Thursday 28 January 2016

PERGERAKAN GUNUNG-GANANG : KEBENARAN AL-QURAN DISAHKAN


1.  Dalam Surah An-Naml[Semut](27:88), Allah SWT berfirman yang berbunyi:


“Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

2.   Maha benar Allah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana. Lebih 1,400 tahun lampau mustahil ada manusia yang mengetahui bahawa gunung ganang itu boleh bergerak.  Apatah lagi Muhammad bin Abdullah, Rasulullah seorang yang ummi, buta huruf. 
 
ALFRED LOTHAR WEGENER

3.   Kebenaran firman Allah di atas kini telah disahkan oleh pakar-pakar dalam bidang geologi. Pergerakan gunung berlaku kerana terjadinya perlanggaran dalam bumi (earth crush). Pada tahun 1912, ahli geologi Jerman bernama Alfred Lothar Wegener ( November1880 hingga November 1930)  berkata pada asalnya keseluruhan bumi ini bercantum tapi lama kelamaan ia berpisah ikut arah yang berbeza.  Wegener telah mengemukakan teorinya dalam sebuah tulisan yang diterbitkan dalam tahun 1915 bahawa sekitar 225 juta tahun lalu seluruh tanah daratan yang ada di permukaan bumi adalah satu kesatuan yang dinamakan Pangaea. Daratan ini terletak di kutub selatan. Sekitar 150 juta tahun lalu, Pangaea terbelah menjadi dua bahagian yang masing-masingnya bergerak ke arah yang berbeda. Salah satu daratan atau benua raksasa ini adalah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Benua raksasa kedua adalah Laurasia, yang terdiri dari Eropah, Amerika Utara dan Asia, kecuali India. Selama 150 tahun setelah pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia terbahagi menjadi daratan-daratan yang lebih kecil. Benua-benua yang terbentuk kerana terbelahnya Pangaea telah bergerak pada permukaan bumi secara terus-menerus sejauh beberapa sentimeter setiap  tahun. Peristiwa ini juga menyebabkan perubahan perbandingan luas antara wilayah daratan dan lautan di bumi.

4.   Hanya pada tahun 1960an, 30 tahun selepas kematian Wegener barulah kenyataannya telah disahkan.  Kenyataan pakar-pakar dalam bidang geologi kini ialah: 

“The crust and the uppermost part of the mantle, with a thickness about 100 kms are divided into segments called plates. There are six major plates, and several small ones. According to the theory called plates tectonics, these plates moves about on earth, carrying continents and ocean floor with them. Continental motion has been measured at from 1-5 cm per year.  As the plates continue to move about, this will produced a slow change in earth’s geography. Each year for instance, The Atlantic Ocean becomes slightly wider.”  (Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F.Howe, General Science, Allyn & Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, p.305)

5.  Dalam firman Allah di atas menyebut tentang pergerakan gunung sebagaimana berjalan/bergeraknya awan. Kini, pakar geologi menggunakan istilah “continental drift” atau “gerakan mengapung dari benua” untuk pergerakan tersebut. (National Geographic Society, Powers of Nature, Washington D.C., 1978, p.12-13).

6. Terdapat juga berita yang mengatakan rakaman satelite turut membuktikan Jazirah Arab serta gunung ganangnya didapati bergerak mendekati Iran beberapa sentimeter setiap tahun . Didapati juga pantai timur dan selatan Somalia kini dalam proses pemisahan dan telah membentuk lembah yang membujur ke selatan melalui deretan danau Afrika. Kepingan tektonik benua Australia juga sedang bergerak ke arah utara dengan kelajuan 6 sentimeter setiap tahun.

7.   Lebih 60 juta tahun dahulu, berlaku pergerakan plat tektonik bumi yang bergerak sepanjang masa dan akhirnya bertembung satu sama lain. Akibatnya  satu plat terangkat ke atas dan satu lagi ke bawah. Dari plat yang terangkat ke atas itulah akhirnya terbentuk gunung Everest dan gunung–gunung yang lain.

8.   Allah SWT menjadikan gunung-gunung itu sebagai pengimbang berat kepada bumi. Kerana itulah gunung ada di seluruh benua yang  diimbangkan pula dengan lembah, datarannya serta lurah disekitarnya. Gunung berfungsi untuk memasak bumi dengan kekuatannya yang membolehkan berat planet bumi terus seimbang dan beredar sejajar pada orbitnya.

9.   Masyaallah. Bukankah penemuan–penemuan saintis serta geologis ini membuktikan bahawa Al-Quran itu benar-benar datangnya dari tuhan (Allah) pencipta alam ini?. Jika tidak, mana mungkin apa yang diberitakan dalam Al-Quran lebih 1,400 tahun lalu itu benar-benar berlaku kini.  Maka maha benarlah agama Islam yang datangnya dari Allah yang dibawa melalui lidah rasulnya Muhammad bin Abdullah, Rasulullah SAW. Tidak ada kitab agama lain di dunia yang menceritakan fenomena alam seperti ini, melainkan Al-Quran.  Justeru, bukti apakah lagi yang dinantikan oleh orang bukan Islam untuk membenarkan agama Islam ini bahawa ia adalah agama yang sebenar untuk seluruh manusia di dunia ini.

“Bila tiba cuti sekolah, anak-anak berduyun-duyun pulang ke kampong. Alhamdulillah.  Tetapi sedarkah kita, apabila tiba di akhirat kelak, tidak ada lagi balik kampong.  Orang Kelantan tidak boleh pulang ke Kelantan, orang Trengganu tidak boleh pulang ke Trengganu.  Semuanya kekal di akhirat tanpa dapat balik semula.  Beringatlah sebelum tiba masanya di mana kita tidak dibenarkan balik ke kampong lagi.” = Mutiara Kata Almathum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

No comments:

Post a Comment