Tuesday 29 November 2016

KENAPA ISLAM HARAMKAN PEMAKAIAN KAIN SUTERA KEPADA KAUM LELAKI

BENANG SUTERA

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah". {Petikan dari Surah Al-Ahzab[Tentera Ahzab](33:21)}

1.    Posting kali ini akan membicarakan tentang pengharaman Islam ke atas pemakaian kain sutera oleh kaum lelaki. Sutera dihasilkan dari kepompong ulat sutera yang dipintal menjadi serat sutera. Ada ratusan jenis ulat sutera, namun sutera yang terbaik dihasilkan oleh kepompong dari ulat sutera pokok malberi yang memiliki nama saintifiknya, Morus Alba.

2.  Sebut sahaja sutera semua orang sudah mengetahuinya bahawa ia adalah sejenis kain yang bertekstur lembut, cantik dan tinggi nilainya. Bagi sesetengah orang, dapat memiliki sehelai sutera sudah menjadi kepuasan bagi  mereka. Namun demikian sutera adalah diharamkan pemakaiannya di kalangan kaum lelaki.  Ia menjadi satu lagi barangan yang dilarang dalam Islam untuk kaum lelaki selain dari emas.  Apakah hikmah emas dilarang pemakaiannya dalam Islam dikalangan kaum lelaki telah dipaparkan dalam blog ini melalui satu artikel bertajuk: “EMAS: KENAPA ISLAM HARAMKAN LELAKI MEMAKAINYA?”.  Ia telah diterbitkan pada 25.2.2016 lalu.

3.    Sutera tulen adalah diharamkan pemakaiannya bagi kaum lelaki tetapi tidak kepada kaum wanita. Pengharaman ini berdasarkan sabda-sabda Rasulullah SAW seperti berikut:

3.1.  Hadis riwayat Ali bin Abu Thalib ra., dia berkata: Dihadiahkan kepada Rasulullah SAW kain sutera bergaris. Rasulullah SAW mengirimkannya kepadaku maka aku pun memakainya. Tetapi aku melihat kemarahan di wajah baginda. Baginda bersabda: “Sungguh, aku mengirimkan pakaian itu kepadamu bukannya untuk engkau pakai tetapi aku mengirimkannya agar engkau memotong-motongnya menjadi kerudung buat para wanita. (Hadis riwayat Muslim).

3.2.  Hadis riwayat Anas bin Malik ra. Beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa mengenakan pakaian sutera di dunia, maka dia tidak akan memakainya lagi di akhirat”. (Hadis Riwayat Muslim). 
 
3.3.  Hadis riwayat Uqbah bin Amir ra., dia berkata: Rasulullah SAW diberi hadiah sejenis pakaian luar dari sutera. Beliau memakainya untuk mendirikan salat. Ketika selesai salat, beliau segera menanggalkannya dengan tergesa gesa seperti tidak menyukainya, kemudian bersabda: “Tidak layak pakaian ini untuk orang-orang yang bertakwa”. (Hadis Riwayat Muslim).

3.4.  Dari Abu Musa Al Asy’ari, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:Diharamkan bagi laki-laki dari umatku sutera dan emas, namun dihalalkan bagi perempuan.” (Hadis Riwayat Tirmidzi).

4.   Walaupun begitu, sutera boleh dipakai oleh kaum lelaki dalam keadaan-keadaan terpaksa. Hadis riwayat Anas bin Malik ra. katanya: Rasulullah SAW telah memberi kelonggaran kepada Abdurrahman bin Auf dan Zubair bin Awwam untuk memakai pakaian sutera dalam perjalanan kerana kudis yang mereka deritai atau disebabkan penyakit mereka. (Hadis Riwayat Muslim).

