut mencakupi
tajuk-tajuk ringkas seperti sejarah umat Islam Rohingya di Myanmar, kenapa
mereka dibenci, bentuk-bentuk penindasan ke atas mereka dan reaksi dunia terhadap penderitaan
dan kesengsaraan mereka.Kesah itu saya
muatkan dalam artikel bertajuk "ETNIK
ROHINGYA MYANMAR : BERDOSAKAH MEREKA KERANA BERAGAMA ISLAM?".
2.Bagi posting kali ini kita akan sama-sama mengikuti apa yang
sedang berlaku di kalangan umat Islam Rohingya bagi menghadapi derita yang
seakan-akan tiada penghujungnya itu. Mereka nampaknya tidak mampu lagi
menanggung derita penindasan dan penyeksaan yang melebihi 70 tahun dari penganut agama Buddha
Myanmar.Untuk mengharapkan bantuan dan
sumbangan umat Islam dari negara lain adalah amat sedikit serta kurang
kesungguhan. Pilihan yang ada kepada mereka untuk mempertahankan hak di tanah
air sendiri adalah dengan membina kekuatan ketenteraan sendiri.Apa yang sedang mereka lakukan kini adalah
bagi memenuhi firman Allah SWT dalam surah Al-Anfal
[Harta Rampasan Perang](8:60) yang berbunyi:
"Dan
sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis
kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap
sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu
serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang
Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan
disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.
3.Umat Islam Rohingya Myanmar memilki pertubuhan sendiri
untuk menjaga kepentingan mereka, iaituRohingya Solidarity Organisation (RSO) yang
diketuai oleh seorang presiden. Mereka telah membentuk satu pasukan tentera mujahidin
sendiri untuk berjihad di jalan Allah. Mereka mahu mencari mati syahid. Panglima
tentera mujahidin Rohingya ialah Abu Shafiyah.Menurut beliau, pasukannya sangat memerlukan bantuan anggota dari negara
lain untuk berjuang dalam pasukan mujahidin Rohingya.Selain itu juga mereka memerlukan bantuan
kewangan dan persenjataan.
4.Dua orang wakil mujahidin Rohingya, iaitu Abu Shafiyah dan Abu
Arif (wakil Majlis Ulama Rohingya) pernah melakukan lawatan ke wilayah
Jabodetabek, Pamulang Indonesia. Tujuan mereka ialah untuk mendapatkan sokongan
pejuang Indonesia untuk bersama-sama berjihad menentang penindasan orang Buddha
Myanmar yang disokong tentera Myanmar. Mereka sangat mengalu-alukan penglibatan
umat Islam dari negara negara lain untuk menyertai mujahidin Rohingya berjuang
di Myanmar.
5.Diberitakan juga mujahidin Rohingya kini sedang menjalani
latihan perang di suatu tempat yang dirahsiakan.Merayap, berlari, melompat, memanjat tali,
dan meniti titian tali dari ketinggian 5 meter adalah latihan-latihan asas
jasmani yang dilalui mujahidin. Mereka juga telah diperkenalkan dengan senjata
api dari jenis AK-47.Mereka belajar
membuka, memasangdan menggunakan
senjata tersebut.
6.Dengan kemampuan terhad yang mereka miliki, mereka telah berusaha membentuk pasukan mujahidin dengan dimulai oleh seramai 300 orang pemuda Islam. Mereka
telah dilatih untuk menjadi mujahidin. Mampukah mereka mencapai kemenangan ke
atas rakyat beragama Buddha yang disokong tenteradengan kelengkapan persenjataan yang lebih
canggih.Sesungguhnya tidak ada apa yang
mustahil jika telah datangnya pertolongan dari Allah SWT.Bukankah kita pernah mendengar kesah peperangan
pertama dalam Islam, iaitu Perang Badar Al-Qubra di zaman Rasulullah SAW?.Bagaimana mungkin tentera Islam pimpinan
Rasulullah seramai 313 orang boleh memenangi peperangan melawan 1,000 tentera musyrikin Mekah
jika bukan dengan pertolongan dari Allah yang menghantar tentera-tenteraNya
yang terdiri dari malaikat dan makhlukNya yanglain. Sejarah telah mencatatkan musyrikin Quraisy yang mati dalam perang tersebut ialah
seramai 70 orang termasuk Abu Jahal dan 70 yang lainnya tertawan. Sedangkan
dipihak kaum muslimin yang syahid di jalan Allah hanya seramai 14 orang sahaja.
