Sunday 30 October 2016

HIJAB WANITA ISLAM: PERINTAH ALLAH YANG TERBUKTI BENAR


WANITA KELIHATAN LEBIH SOPAN DAN JELITA DENGAN BERHIJAB
1.   Berkaitan dengan kewajipan memakai tudung atau berhijab dikalangan wanita Islam, Allah SWT telah berfirman dalam surah An-Nur[Cahaya](24:31) yang berbunyi:




“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.
  
2.    Mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, isteri Rasulullah Aisyah menceritakan kesah ketika ayat 31 surah An Nur di atas diturunkan di Madinah.  Wanita beriman dari kalangan orang Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanda keimanan mereka terserlah dengan sikap sami’na waato’na (Kami mendengar dan kami taat) terhadap apa jua perintah dari Allah tanpa perlu melihat rasional dan hikmah yang terselindung di sebalik perintah tersebut.

3.  Posting kali ini akan cuba menjelaskan apakah rasional atau kebaikan perintah Allah tersebut dari sudut sains/kesihatan pemakainya.

3.1.  V.G. Rocine, seorang pakar otak mengatakan fosforus otak akan menjadi cair pada suhu 108 darjah Farenheit. Ia boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah cuaca panas terik tanpa menutup kepala. Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun. Fakta ini telah dimuatkan dalam laman web: www.islamonline.net /english/science.

3.2. Karima Burns telah menulis satu artikel di laman web: Islamonline.net  bertajuk: "The Science Behind the Veil".  Beliau telah mengatakan  bahawa: 'Ujian-ujian menunjukkan 40-60 % kepanasan badan seseorang akan hilang melalui kepala. Oleh itu jika menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding orang yang tidak memakainya'.

3.3. Dalam artikel lain berjudul “Highest Phosphorus Foods” yang disiarkan dalam Canadian Neuro-Optic Reserch Institute Online pula menyatakan: "Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Farenheit, ia merbahaya kerana fosforus otak akan cair dan ini akan menjejaskan kesihatan otak. Justeru, kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas".

4.  Jika pemakaian hijab itu baik untuk kesihatan badan, kenapa Islam hanya mewajibkan kepada kaum wanita sahaja dan tidak termasuk kaum lelaki?. Jawapannya ialah kerana kajian sains membuktikan  terdapat  perbezaan yang ketara antara wanita dan lelaki dari segi “mastoid process”. Mastoid process adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga. Ia boleh dirasai dengan jari (0.5 hingga 1 cm dari belakang telinga). Saiz mastoid ini berbeza antara lelaki dan wanita. Kaum lelaki mempunyai saiz yang lebih besar dan mudah dirasa manakala kaum wanita saiznya lebih kecil.

5.  Apakah fungsi bahagian mastoid ini?. Pada kawasan ini terdapat sekurang-kurang 4 saraf yang penting. Antaranya ialah saraf muka (facial nerve). Fungsi saraf muka di bahagian mastoid ialah untuk mengawal otot-otot di muka samada untuk senyuman, ketawa dan ekspressi muka. Saiz mastoid process yang kecil pada wanita berbanding lelaki menyebabkan ia sensitif pada perubahan suhu persekitaran. Ketika cuaca sejuk, saraf ini akan mengalami perubahan. Ia mengecut dan menjejaskan fungsinya.

6.   Cuba kita fikirkan sejenak.  Bukankah benda yang kita sayangi akan kita jaga dengan cermat dan sempurna?.  Bukankah kita akan menyimpan barangan kemas kita ditempat yang selamat?. Kita tidak akan menyimpannya merata tempat dalam rumah Begitulah juga dengan rambut wanita yang dikatakan mahkota baginya.  Begitu jugalah caranya Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan batasan aurat mereka yang perlu ditutup dan dilindungi. Tujuannya supaya keindahan itu hanya boleh ditonton oleh orang yang berhak sahaja, iaitu suaminya dan tidak orang yang bukan muhrim. 

