“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang
(Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama
Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka
pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata
kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa
yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat
segera hitungan hisabNya”. {Petikan
Surah Ali Imran [Keluarga Imran](3:19)}.
“Dan
sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima
daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.” {Petikan
Surah Ali Imran [Keluarga Imran](3:85)}
URFA MASOOD |
MARTIN PAKULA |
1. Urfa Masood telah mencipta namanya yang tersendiri apabila dilantik untuk menjadi hakim mejistret wanita Islam pertama di Australia. Beliau bertugas di Mahkamah Mejistret Victoria.Pengumumannya telah dibuat oleh Peguam Negara Victoria, Australia, Martin Pakula.
2. Beliau ialah seorang wanita berketurunan Sri Lanka
yang memperolehi ijazah sarjana undang-undang dan sarjana ekonomi dari Universiti
Kebangsaan Canberra serta menamatkan pasca sarjana di dalam bidang praktikal
undang-undang.
3. Sebelum menjadi peguam pada tahun 2003, Urfa bekerja dengan
Pejabat Percukaian Australia yang menyediakan panduan/keputusan (ruling) dan khidmat nasihat kepada agen
percukaian. Urfa Masood memulakan kerjayanya dalam bidang undang-undang semenjak
tahun 2003 di bahagian bantuan perundangan untuk orang asli Victoria. Selama
bertugas di sana, Urfa menangani berbagai kes yang dibawa ke Mahkamah Megistrat
dan Mahkamah County. Pada bulan November 2004, Urfa Masood diterima sebagai
anggota Victorian Bar dan melanjutkan
praktikalnya dalam bidang kriminal, anak-anak dan keluarga.
4. Beliau berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang
undang-undang jenayah, undang-undang perlindungan anak serta keluarga dan juga kihdmat perundangan orang asli
Victoria yang sangat membantu beliau untuk menjadi hakim.
5. Dalam bulan Jun 2012 Urfa
Masood menjadi pembantu pensyarah di Kolej Undang-Undang di mana beliau mengajar berkenaan pembelaan
dalam sesuatu kes mahkamah.
6. Semoga Urfa Masood menjadi seorang hakim yang baik untuk masyarakat Australia. Mudah-mudahan dengan kebaikan beliau sebagai seorang Islam, agama Islam akan terus hidup subur dan berkembang di bumi Australia.
“Kita pergi ke kedai minum air dan makan nasi, tiba-tiba enggan untuk
bayar. Nescaya kita akan dimarahi tuan kedai kerana mahu makan percuma. Itu baru
air dan nasi. Apa kata pula jika kita
sebagai manusia duduk di dunia, bernyawa dengan udara yang Allah cipta, melihat
dengan mata yang Allah beri, mendengar dengan telinga serta bercakap dengan
mulut yang Allah anugerahkan, tiba-tiba kita mahu semuanya dengan percuma tanpa
buat kerja untuk Allah SWT.” = Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz
bin Nik Mat.
No comments:
Post a Comment