5.  Persoalan yang timbul di sini ialah kenapa kain sutera diharamkan kepada kaum lelaki memakainya tetapi tidak bagi kaum wanita. Terdapat beberapa pandangan ulama kenapa pemakaian sutera diharamkan untuk kaum lelaki.  Antaranya ialah:

5.1.  Untuk menjaga penampilan dan sifat kelakian. Islam amat menitik berat cara pemakaian penganutnya selaras dengan Islam itu sendiri yang melambangkan perjuangan dan kekuatan di mana kaum lelaki adalah tunggak dalam memimpin perjuangan tersebut. Jika dilihat pada pandangan lahiriah, sutera amatlah tidak sesuai dipakai oleh kaum lelaki kerana ia menampakkan kelembutan dan kelemahan apabila ia dipakai.

5.2.  Sudah menjadi fitrah bagi kaum lelaki yang tidak suka berhias-hias sebagaimana kaum wanita. Jika berlebihan dalam berhias dibimbangi mereka mungkin akan berubah perwatakan kepada perempuan dan lebih tertarik kepada koleksi-koleksi hiasan yang lain. Justeru, Rasulullah mencegah awal-awal lagi sebelum umatnya diperlekehkan oleh penganut-penganut agma lain. Islam amat menitikberatkan soal memelihara maruah penganutnya.


6.   Sebagai orang Islam kita wajib mematuhi sepenuhnya ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah SAW.  Setiap perkara yang telah ditentukan haram hukumnya oleh agama maka pemakainya sudah tentu akan mendapat dosa.  Memakai baju batik sutera dikalangan orang Islam Melayu adalah agak lumrah kerana ia seolah-olah melambangkan status pemakainya. Fenomena ini berlaku kerana kurangnya sensitiviti orang Islam sendiri kepada larangan dalam agama Islam.  Samalah halnya dengan amalan merokok yang dilakukkan oleh orang Islam walaupun hukumnya jelas haram dan berdosa.  Hanya iman dan taqwa sahaja yang dapat menghalangnya 


“Tiga macam yang tidak diketahui kecuali pada tiga macam:
1. Orang yang sabar tidak diketahui kecuali ketika marah.
2. Orang yang berani tidak diketahui kecuali ketika perang.
3.Saudara tidak diketahui kecuali ketika berhajat (ada kepentingan)”.
- Mutiara Kata Luqman Al-Hakim
Sebahagian kandungan dari www.islam2u.net

Wednesday 23 November 2016

MUJAHIDIN ROHINGYA MYANMAR MENUJU MEDAN JIHAD



LOGO "ROHINGYA SOLIDARITY ORGANIZATION"
1.  Pada 9.5.2015 yang lalu saya telah memaparkan kesah penderitaan dan kesengsaraan umat Islam Rohingya Myanmar. Kesah tersebut mencakupi tajuk-tajuk ringkas seperti sejarah umat Islam Rohingya di Myanmar, kenapa mereka dibenci, bentuk-bentuk penindasan ke atas mereka dan reaksi dunia terhadap penderitaan dan kesengsaraan mereka.  Kesah itu saya muatkan dalam artikel bertajuk "ETNIK ROHINGYA MYANMAR : BERDOSAKAH MEREKA KERANA BERAGAMA ISLAM?".
   
2.  Bagi posting kali ini kita akan sama-sama mengikuti apa yang sedang berlaku di kalangan umat Islam Rohingya bagi menghadapi derita yang seakan-akan tiada penghujungnya itu. Mereka nampaknya tidak mampu lagi menanggung derita penindasan dan penyeksaan yang melebihi 70 tahun dari penganut agama Buddha Myanmar.  Untuk mengharapkan bantuan dan sumbangan umat Islam dari negara lain adalah amat sedikit serta kurang kesungguhan. Pilihan yang ada kepada mereka untuk mempertahankan hak di tanah air sendiri adalah dengan membina kekuatan ketenteraan sendiri.  Apa yang sedang mereka lakukan kini adalah bagi memenuhi firman Allah SWT dalam surah Al-Anfal [Harta Rampasan Perang](8:60) yang berbunyi:

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.

3.  Umat Islam Rohingya Myanmar memilki pertubuhan sendiri untuk menjaga kepentingan mereka, iaitu  Rohingya Solidarity Organisation (RSO) yang diketuai oleh seorang presiden. Mereka telah membentuk satu pasukan tentera mujahidin sendiri untuk berjihad di jalan Allah. Mereka mahu mencari mati syahid. Panglima tentera mujahidin Rohingya ialah Abu Shafiyah.  Menurut beliau, pasukannya sangat memerlukan bantuan anggota dari negara lain untuk berjuang dalam pasukan mujahidin Rohingya.  Selain itu juga mereka memerlukan bantuan kewangan dan persenjataan.

4.  Dua orang wakil mujahidin Rohingya, iaitu Abu Shafiyah dan Abu Arif (wakil Majlis Ulama Rohingya) pernah melakukan lawatan ke wilayah Jabodetabek, Pamulang Indonesia. Tujuan mereka ialah untuk mendapatkan sokongan pejuang Indonesia untuk bersama-sama berjihad menentang penindasan orang Buddha Myanmar yang disokong tentera Myanmar. Mereka sangat mengalu-alukan penglibatan umat Islam dari negara negara lain untuk menyertai mujahidin Rohingya berjuang di Myanmar.

5.  Diberitakan juga mujahidin Rohingya kini sedang menjalani latihan perang di suatu tempat yang dirahsiakan.  Merayap, berlari, melompat, memanjat tali, dan meniti titian tali dari ketinggian 5 meter adalah latihan-latihan asas jasmani yang dilalui mujahidin. Mereka juga telah diperkenalkan dengan senjata api dari jenis AK-47.  Mereka belajar membuka, memasang  dan menggunakan senjata tersebut.

GAMBAR-GAMBAR MUJAHIDIN ROHINGYA 
MENJALANI LATIHAN KETENTERAAN 



6. Dengan kemampuan terhad yang mereka miliki, mereka telah berusaha membentuk pasukan mujahidin dengan dimulai oleh seramai 300 orang pemuda Islam. Mereka telah dilatih untuk menjadi mujahidin. Mampukah mereka mencapai kemenangan ke atas rakyat beragama Buddha yang disokong tentera  dengan kelengkapan persenjataan yang lebih canggih.  Sesungguhnya tidak ada apa yang mustahil jika telah datangnya pertolongan dari Allah SWT.  Bukankah kita pernah mendengar kesah peperangan pertama dalam Islam, iaitu Perang Badar Al-Qubra di zaman Rasulullah SAW?.  Bagaimana mungkin tentera Islam pimpinan Rasulullah seramai 313 orang boleh memenangi peperangan melawan 1,000 tentera musyrikin Mekah jika bukan dengan pertolongan dari Allah yang menghantar tentera-tenteraNya yang terdiri dari malaikat dan makhlukNya yang  lain. Sejarah telah mencatatkan musyrikin Quraisy yang mati dalam perang tersebut ialah seramai 70 orang termasuk Abu Jahal dan 70 yang lainnya tertawan. Sedangkan dipihak kaum muslimin yang syahid di jalan Allah hanya seramai 14 orang sahaja.

7.  Ingatlah bahawa Allah SAW telah berfirman dalam surah Al-Baqarah [Lembu Betina](2:249) yang berbunyi:


“Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya”. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): “Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”.

8.    Selain dari peristiwa Perang Badar, kebenaran dan ketepatan firman di atas telah terbukti dalam beberapa peristiwa peperangan lain.  Contohnya ialah perang penaklukan Kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Kesahnya dipaparkan dalam blog ini pada 4.1.2015 dengan tajuk “SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH: PELAKSANA JANJI RASULULLAH SAW”. Contoh lain ialah penaklukan Sepanyol oleh tentera-tentera Islam pimpinan Tariq bin Ziyad.  Kesah ini pula dipaparkan dalam artikel berjudul   “TARIQ BIN ZIYAD: PENAKLUK ANDALUSIA (SEPANYOL)” yang diterbitkan pada 27.2.2015. 

