Sunday 24 January 2016

DR. FIDELMA O'LEARY : MENERIMA HIDAYAH ALLAH SETELAH KAJI SUJUD DALAM SOLAT




“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah” {(Petikan dari Surah Al-Kautsar[Telaga Kautsar](108:2)}


“Barang siapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman”. {Petikan dari Surah Al-Anam[Binatang Ternakan](6:125)}
 
Inspirasi 34+ Gambar Orang Sujud
 
1. Salah satu dari pergerakan dalam solat ialah sujud. Sujud bermakna meletakkan tujuh anggota badan iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut, dan dua hujung jari kaki pada lantai. Sujud adalah posisi badan yang menggambarkan seseorang itu sedang merendah dan menghinakan dirinya kepada Allah SWT, membesarkan Allah, memuji Allah dengan mengungkapkan perkataan yang bermaksud “Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan Segala Kepujian BagiNya”. Perbuatan ini boleh mengikis sifat sombong, riak dan takkabur pada diri seseorang kerana menyedari bahawa hanya Allah yang maha tinggi dan memiliki segala sifat kepujian.

                                                                   Profesor Biologi Ini Bersyahadat Setelah Meneliti Keajaiban Sujud –  Eramuslim     
                       DR.FIDELMA O'LEARY
 
2.   Sebagai seorang Islam apa yang kita perlu yakini ialah setiap perbuatan dalam solat itu pasti ada kebaikan untuk pelakunya dari segi kesihatan. Memanglah Rasulullah SAW tidak memperincikan kebaikannya dari segi kesihatan.  Tahukah kita bahawa seorang doktor perempuan beragama Kristian Katholik menganut Islam kerana mengkaji sujud dalam solat. Beliau ialah Dr. Fidelma O’Leary yang dilahirkan di Ireland. Beliau memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang Neuroscience dari Fakulti  Sains Biomedical di University of Texas Health Science Center, Amerika Syarikat. Beliau juga adalah seorang Associate Professor Biologi di St. Edward’s University  Austin, Texas.
KETIKA BERDIRI SEBELAH MASJIDIL HARAM, MEKAH

3.  Bagaimanakah boleh datangnya hidayah Allah kepada beliau. Ia bermula apabila beliau melakukan kajian urat saraf. Didapati ada  beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah.  Sedangkan setiap ruang otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Selepas kajian dijalankan, beliau mendapati darah tidak memasuki sepenuhnyta urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud seperti semasa mengerjakan solat. Darah dengan mudah turun ke otak semasa sujud kerana kedudukan otak adalah lebih rendah dari jantung yang mengepam darah tatkala sujud. Urat saraf memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat saraf tersebut mengikut kadar solat waktu yang diwajibkan oleh Islam.   Jika seseorang tidak menunaikan solat, otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Tidak lama selepas kajian ini beliau telah menganut Islam setelah timbul kesedaran bahawa agama Islam adalah agama benar yang datang dari tuhan yang mencipta manusia.


DR. FIDELMA DI GOLDWIN SMITH HALL AUDITORIUM KETIKA MENJAWAB SOALAN BERKENAAN HAJI YANG PERNAH DIKERJAKANNYA

4.   Dengan penemuan Dr. Fidelma ini mungkin bolehlah kita merumuskan bahawa penciptaan dan kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk mereka menganuti agama Islam.  Ini kerana hanya dalam agama Islam sahaja ada solat yang memerlukan sujud. Subhanallah.

           Video tentang Dr. Fidelma setelah menganut Islam                                                                                    

“Umur adalah pinjaman dari Allah SWT. Satu masa nanti ia akan ditanya olehNya.  Lakukahlah yang terbaik untuk masa depan kita diakhirat dengan bekalan yang ada. = Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

No comments:

Post a Comment