7.Ingatlah bahawa Allah SAW telah berfirman
dalam surah Al-Baqarah [Lembu Betina](2:249)
yang berbunyi:
“Kemudian
apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: “Sesungguhnya
Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu
yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak
merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang
menceduk satu cedukan dengan tangannya”. (Sesudah diingatkan demikian) mereka
meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil
dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai
itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): “Kami pada hari ini
tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”. Berkata pula orang-orang yang
yakin bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak
(yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang
banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang
sabar”.
8.Selain dari peristiwa Perang Badar, kebenaran dan ketepatan
firman di atas telah terbukti dalam beberapa peristiwa peperangan lain.Contohnya ialah perang penaklukan Kota
Konstantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Kesahnya dipaparkan dalam blog
ini pada 4.1.2015 dengan tajuk “SULTAN
MUHAMMAD AL-FATEH: PELAKSANA JANJI RASULULLAH SAW”. Contoh lain ialah
penaklukan Sepanyol oleh tentera-tentera Islam pimpinan Tariq bin Ziyad.Kesah ini pula dipaparkan dalam artikel
berjudul“TARIQ BIN ZIYAD: PENAKLUK ANDALUSIA
(SEPANYOL)” yang diterbitkan pada 27.2.2015.
9.Walau bagaimanpun syarat kemenangan bagi mujahidin Rohingya
bukanlah senang. Jalan yang perlu dilalui mereka adalah jalan berliku yang
dipenuhi ranjau dan duri. Sesungguhnya syahid sedang menanti mereka jika itulah
nawaitu mereka. Mereka pula wajib berjuang semata-mata atas dasar jihad kerana
Allah SWT yang disertai dengan doa dan munajat yang tidak putus-putus kepada Allah
SWT.Penyerahan diri serta memohon
kemenangan hanya semata-mata kepada dan kerana Allah.Mereka perlu mencontohi gerakan pejuang mujahidin Harakah Al-Muqawamah Al-Islamiyah (HAMAS) Palestin. Kini
HAMAS dipimpin oleh Ismail Haniyeh. Tentera Israel tidak pernah merasa gentar kepada
tentera Palestenian Liberation Organization(PLO) yang dipimpin oleh Mahmud Abbas. Ini kerana perjuangan PLO tidak bertunjangkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Yang digeruni mereka ialah
tentera-tentera briged Izzudin Al-Qassam HAMAS yang dipimpin oleh Komandan Mohammad Deif. Kenapa?. Ia kerana para mujahidin briged Al-Qassam sangat dekat
dengan Allah.Mereka tidak pernah
tinggal solat, sentiasa membaca Al-Quran, kerap solat hajat serta solat-solat
yang lain. Sentiasa bermunajat kepada Allah. Kita pernah mendengar berita
peperangan antara mujahidin HAMAS dengan tentera Israel. Jelas sekali telah
datang pertolongan Allah kepada mujahidin HAMAS seperti yang dilaporkan dalam peristiwa-peristiwa berikut:
9.1.Ketika pertempuran di Mighraqah di mana
pesawat-pesawat tempur Israel menggempur dan mengepung mujahidin dari atas
kepala mereka. Mereka tidak dapat bergerak. Tiba-tiba datang awan mendung yang
memayungi mereka dan menutupi pesawat tempur Israel untuk melihat ke bumi. Maka
para mujahidin pun bergerak bagi menghindarkan diri mereka dari tempat itu.
9.2.Ada juga cerita seorang mujahid yang
mengalami sendiri bersama rakan-rakannya yang sedang berada di sebuah rumah.
Bom dan peluru berpandu dari pesawat dan kereta kebal Israel menggempur mereka
habis-habisan, namun tidak seorang pun yang terkena serangan itu. Sebahagian
dari mereka merasa takut. Namun tiba-tiba "dia" mengajak kami menghalang
kereta-kereta kebal Israel yang menyerang kami sehingga Allah memberikan
pertolongan untuk meledakkan beberapa kereta kebal Israel yang ada.
9.3.Seorang mujahid menceritakanbahawa mereka melihat dua kereta kebal
meletup dan terbakar di tempat mereka memasang bom di tepi jalan. Ketika mereka pergi menghampiri dua kereta kebal Israel yang meletup itu, ternyata bom tepi jalan
yang mereka pasang itu belum meletup.
9.4.Seorang mujahid lain menceritakan bahawa dia
bersendirian ketika memasang bom tepi jalan. Beberapa saat kemudian dia sudah
dikepung oleh kereta-kereta kebal Israel. Dalam keadaan yang cemas itu, dia
berbisik dalam dirinya, “carilah tempat yang lebih aman”. Namun dia mendengar
satu suara tanpa diketahui dari mana datangnya; “tetaplah berada di tempatmu”.
