1. Unta adalah binatang yang digelar oleh orang Arab sebagai 'safinah al-sakhra' (bahtera padang
pasir). Unta adalah salah satu binatang yang Allah SWT firmankan namanya dalam
Al-Quran. Firman-firman Allah itu ialah dalam surah-surah berikut:
1.1. Al-Ghashiyah [Hari Pembalasan](88:17)
yang berbunyi:
“(Mengapa mereka yang kafir masih
mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia
diciptakan?”
1.2. Al-Hajj[Haji](22:36) yang berbunyi:
“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan
kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu;
pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah
nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka
apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan
berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang
meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan
menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”.
2. Diakhir firman di atas, Allah menyebutkan bahawa Dialah yang
menundukkan/menguasai unta bagi memudahkan manusia menyembelihnya. Sebab itulah
unta tidak akan melawan manusia sebelum ia disembelih.
3. Bila bercakap tentang unta kita umat Islam seharusnya
perlu mengingatkan kepada junjungan besar
Nabi Muhammad SAW. Unta adalah kenderaan Rasulullah di zamannnya. Selain itu juga susu unta dan dagingnya
adalah salah satu sumber minuman dan makanan Rasulullah. Sesiapa yang meminum susunya dan makan
dagingnya ia telah mengikut sunah Rasulullah SAW. Pada unta itu terdapat 4
perkara, iaitu (i) hulubah (susunya yang boleh diminum), (ii)
ukulah (dagingnya yang boleh dimakan), (iii) rukubah (ia menjadi binatang
tunggangan) dan (iv) humulah (binatang yang boleh membawa barang-barang).
4. Dalam Surah Yunus
(10:6), Allah berfirman yang berbunyi:
“Sesungguhnya
pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan
oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (kekuasaanNya) bagi
orang-orang yang bertaqwa.”
5. Berdasarkan firman Allah di atas, mari kita lihat apakah
tanda-tanda kekuasan Allah pada seekor unta ciptaanNya.
5.1. Unta adalah seekor binatang yang pemalu. Unta
tidak mengawan secara terbuka di hadapan manusia. Sebaliknya ia akan mengawan
jauh di padang pasir yang tidak dilihat manusia. Jika unta perasan ada manusia yang
melihatnya, maka orang tersebut akan dikejarnya. Lihat cara unta mengawan. Kedua-dua jantan dan betina mengawan sambil
duduk dengan tertib berbanding dengan binatang lain di mana yang jantan
mengangkat kaki ke atas belakang binatang betina. Unta pun ada perasaan malu
sedangkan manusia ada yang berzina dihadapan kamera untuk ditonton oleh orang
lain.
5.2. Unta dikatakan mampu berjalan sejauh 80 km
sehari tanpa makan dan minum selama 5 hari. Ini bererti ia mampu menempuh perjalanan
sejauh 400 km. tanpa bekalan makan dan minum. Jarak itu ialah lebih kurang
antara Mekah dan Madinah. Namun begitu, unta mampu minum hingga 200 liter air
sekali minum.
5.3. Bonggol atas belakang unta ialah tempat simpanan
lemak yang menyediakan zat makanan secara berterusan pada ketika kelaparan.
Dengan sistem ini, unta dapat hidup selama 3 minggu tanpa air, sementara ia
kehilangan 33% berat tubuhnya. Meskipun seekor unta dapat makan 30-50 kg.
makanan dalam satu hari, ia dapat hidup 1 bulan hanya dengan 2 kg. rumput.5.4. Kaki unta memiliki dua jari yang saling melekat dengan isi yang anjal. Kaki yang terdiri dari empat bulatan tebal ini memungkinkan kakinya untuk bertahan dengan kuat pada tanah. Kakinya sesuai untuk semua jenis permukaan tanah. Dikatakan manusia memperolehi idea mencipta tayar menggunakan getah kerana meniru tapak kaki unta yang lembut tapi mampu berjalan atas pasir dan tanah keras. Kuku-kukunya melindungi tapak kaki dari kerosakan yang mungkin terjadi akibat pukulan. Lututnya dilindungi oleh suatu struktur yang disebut callus yang terdiri dari kulit yang sangat keras dan tebal seperti tanduk. Ketika unta duduk di atas pasir yang panas, struktur callus ini melindunginya dari kerosakan akibat pasir yang sangat panas.
5.5. Bulu unta terdiri dari rambut tebal yang
tidak hanya melindungi badannya dari cuaca sejuk dan panas tetapi juga
menghindari kehilangan air daripada badannya. Dengan bulu yang tebal, unta di
benua Asia dapat bertahan hidup di suhu setinggi +51°C di musim panas dan suhu sejuk hingga
-51°C di musim sejuk.
5.6. Kepala unta terhalang dari pasir. Bulu mata unta berbentuk dua sisir terpisah
yang saling melekat. Dalam keadaan bahaya, bulu matanya secara automatik
tertutup. Dengan bentuk unik ini, sebutir pasir kecil pun tidak dapat masuk ke
dalam matanya. Hidung dan telinganya ditutupi oleh rambut yang panjang untuk
perlindungan dari debu dan pasir. Lehernya yang panjang memungkinkannya untuk
makan daun-daun yang tingginya 3 meter dari tanah.
5.7. Unta juga memiliki sebuah struktur mucus
(ingus) di hidungnya yang 100 kali lebih besar luasnya daripada manusia. Setiap
kali unta bernafas, udara dilembabkan oleh ingus. Ketika kita bernafas, kita
kehilangan 16 mg. wap air untuk setiap liter udara. Namun dengan struktur
mucusnya, unta dapat memanfaatkan kelembaban udara dengan perbandingan 66%.
5.8. Kebanyakan binatang mati ketika urea yang
terkumpul dalam badannya masuk ke dalam sistem peredaran darah. Tetapi tidak
bagi unta. Unta menggunakan urea yang terdapat dalam badannya ini dengan
menyaringnya melalui hati. Denagn itu ia dapat memanfaatkannya sebagai sumber
protein dan air.
5.9. Unta memiliki bibir yang sangat kuat yang
menjadikannya mampu untuk memakan duri yang tajam menembus kulit. Ia juga
mempunyai sistem pencernaan yang kuat sehingga ia dapat makan apa saja seperti
piring plastik, kepingan logam dan buluh. Perutnya yang terbahagi kepada empat
ruangan mampu menyimpan benda lain selain rumput.
6. Apakah kebaikan susu unta. Ia mempunyai kepanasan serta boleh
menjadi ubat yang baik untuk penyakit buasir. Bagi orang yang susah tidur, secawan susu unta
ditambah dengan sesudu madu akan menjadikan sistem badan seimbang dan akan
menjadikan tidur lebih lena. Susu unta juga
dikatakan dapat menurunkan kadar gula bagi penghidap kencing manis kerana susu
unta mengandungi hormon insulin. Daging unta pula merupakan satu-satunya daging
haiwan yang bebas dari kolestrol (Rujuk kitab Mukjizat al-Tadawi Bil Alban wa
Abwal al-Ibil).
7. Tahukah kita bahawa air kencing unta boleh dijadikan ubat?. Ikuti penjelasan Ustaz Azhar Idrus dalam video berikut:
7. Tahukah kita bahawa air kencing unta boleh dijadikan ubat?. Ikuti penjelasan Ustaz Azhar Idrus dalam video berikut:
“Orang yang
banyak ketawa itu kurang wibawanya: Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina: Orang yang
menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya: Barangsiapa menjaga kehormatan
orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” - Mutiara Kata Saidina Umar
Al-Khattab
Sebahagian dipetik dari
konsultasisyariah.com
No comments:
Post a Comment