7. Bukankah dengan menutup kepala itu boleh menyembunyikan rambut yang bermasalah atau tidak cantik ataupun berkepala botak?.  Berbeza dengan seorang lelaki, seorang perempuan yang berkepala botak sangatlah tidak menarik dipandang. Malah wanita yang berhijab sebenarnya kelihatan lebih cantik dan menawan berbanding yang tidak berhijab.
 
RAHIB KRISTIAN YANG SENTIASA BERHIJAB

8.   Kita mungkin biasa mendengar orang Barat yang beragama Kristian memperkecilkan pemakaian hijab dikalangan wanita Islam.  Mereka kata Islam agama yang mengongkong dan menindas wanita kerana perlu berhijab.  Seolah-olah tidak ada kebebasan dalam Islam. Selain itu dikatakan berhijab kelihatan rimas dan kepala mudah menjadi panas. Kenyataan seperti ini adalah kenyataan yang prejudis dan menggambarkan kebencian kepada Islam. Kenapakah mereka membutakan mata mereka kepada pakaian rahib/biarawati (nun) yang juga menutup kepala?.  Rahib berbuat demikian kerana itulah ajaran dan suruhan dalam kitab Bible,  Jika Maryam, ibu Nabi Isa masih ada, barangkali begitulah caranya dia berhijab. Buku 1 Coronthian, bab 11 ayat 5 dan 6 dalam kitab Bible menyebutkan:

(5) “Tetapi setiap perempuan yang berdoa atau bernubuat harus menutupi kepalanya. Jika ia tidak menutupi kepalanya, bererti ia memalukan kepalanya. Ia menjadi sama seperti perempuan yang mencukur kepalanya”.

(6) “Jika seorang perempuan tidak menutupi kepalanya, hal itu sama seperti memotong semua rambutnya. Memotong rambut atau mencukur kepala merupakan hal yang memalukan bagi seorang perempuan. Dia harus menutupi kepalanya”.

9.    Sesungguhnya setiap perintah dari Allah SWT wajib akan ada kebaikan dan hikmah darinya. Itulah buktinya agama Islam adalah agama yang serba lengkap dan sesuai serta serasi dengan penciptaan manusia oleh penciptaNya, Allah SWT. Tidak ada siapa yang lebih tahu kekuatan dan kelemahan sebuah kereta selain dari jurutera yang membuatnya. Begitu jugalah Allah yang mencipta manusia.  Allah maha mengetahui apa yang diperlukan dan memberi kebaikan kepada manusia ciptaanNya.
               PENJELASAN USTAZ AZHAR BERKAITAN HIJAB WANITA
"Kunci dunia ialah kenyang manakala kunci akhirat pula adalah lapar". ~~ Mutiara kata ulama sufi, Abu Sulaiman ad-Darani.

Wednesday 26 October 2016

PERKEMBANGAN DAN MASA DEPAN AGAMA ISLAM DI EROPAH



“Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad SAW) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.” {Petikan dari Surah As-Shaaf[Barisan](61:9)}

Rasulullah SAW pernah bersabda yang berbunyi:

ليبلغن هذا الأمر ما بلغ الليل والنهار ولا يترك الله بيت مدر ولا وبر
الا أدخله الله هذا الدين بعز عزيز أو بذل ذليل عزا يعز الله به

“Pasti akan sampai urusan ini (Islam) ke mana sahaja sampainya malam dan siang. Allah tidak akan tinggalkan satu rumah si kaya mahupun si miskin, kecuali akan dimasukkan oleh Allah agama ini…” (Riwayat Al-Hakim dan al-Baihaqi ; Berkata Al-Hakim : Hadith ini sahih menurut syarat al-Bukhari & Muslim. Ia juga dipersetujui oleh Imam Az-Zahabi).
 
