Tuesday 26 January 2016

PANDUAN PENJAGAAN KESIHATAN DARI RASULULLAH SAW



“Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”. {Petikan dari Surah Al-Anbiyaa[Para Nabi](21:107)}.

1.   Rasulullah SAW melarang umatnya minum sambil berdiri. Ini kerana dari segi perubatannya, dalam badan manusia terdapat penapis yang dipanggil sfringer. Penapis tersebut dapat terbuka ketika kita duduk dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% bersih untuk di proses oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak ditapis oleh sfringer kerana ia tertutup. Air yang tidak ditapis oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing.  Ini boleh memungkinkan penyakit batu karang.

2.  Air yang panas dilarang ditiup. Ini kerana pada udara hembusan tersebut terdapat karbon dioksida (CO2). Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut ke dalam air dan akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yang boleh menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak selesa.

3.  Menggalakkan mandi sebelum waktu subuh.  Ini kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak dalam badan.

4.   Melarang makan yang diselang-seli dengan minum air kerana ia boleh menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan perut kita berangin.

5.   Rasulullah tidak akan bercakap melainkan dengan hidayah dari Allah SWT. Justeru setiap suruhan dan larangan dari Rasulullah pasti memberi kebaikan kepada manusia. Berusahalah untuk mengamalkan suruhan dari Rasulullah. 

“Saya berpesan kepada semua pemimpin masyarakat umat Islam. Jagalah tiga perkara ini. Pertama – jangan merokok. Kedua - solat berjemaah. Lazimilah ke masjid ataupun surau.  Ketiga - jika ada pertemuan dengan masyarakat seperti majlis ceramah dan sebagainya, adakanlah pada waktu solat agar dapat solat bersama dengan masyarakat. Contohnya, jika ceramah lepas waktu Isyak, tunaikanlah solat Isyak berjemaah dan teruskanlah program.  In sha Allah, kita akan dikeberkati oleh Allah SWT.” =Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

No comments:

Post a Comment