9.  Walau bagaimanpun syarat kemenangan bagi mujahidin Rohingya bukanlah senang. Jalan yang perlu dilalui mereka adalah jalan berliku yang dipenuhi ranjau dan duri. Sesungguhnya syahid sedang menanti mereka jika itulah nawaitu mereka. Mereka pula wajib berjuang semata-mata atas dasar jihad kerana Allah SWT yang disertai dengan doa dan munajat yang tidak putus-putus kepada Allah SWT.  Penyerahan diri serta memohon kemenangan hanya semata-mata kepada dan kerana Allah.  Mereka perlu mencontohi gerakan pejuang mujahidin Harakah Al-Muqawamah Al-Islamiyah (HAMAS) Palestin. Kini HAMAS dipimpin oleh Ismail Haniyeh. Tentera Israel tidak pernah merasa gentar kepada tentera Palestenian Liberation Organization(PLO) yang dipimpin oleh Mahmud Abbas. Ini kerana perjuangan PLO tidak bertunjangkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Yang digeruni mereka ialah tentera-tentera briged Izzudin Al-Qassam HAMAS yang dipimpin oleh Komandan Mohammad Deif. Kenapa?.  Ia kerana para mujahidin briged Al-Qassam sangat dekat dengan Allah.  Mereka tidak pernah tinggal solat, sentiasa membaca Al-Quran, kerap solat hajat serta solat-solat yang lain. Sentiasa bermunajat kepada Allah. Kita pernah mendengar berita peperangan antara mujahidin HAMAS dengan tentera Israel. Jelas sekali telah datang pertolongan Allah kepada mujahidin HAMAS seperti yang dilaporkan dalam peristiwa-peristiwa berikut:

9.1. Ketika pertempuran di Mighraqah di mana pesawat-pesawat tempur Israel menggempur dan mengepung mujahidin dari atas kepala mereka. Mereka tidak dapat bergerak. Tiba-tiba datang awan mendung yang memayungi mereka dan menutupi pesawat tempur Israel untuk melihat ke bumi. Maka para mujahidin pun bergerak bagi menghindarkan diri mereka dari tempat itu.

9.2.  Ada juga cerita seorang mujahid yang mengalami sendiri bersama rakan-rakannya yang sedang berada di sebuah rumah. Bom dan peluru berpandu dari pesawat dan kereta kebal Israel menggempur mereka habis-habisan, namun tidak seorang pun yang terkena serangan itu. Sebahagian dari mereka merasa takut. Namun tiba-tiba "dia" mengajak kami menghalang kereta-kereta kebal Israel yang menyerang kami sehingga Allah memberikan pertolongan untuk meledakkan beberapa kereta kebal Israel yang ada.

9.3.  Seorang mujahid menceritakan  bahawa mereka melihat dua kereta kebal meletup dan terbakar di tempat mereka memasang bom di tepi jalan. Ketika mereka pergi menghampiri dua kereta kebal Israel yang meletup itu, ternyata bom tepi jalan yang mereka pasang itu belum meletup.

9.4.  Seorang mujahid lain menceritakan bahawa dia bersendirian ketika memasang bom tepi jalan. Beberapa saat kemudian dia sudah dikepung oleh kereta-kereta kebal Israel. Dalam keadaan yang cemas itu, dia berbisik dalam dirinya, “carilah tempat yang lebih aman”. Namun dia mendengar satu suara tanpa diketahui dari mana datangnya; “tetaplah berada di tempatmu”. Maka dia tetap berdiri di tempatnya dan tiba-tiba ketenangan dirasai dalam hatinya dan Allah memberikan pertolongan dengan meletupnya kereta-kereta kebal Israel.

9.5.  Seorang mujahid lain menceritakan bahawa ketika dia hendak melepaskan roket, dia merasa ada “orang” yang membetulkan sasarannya ke kanan dan ke kiri.