1.   Negara-negara Eropah terdiri dari 45 buah negara. Ia mempunyai keluasan 10,180,000 km persegi dan berpenduduk melebihi 743 juta orang. Sebahagian besar penduduknya beragama Kristian. Negara-negara yang termasuk dalam Benua Eropah boleh dibahagikan seperti berikut:

Eropah Timur:

1.      Belarus     
2.      Bulgaria   
3.      Czech Republic
4.      Hungary
5.      Moldova   
6.      Poland      
7.      Romania   
8.      Slovakia   
9.      Ukraine    
10.    Georgia  
  
Eropah Barat:

1.      Austria      
2 .     Belgium
3 .     Perancis   
4.      Jerman      
5 .     Liechtenstein
6.      Luxemburg       
7.      Monaco    
8.      Belanda    
9.      Switzerland 
      
Eropah Utara:

1.      Denmark  
2.      Estonia     
3.      Finland     
4.      Iceland
5.      Ireland     
6.      Latvia        
7.      Lithuania  
8 .     Norway
9.      Sweden    
10.    England 
  
Eropah Selatan:

1.      Albania    
2.      Andorra    
3.      Bosnia & Herzegovina
4.      Croatia
5.      Cyprus     
6.      Greece
7.      Vatican City      
8.      Itali
9.      Macedonia        
10.    Malta        
11.    Montenegro      
12.    Portugal   
13.    San Marino        
14.    Serbia       
15.    Slovenia   
16.    Sepanyol 
 
2.  Rusia dan Turki merupakan negara yang berada di dua benua iaitu Eropah dan Asia. Sebahagian besar wilayah kedua negara tersebut berada di benua Asia.

3. Bilakah agama Islam memasuki benua Eropah?. Ia telah bermula berabad-abad yang lalu. Mengikut catatan sejarah dikatakan agama Islam memasuki benua Eropah melalui cara-cara berikut:

3.1.  Penaklukkan Negara Andalusia (Sepanyol) oleh tentera-tentera Islam yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad (670 M – 720 M).  Tariq telah diarahkan oleh Gabenor Mesir, Musa bin Nasir. Kesah penaklukannya dimuatkan dalam artikel bertajuk “TARIQ BIN ZIYAD: PENAKLUK ANDALUSIA (SEPANYOL)” yang telah diterbitkan pada 27.2.2015. Selama lebih 800 tahun lamanya Islam memerintah Andalusia hingga melebar ke kota-kota Cordova, Sevilla, Granada dan Toledo.

3.2.  Melalui Sicily (daerah autonomi di selatan Itali). Menurut sejarah Sicily pernah menjadi salah satu bahagian dari wilayah peradaban Islam. Berada di bawah panji kekuasaan Islam, Sicily berkembang dengan pesat dan berubah menjadi pusat peradaban dan perniagaan. Ketika kota Siracusa di Silicy dimasuki, orang-orang Arab memiliki angkatan perang yang mampu menandingi angkatan perang kerajaan Kristian Byzantium. Sicily masuk ke dalam wilayah kekuasaan Islam setelah pasukan Dinasti Aghlabid yang berkuasa di utara Afrika mengalahkan pasukan Byzantium pada tahun 827 Masehi. Pada tahun 859 M, Sicily sepenuhnya jatuh ke tangan Dinasti Aghlabid sehinggalah pada tahun 1061 M apabila ia bebas dari kekuasaan Islam.

3.3.  Melalui Albania (wilayah Balkan). Kedudukan geografi Balkan merupakan salah satu faktor utama dan yang membuka peluang pengenalan rakyat Balkan kepada agama Islam. Pengenalan mereka kepada Islam ini bermula dari Albania. Penguasaan wilayah Balkan oleh kerajaan khalifah Uthmaniyah Turki berlaku pada tahun 1389.

