"Atau
seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di
atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gelita yang berlapis lapis. Apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat
melihatnya, (dan) barang siapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah
tiadalah dia mempunyai cahaya sedikit pun. " Petikan dari surah
An-Nur[Cahaya](24:40).
1. Begitulah bunyinya firman Allah SWT lebih 1,400 tahun yang
lalu. Firman ini jelas membuktikan bahawa Al-Quran itu datangnya dari tuhan
yang mencipta alam termasuk lautan yang dalam.
Rasulullah SAW tidak tinggal ditepi laut dan tidak pernah pun menyelam
di lautan kerana Mekah dan Madinah tempat tinggal Rasulullah jauh dari lautan. Oleh
itu sudah tentu Rasulullah tidak mengetahui sama sekali keadaan kegelapan di
dalam lautan. Prof Durga Rao, seorang ahli geologi kelautan yang juga
profesor di Universiti King Abdul Aziz, Jeddah mengatakan bahawa manusia biasa
tidak akan mampu menjelaskan fenomena ini dengan sangat terperinci pada masa
lebih 1,400 tahun lalu.
2. Tanpa menggunakan peralatan khusus manusia tidak mungkin boleh
menyelam di dalam laut di bawah dari kedalamana 40 meter. Pada kedalaman 200 meter pula hampir tidak ditemui
cahaya manakala bagi kedalaman 1,000
meter pula langsung tidak ada walaupun sedikit cahaya.
3. Cuba kita perhatikan firman Allah di atas yang bermaksud:
"...yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya
(lagi) awan". Ia bermaksud air di lautan yang dalam itu diliputi oleh
ombak dan di atas ombak ini ada ombak lain. Sangat jelas bagi kita bahawa
lapisan ombak yang ke dua ini adalah ombak di permukaan laut yang biasa kita
lihat kerana ayat tersebut menyebutkan adanya awan di atasnya. Tetapi bagaimana
pula dengan ombak yang disebutkan pertama itu?. Apakah ada ombak lain di bawah
permukaan laut?.
4. Saintis telah menemui bahawa adanya ombak dalam (internal waves) yang "terjadi pada
batas pertemuan dua lapisan air yang memiliki perbezaan kepekatan." (lihat
gambar di atas). Ombak dalam terjadi pada permukaan lapisan air di kedalaman lautan
kerana ia memiliki kepekatan yang lebih tinggi dibandingkan dengan air di atasnya.
Ombak dalam ini menyerupai ombak di permukaan lautan. Ia juga boleh pecah
seperti ombak di permukaan laut. Namun ombak dalam tidak dapat dilihat oleh
mata manusia. Ia hanya boleh dikesan menggunakan peralatan canggih dengan
mempelajari perubahan suhu dan kandungan garam pada sesuatu lokasi tertentu.
5. Sesungguhnya Al-Quran itu benar. Ia benar kerana ia datang dari tuhan pencipta
alam semesta iaitu Allah SWT.
“Saintis barat hari
ini berlumba-lumba untuk menjalankan kajian benih tumbuh-tumbuhan. Benih-benih
dijaga begitu elok untuk menghasilkan tanaman yang bermutu. Jika benih
tumbuh-tumbuhan pun dijaga demikian rupa, kenapa tidak ‘benih tamadun’ iaitu
manusia ? Lantaran itu didiklah anak-anak dengan jagaan IMAN dan TAKWA kerana
dari benih inilah akan lahirnya tamadun UMMAH..InsyaAllah...” = Mutiara Kata
Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat