ROBERT GUILHEM |
1. Iddah atau edah adalah istilah yang diambil dari bahasa Arab dari kata (العِدَّة) yang bermakna perhitungan (الإِحْصَاء). Dinamakan sedemikian kerana seseorang wanita yang bercerai dengan suamainya perlu menghitung masa suci atau bulan dalam menentukan selesainya masa iddah sebelum dapat berkahwin dengan lelaki lain.
2. Berkaitan dengan iddah ini Allah SWT telah berfirman dalam
surah At-Talaq [Perceraian](65:4)
yang berbunyi:
“Dan perempuan-perempuan yang tiada haid lagi (menopause) di antara perempuan-perempuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya), maka masa iddah mereka adalah tiga bulan; dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tiada haid. Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya. Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya".
2. Apakah hikmahnya Allah menentukan Iddah ini. Tempoh iddah
ditetapkan dalam Islam bertujuan untuk
memastikan benih suami terdahulu tidak ada dalam rahim bekas isterinya. Ia bertujuan untuk mengelakkan percampuran
benih antara suami dahulu dengan suami yang mungkin baru dikahwininya selepas perceraian
dengan suaminya. Begitulah betapa cermatnya Islam menjaga keturunan/baka
manusia agar zuriat seseorang itu sahih dapat ditentukan siapakah bapanya.
3. Tatkala wahyu yang berupa firma Allah dalam surah di atas
diturunkan kepda Rasulullah lebih 1,400 tahun lampau, tidak ada sesiapapun yang
mengetahui hikmah iddah 3 bulan itu.
Namun demikian sebagai orang Islam kita tetap percaya dan yakin bahawa
apa jua perintah dari Allah SWT kepada manusia pasti ada kebaikan dan
kebenarannya.
DR.ABDUL BASITH |
4. Tahukah kita bahawa kebenaran dan ketetapatan wahyu Allah ini
telah dibuktikan benar dan ia telah membawa kepada pengislaman seorang pakar genetik berbangsa
Yahudi, Robert Guilhem. Pensyarah perubatan bidang anatomi di Pusat Perubatan Nasional
Mesir dan juga konsultan perubatan, Dr. Abdul Basith As-Sayyid telah
mengesahkan bahawa Robert Guilhem telah membuat pengakuan pengislamannya.
5. Beliau memeluk Islam apabila mendapati betapa benar dan
tepatnya firman Allah dalam surah diatas. Sebagai pakar genetik beliau
mengetahui bahawa hasil dari persetubuhan, seseorang lelaki pasti akan
meninggalkan bekas atau kesan (imprint)
kepada wanita yang disetubuhinya untuk tempoh selama 3 bulan. Jika dalam masa
sebulan atau dua bulan, pasangan tidak melakukan persetubuhan maka imprint itu akan perlahan-lahan hilang
antara 25-30 peratus. Setelah tiga bulan berlalu, imprint itu akan hilang sepenuhnya.
6. Bukti empirikal ini mendorong Robert Guilhem untuk melakukan
penyelidikan di sebuah perkampungan orang Islam asal Afrika di Amerika. Dalam penyelidikannya
beliau menemui bahawa setiap wanita di sana hanya mengandung dari kesan (imprint) pasangan mereka saja. Sebaliknya
penyelidikan ilmiah di sebuah perkampungan lain di Amerika menunjukkan bahawa wanita yang hamil memiliki kesan (imprint) dari beberapa orang lelaki,
samada dua ataupun tiga. Kesimpulannya, wanita-wanita bukan Islam itu telah melakukan
persetubuhan dengan lelaki lain selain dari suami mereka.
7. Setelah melakukan penyelidkan-penyelidkan tersebut, akhirnya
Robert Guilhem membuat keputusan untuk bershyahadah dan memeluk Islam. Beliau yakin bahawa firman di atas adalah
qalam dari tuhan yang mencipta manusia.
Allah adalah tuhan manusia yang sebenarnya. Beliau juga menyakini bahawa hanya agama Islam
sahaja yang benar-benar memelihara martabat seorang wanita dan menjaga keutuhan
hidup berkeluarga.
8. Satu lagi perintah Allah dalam Al-Quran dapat dibuktikan
kebenarannya. Saya yakin tidak ada
mana-mana kitab agama dalam dunia ini yang menjelaskan perkara berkaitan iddah
ini. Ini membuktikan sekali lagi bahawa
Islam adalah agama sebenar yang wajib dianuti oleh manusia. Ini kerana ia
adalah agama yang benar dan diredhai oleh tuhan sebenar, iaitu Allah SWT. Kenyataan ini adalah selaras dengan surah Ali
Imran[Keluarga Imran](3:19) di mana Allah SWT telah berfirman yang
berbunyi:
“Sesungguhnya
agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang
(Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama
Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka
pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata
kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa
yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat
segera hitungan hisabNya.”
9. Bukankah dalam bab beragama ini manusia hanya perlu mencari
KEBENARAN?. Maksudnya, mencari manakah agama yang sebenarnya. Ini kerana agama yang sebenar sudah pasti
datangnya dari tuhan yang SEBENAR. Apakah manusia tidak mempunyai akal fikiran
untuk membezakan manakah yang haq dan manakah pula yang bathil?.
“Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu
berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan
apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan
persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam
melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi
pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap
bertanggungjawabnya terhadap engkau.” ~~ Mutiara Kata Khalifah Umar bin Abdul
Aziz
Sebahagian kandungan dipetik dari sarkub.com
Sebahagian kandungan dipetik dari sarkub.com
No comments:
Post a Comment