Saturday 30 April 2016

URFA MASOOD : HAKIM WANITA ISLAM PERTAMA DI AUSTRALIA







“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya”. {Petikan Surah Ali Imran [Keluarga Imran](3:19)}.




“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.” {Petikan Surah Ali Imran [Keluarga Imran](3:85)}


URFA MASOOD
MARTIN PAKULA

1.   Urfa Masood telah mencipta namanya yang tersendiri apabila dilantik untuk menjadi hakim mejistret wanita Islam pertama di Australia. Beliau bertugas di Mahkamah Mejistret Victoria.Pengumumannya telah dibuat oleh Peguam Negara Victoria, Australia, Martin Pakula. 

2.  Beliau ialah seorang wanita berketurunan Sri Lanka  yang memperolehi ijazah sarjana undang-undang dan sarjana ekonomi dari Universiti Kebangsaan Canberra serta menamatkan pasca sarjana di dalam bidang praktikal undang-undang.

3.  Sebelum menjadi peguam pada tahun 2003, Urfa bekerja dengan Pejabat Percukaian Australia yang menyediakan panduan/keputusan (ruling) dan khidmat nasihat kepada agen percukaian. Urfa Masood memulakan kerjayanya dalam bidang undang-undang semenjak tahun 2003 di bahagian bantuan perundangan untuk orang asli Victoria. Selama bertugas di sana, Urfa menangani berbagai kes yang dibawa ke Mahkamah Megistrat dan Mahkamah County. Pada bulan November 2004, Urfa Masood diterima sebagai anggota Victorian Bar dan melanjutkan praktikalnya dalam bidang kriminal, anak-anak dan keluarga.

4. Beliau berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang undang-undang jenayah, undang-undang perlindungan anak serta keluarga  dan juga kihdmat perundangan orang asli Victoria yang sangat membantu beliau untuk menjadi hakim.

5.    Dalam bulan Jun  2012 Urfa Masood menjadi pembantu pensyarah di Kolej Undang-Undang  di mana beliau mengajar berkenaan pembelaan dalam sesuatu kes mahkamah.


6. Semoga Urfa Masood menjadi seorang hakim yang baik untuk masyarakat Australia. Mudah-mudahan dengan kebaikan beliau sebagai seorang Islam, agama Islam akan terus hidup subur dan berkembang di bumi Australia.

“Kita pergi ke kedai minum air dan makan nasi, tiba-tiba enggan untuk bayar. Nescaya kita akan dimarahi tuan kedai kerana mahu makan percuma. Itu baru air dan nasi.  Apa kata pula jika kita sebagai manusia duduk di dunia, bernyawa dengan udara yang Allah cipta, melihat dengan mata yang Allah beri, mendengar dengan telinga serta bercakap dengan mulut yang Allah anugerahkan, tiba-tiba kita mahu semuanya dengan percuma tanpa buat kerja untuk Allah SWT.” = Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.