4.  Semenjak puluhan atau ratusan tahun yang lalu, cendekiawan Barat bukan Islam telah pun meramalkan masa depan agama Islam yang sangat cerah di bumi Eropah. Salah seorang dari tokoh Barat yang terkenal  ialah mendiang Sir George Bernard Shaw (26.7.1856 hingga 2.11.1950). Seperti yang dipetik dari majalah 'The Genuine Islam”, Singapore, Vol. 1, No. 8, 1936 , beliau telah berkata:
SIR GEORGE BERNARD SHAW
(i) “I have always held the religion of Muhammad in high estimation because of its wonderful vitality. It is the only religion which appears to me to possess that assimilating capacity to the changing phase of existence which can make itself appeal to every age. I have studied him - the wonderful man and in my opinion far from being an anti-Christ, he must be called the Savior of Humanity."

(ii) "I believe that if a man like him were to assume the dictatorship of the modern world he would succeed in solving its problems in a way that would bring it the much needed peace and happiness: I have prophesied about the faith of Muhammad that it would be acceptable to the Europe of tomorrow as it is beginning to be acceptable to the Europe of today.”

(iii) "The teachings of Muhammad has glorified the status of women."

Lihat apa yang pernah diungkapkan oleh Sir George Bernard Shaw tentang Rasulullah: "The world much in need of a man like Muhammad's bright thinking, such a man were to assume leadership and rule of the modern world, he would succeed in solving its problems and bring peace and happiness to it".

5.   Pandangan cendekiawan Barat bukan Islam lain tentang agama Islam dan Nabi Muhammad boleh diikuti dalam artikel bertajuk: “MUHAMMAD, RASULULLAH DAN ISLAM: APA KOMEN CENDEKIAWAN BARAT TENTANGNYA” yang telah diterbitkan pada 30.12.2014.

6.  Apa yang diramalkan oleh Sir George Bernard Shaw 66 tahun lalu benar-benar menjadi kenyataan hari ini. Hari ini agama yang paling pesat berkembang di Eropah malah di seluruh dunia ialah Islam. Berapa ramaikah sebenarnya orang Islam dan pertambahan mereka di bumi Eropah?. Di bawah ini ialah petikan dari catatan  Pew Research Center. Sekurang-kurangnya terdapat lima fakta tentang bilangan dan perubahan penduduk Islam di Eropah sebagaimana yang dilaporkan oleh Conrad Hackett 15/1, 2015:

6.1.  Jerman dan Perancis mempunyai penduduk Islam terbesar di Eropah. Pada tahun 2010 terdapat 4.8 juta orang Islam di Jerman (merupakan 5.8% dari penduduk negara itu) dan 4.7 juta pula  di Perancis (7.5%). 

6.2.  Jumlah penduduk Islam ini terus meningkat dari masa kesemasa. Dalam beberapa dekad terakhir, pertambahan orang islam ialah sekitar 2% dalam satu dekad, iaitu dari 4% pada tahun 1990 kepada 6% pada tahun 2010. Angka ini akan terus bertambah hingga tahun 2030 nanti dianggarkan orang Islam akan mencapai 8% dari penduduk Eropah.

6.3. Penduduk Islam berusia lebih muda dibandingkan dengan penduduk beragama lain. Pada tahun 2010, usia purata orang Islam di seluruh Eropah ialah 32 tahun, iaitu lapan tahun lebih muda dari orang bukan Islam (40). Sebaliknya usia purata orang yang tidak beragama (atheis) adalah 37. Usia purata orang Kristian pula ialah 42 tahun.

6.4.  Pandangan orang bukan Islam terhadap orang Islam berbeza antara negara-negara di Eropah. Dalam kajian yang dibuat oleh Pew Research mendapati bahawa majoriti orang bukan Islam di Perancis, England dan Jerman memiliki pandangan yang positif terhadap orang Islam. Di Sepanyol pula pandangannya adalah agak seimbang manakala  di Itali, Greece dan Poland orang bukan Islam masih memandang negatif kepada orang Islam. 
 