9.6. Bau wangian yang keluar dari poket baju jasad seorang mujahidin yang syahid bernama Abdullah As-Shanik sedangkan dia sudah 20 hari disemadikan. Bau wangian yang sama keluar dari jasad Syahid Musa Hasan Abu Nar yang terbunuh dan darahnya memancut keluar membasahi lantai masjid. Walaupun darah itu dibersihkan namun baunya masih wangi. 

9.7.  Temubual dengan askar-askat Israel yang disiarkan oleh Channel 10 televisyen Israel.  Mereka mengatakan  bahawa mereka menyaksikan lembaga aneh yang mereka yakini sebagai hantu yang keluar dari bumi dan memerangi mereka.

9.8.   Ada juga kesaksian dari seorang askar Israel yang buta matanya akibat dilempar dengan pasir oleh seorang laki-laki yang berpakaian serba putih.

9.9.  Ketakutan yang Allah campakkan ke dalam hati-hati tentera Israel menjadikan mereka yang memiliki senjata jauh lebih canggih dari senjata kaum mujahidin Palestin takut untuk membuat serangan dan hanya menyerang kanak-kanak, wanita, orang-orang tua dan orang awam yang tidak membawa senjata.

10.  Tahukah kita bahawa Allah SWT telah pun menunjukkan tanda-tanda pertolonganNya kepada hambanya yang beriman dan sedang ditindas di Myanmar. Pada 24.8.2016 lalu telah berlaku gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter.  Gegaran ini memakan korban seramai 12 orang dan 16 orang cedera. Gegaran gempa terasa kuat hingga ke kota Yangon, kota terbesar di Myanmar dan beberapa kota lainnya. Ia telah mengakibatkan beberapa bangunan kedai di kota Yangon bergegar. Gegarannya dapat dirasai hingga ke sebahagian wilayah Benggala Barat, Jharkhand, Bihar dan Assam, India.  Gegaran juga  turut merosakkan  dua buah pagoda. Htees, yang didirikan di puncak dua pagoda yang terletak di Kota Praja Salingyi, Daerah Yinmar Pin dan Kota Praja Chaung Oo, Daerah  Wilayah Sagaing jatuh akibat kuatnya gegaran.


                                  
                                VIDEO GEMPA BUMI DI BUMI MYANMAR

           KEROSAKAN PADA PAGODA BUDDHA SELEPAS GEMPA BUMI
11.   Selamat berjuang saudara-saudaraku. Kamu bakal menjual jiwa-jiwa kamu dan harta benda kamu dengan balasan syurga Allah. Allah pasti akan membelinya dengan harga yang sangat mahal. Bergembiralah dengan perniagaan kamu itu dan itulah kemenangan hakiki yang sangat besar untuk kamu semua. Kamu mencari mati syahid.  Syahid adalah satu satunya senjata umat Islam yang tidak akan dimiliki oleh mana-mana orang bukan Islam di dunia ini. Beruntunglah kamu jika nantinya mati syahid kerana mempertahankan kesucian agama Allah, Islam yang maha suci.  Sudah pastinya mati syahid itu jauh lebih mulia dari hidup yang dihina serta dizalimi oleh musuh-musuh Allah.

12.  Sesungguhnya umat Islam diseluruh dunia yang merupakan saudara-saudara kamu akan sentiasa mendoakan kemenangan kamu di medan jihad.  Itulah sahaja yang kami dapat lakukan kerana sumbangan untuk menjadi mujahidin tidak mampu kami lakukan. Bagi yang berkemampuan hulurkanlah sumbangan kewangan kepada saudara saudara kita yang tertindas. Allah pasti akan bersama sama dengan kamu wahai para mujahidin selagi mana kamu berjuang di atas jalanNya. 

SELAMAT BERJUANG DAN SELAMAT MAJU JAYA WAHAI PARA MUJAHIDIN ROHINGYA.

“Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar”. ~ Mutiara Kata Khalifah ‘Umar AlKhattab
Sebahagian kandungan dipetik dari arrahmah.com