Maka dia tetap berdiri di tempatnya dan tiba-tiba ketenangan dirasai dalam
hatinya dan Allah memberikan pertolongan dengan meletupnya kereta-kereta kebal
Israel.
9.5.Seorang mujahid lain menceritakan bahawa
ketika dia hendak melepaskan roket, dia merasa ada “orang” yang membetulkan
sasarannya ke kanan dan ke kiri.
9.6.Bau wangian yang keluar dari poket baju jasad
seorang mujahidin yang syahid bernama Abdullah As-Shanik sedangkan dia sudah 20
hari disemadikan. Bau wangian yang sama keluar dari jasad Syahid Musa Hasan Abu
Nar yang terbunuh dan darahnya memancut keluar membasahi lantai masjid. Walaupun
darah itu dibersihkan namun baunya masih wangi.
9.7.Temubual dengan askar-askat Israel yang
disiarkan oleh Channel 10 televisyen Israel.Mereka mengatakan bahawa mereka
menyaksikan lembaga aneh yang mereka yakini sebagai hantu yang keluar dari bumi
dan memerangi mereka.
9.8.Ada juga kesaksian dari seorang askar Israel
yang buta matanya akibat dilempar dengan pasir oleh seorang laki-laki yang
berpakaian serba putih.
9.9.Ketakutan yang Allah campakkan ke dalam
hati-hati tentera Israel menjadikan mereka yang memiliki senjata jauh lebih
canggih dari senjata kaum mujahidin Palestin takut untuk membuat serangan dan
hanya menyerang kanak-kanak, wanita, orang-orang tua dan orang awam yang tidak
membawa senjata.
10.Tahukah kita bahawa Allah SWT telah pun menunjukkan tanda-tanda
pertolonganNya kepada hambanya yang beriman dan sedang ditindas di Myanmar. Pada 24.8.2016 lalu telah berlaku gempa
bumi berukuran 6.8 skala Richter. Gegaran ini memakan korban seramai 12 orang dan 16 orang cedera. Gegaran gempa
terasa kuat hingga ke kota Yangon, kota terbesar di Myanmar dan beberapa kota
lainnya. Ia telah mengakibatkan beberapa bangunan kedai di kota Yangon bergegar. Gegarannya dapat dirasai hingga kesebahagian
wilayah Benggala Barat, Jharkhand, Bihar dan Assam, India.Gegaran jugaturut merosakkan dua buah pagoda.
Htees, yang didirikan di puncak dua pagoda yang terletak di Kota Praja
Salingyi, Daerah Yinmar Pin dan Kota Praja Chaung Oo, DaerahWilayah Sagaing jatuh akibat kuatnya gegaran.
VIDEO GEMPA BUMI DI BUMI MYANMAR
KEROSAKAN PADA PAGODA BUDDHA SELEPAS GEMPA BUMI
11.Selamat berjuang saudara-saudaraku. Kamu bakal menjual jiwa-jiwa kamu dan
harta benda kamu dengan balasan syurga Allah. Allah pasti akan membelinya dengan harga
yang sangat mahal. Bergembiralah dengan perniagaan kamu itu dan itulah kemenangan
hakiki yang sangat besar untuk kamu semua. Kamu mencari mati syahid. Syahid adalah satu satunya senjata umat Islam yang tidak akan dimiliki oleh mana-mana orang bukan Islam di dunia ini. Beruntunglah kamu jika nantinya mati syahid kerana mempertahankan kesucian agama Allah, Islam yang maha suci. Sudah pastinya mati syahid itu jauh lebih mulia dari hidup yang dihina serta dizalimi oleh musuh-musuh Allah. 12. Sesungguhnya umat Islam diseluruh dunia yang merupakan saudara-saudara kamu akan sentiasa mendoakan kemenangan kamu di medan jihad. Itulah sahaja yang kami dapat lakukan kerana sumbangan untuk menjadi mujahidin tidak mampu kami lakukan. Bagi yang berkemampuan hulurkanlah sumbangan kewangan kepada saudara saudara kita yang tertindas. Allah pasti akan bersama sama dengan kamu wahai para mujahidin selagi mana kamu berjuang di atasjalanNya.
SELAMAT BERJUANG DAN SELAMAT MAJU JAYA WAHAI PARA MUJAHIDIN ROHINGYA.
“Raihlah ilmu, dan
untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar”. ~ Mutiara Kata Khalifah
‘Umar AlKhattab