6.5.  Pada tahun 2010, bumi Eropah adalah tempat kediaman bagi seramai sekitar 13 juta orang imigran Islam. Penduduk Islam yang lahir di Jerman adalah terdiri dari imigran berasal dari Turki, Kosovo, Iraq, Bosnia-Herzegovina dan Morocco. Kira-kira 3 juta orang Islam dilahirkan di Perancis di mana sebahagian besarnya berasal dari bekas negara jajahan  Perancis seperti  Marocco dan Tunisia.

7.  Bilangan penduduk dunia pada tahun 2013 dianggarkan berjumlah 7,021,836,029 orang. Peratusan mengikut agama anutan ialah Islam 22.43%, Kristian Roman Katolik 16.83%, Kristian Protestan 6.08%, Orthodok 4.03%, Anglikan 1.26%, Hindu 13.78%, Buddha 7.13%, Sikh 0.36%, Judaism 0.21%, Baha’i 0.11%, Lain-lain 11.17%, Tidak beragama 9.42%, dan Athies 2.04%. 

8.   Dianggarkan bilangan orang Islam di dunia pada tahun 2012 ialah sekitar 2.1 billion. Jumlah pemeluk agama Kristian adalah 2 billion. Penduduk dunia pada tahun 2011 pula bertambah sebanyak 137% dalam satu dekad terakhir di mana Kristian berkembang sebanyak hanya 46% sedangkan  Islam berkembang sebanyak 5 kali ganda, iaitu 235%. (sumber: The Almanac Book of Facts, 2011). Jika diandaikan perkembangan ini berterusan dianggarkan pada tahun 2030 nanti,  seorang dari tiga orang penduduk dunia adalah beragama Islam. 

9.   Data Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pada tahun  2012 mengesahkan bahawa semenjak tahun 1989 hingga tahun 2012, pertambahan jumlah pemeluk agama Islam yang paling cepat ialah di Australia  dan Oceania/Pacific iaitu sebanyak 257.01%; kemudian diikuti oleh Eropah 142.35%; Amerika Syarikat 25%; Asia 12.57%; Afrika 2.15%; dan Amerika Latin 4.73%. Malah disimpulkan bahawa Islam adalah agama dengan pertambahan pemeluk yang tertinggi di dunia pada setiap tahun. Antara tahun 1990 hingga 2000, dianggarkan sekitar 12.5 juta orang dari pelbagai agama telah memeluk Islam. (Sumber: Guinness Book of World Records,2011).

10.   Mengikut satu kajian dalam tahun 2012 di Amerika Syarikat didapati sekitar 200,000 orang Kristian yang menganut Islam setiap tahun.  Satu kajian oleh Faith Matters  dalam tahun 2011 di England pula mendapati dalam 10 tahun terakhir, dianggarkan jumlah orang England menukar agama dari Kristian kepada Islam ialah seramai 5,000 orang setiap tahun (Sumber http://insideislam.wisc.edu).
 11.   Carta di atas ialah carta/laporan terbaru tentang perkembangan agama-agama di dunia yang dikeluarkan oleh Pew Research Centre. Ia membuat perbandingan antara tahun 2010 hingga 2015 dari segi umur penganut-penganut setiap agama.

12.  Apakah faktor yang menyumbang kepada kepesatan pertambahan  bilangan orang Islam di Eropah malah di seluruh dunia masa kini?. 

12.1. Kadar kelahiran yang tinggi dikalangan orang-oramg Islam berbanding dengan orang bukan Islam.

12.2. Bertambahnya bilangan orang bukan Islam, terutama penganut Kristian yang memeluk Islam, terutamanya di Amerika Syarikat, Eropah dan Australia dalam 20 tahun terakhir (Sumber: The Almanac Book of Facts, 2011).

