Saturday 27 July 2019

AL-QURAN DAN SAINS :MATAHARI DAN BULAN MEMPUNYAI ORBIT BERASINGAN






1.      Pada zaman dahulu manusia beranggapan bulan dan bintang mengelilingi bumi. Mereka juga beranggapan bahawa kedua duanya berada atas satu jalan sama yang berganti secara bergilir gilir yang menyebabkan berlakunya putaran siang dan malam.

2.      Kajian sains moden mendedahkan fakta bahawa bulan dan matahari tidak berkongsi orbit. Kedua duanya mempunya orbit masing masing. Di dalam Al-Quran Allah SWT telah berfirman dalam ayat 38, surah Yaasin yang berbunyi:


"Dan matahari beredar (tajri) ke tempat tujuannya (mustaqar). Demikianlah yang ditentukan oleh yang maha perkasa lagi maha mengetahui."

3.      Perkataan yang penting dalam ayat ini ialah tajri dan mustaqar. Tajri bermaksud berlari dan mustaqar bermaksud tempat tujuan, perhentian atau tempat menetap. Di dalam al-Asas fi al-Tafsir, as-Syeikh Said Hawa mentafsirkan ayat ini dengan berkata: Antara tanda kekuasaan Allah adalah matahari bergerak menuju ke tempat menetap baginya. Sekiranya ayat sebelum ini menyatakan matahari 'berenang atau bergerak dalam bulatannya', ayat ini pula menyatakan matahari 'berlari menuju ke tempat perhentiannya'. Justeru ayat pertama membicarakan mengenai putaran di atas paksi manakala ayat kedua membicarakan mengenai putaran (orbit) yang berbeza.

4.      Penemuan semasa mengesahkan matahari, di samping bergerak di atas paksinya yang mengambil masa 25 hari bagi melengkapkan satu putaran, ia juga bergerak mengelilingi galaksinya yang bernama Bimasakti (Milky Way). Para saintis mengesahkan matahari bergerak mengelilingi bahagian tengah (nukleus) galaksi ini dengan kelajuan 220 km/saat (140 mi/s). Ini bermakna ia mengambil masa lebih kurang 225 juta tahun bagi melengkapkan satu pusingan mengelilingi bahagian nukleus galaksi ini. 

5.      Pernyataan ini mengesahkan bahawa Al-Quran itu datangnya dari pencipta alam semesta, iaitu Allah SWT. Maka benarlah agama Islam yang dibawa Rasulullah SAW yang di dalamnya terdapat mukjizat dari Allah SWT, iaitu Al-Quran.

“Kita pergi ke kedai minum air dan makan nasi, tiba-tiba enggan untuk bayar. Nescaya kita akan dimarahi tuan kedai kerana mahu makan percuma. Itu baru air dan nasi.  Apa kata pula jika kita sebagai manusia duduk di dunia, bernyawa dengan udara yang Allah cipta, melihat dengan mata yang Allah beri, mendengar dengan telinga serta bercakap dengan mulut yang Allah anugerahkan, tiba-tiba kita mahu semuanya dengan percuma tanpa buat kerja untuk Allah SWT.” ~ Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Sebahagian kandungan dipetik dari “Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin” dan Iffah-muhsin.blogspot.com