12.3. Umumnya telah diketahui bahawa bangsa Eropah adalah terdiri dari bangsa yang maju dan moden.  Ramai rakyatnya adalah orang-orang terpelajar dan cerdik.  Mereka memiliki tamadun yang lebih awal dari bangsa Asia ataupun Afrika. Mereka juga menguasai ilmu pengetahuan moden, sains dan teknologi. Walaupun mereka cerdik mereka tidak berapa mengambil tahu urusan agama Kristian mereka.  Mereka banyak menyerahkan kepada pihak gereja. Mereka kurang memahami kandungan kitab Bible mereka. Gereja-gereja Kristian tidak banyak dikunjungi penganut Kristian pada setiap hari Ahad untuk bersembahyang. 
ALMARHUM SHEIKH AHMED HOSSEN DEEDAT
12.4. Seiringan dengan berjalannya masa dan dengan berkat keberkesanan dakwah Islam kini, orang Kristian mula menyedari kepalsuan dalam ajaran agama Kristian. Mereka dipaksa mengikut dogma dan doktrin agama yang tidak masuk akal. Hasil usaha dakwah pakar perbandingan agama terkenal, almarhum Sheikh Ahmed Hossen Deedat puluhan tahun yang lalu telah mula meninggalkan kesannya kepada penganut Kristian hari ini.  Mereka mulai sedar selama ini mereka menganut agama yang telah diselewengkan oleh pihak gereja.  Dakwah almarhum adalah melalui samada ceramah umum, debat terbuka dengan paderi Kristian atau penulisan buku. Untuk mengetahui siapakah beliau, sila layari artikel berjudul “SHEIKH AHMED HOSSEN DEEDAT DALAM KENANGAN” yang telah diterbitkan pada 28.10.2014. Kerja dakwah dalam bidang perbandingan agama yang banyak mendedahkan kepalsuan agama Kristian ini kini diteruskan pula oleh anak murid almarhum, Dr. Zakir Karim Naik.

12.5. Orang Eropah yang cerdik ini mudah menerima Islam jika  mereka benar-benar mahu mencari KEBENARAN(TRUTH) dalam beragama.  Agama yang BENAR itu hanyalah Islam dan tuhan yang BENAR itu hanyalah Allah SWT. Ilmu perbandingan agama seperti yang dikuasai oleh almarhum Sheikh Ahmed Deedat, Dr. Zakir Naik dan beberapa tokoh Islam Barat lain telah membuktikan KEBENARAN ini.

13.  Apakah perkembangan pesat Islam ini tidak membimbangkan pemimpin Kristian Eropah?.  Sudah tentu mereka bimbang kepada masa depan agama Kristian di sana. Bukan perkara yang mudah untuk mereka menerima perubahan yang mengejutkan ini. Sebenarnya pertembungan mutakhir ini ialah antara agama Islam dan Kristian. Musuh Islam sangat takut jika Islam mampu bangkit dan menakluki dunia sekali lagi seperti berjayanya Islam memerintah sebahagian besar dunia ratusan tahun lampau di zaman kegemilangan Islam. Islam pasti akan dibenci dan dimomokkan dengan perkara-perkara yang buruk dan jahat. Barat akan berusaha terus menerus untuk memberikan gambaran kepada dunia bahawa Islam itu agama yang menganjurkan keganasan, agama yang tidak ada tolenrasi dan pemimpin mereka menyokong  pengganas. Tujuannya tidak lain melainkan untuk menjauhkan orang Kristian terutamanya dari agama Islam. Lihat sahaja peristiwa-peristiwa besar di dunia yang telah dan sedang berlaku kini yang dirancang oleh musuh-musuh Islam demi memastikan Islam tidak dapat menguasai Eropah dan dunia ini. Contohnya:

13.1. Peperangan Balkan yang berlaku antara 1 Mac 1992 hingga 14 Disember 1995 menyaksikan pembunuhan beramai-ramai orang Islam Bosnia Herzegovina oleh tentera Kristian Serbia.  Mereka tidak mahu Islam kuat dan berkembang di Semenanjung Balkan. Jumlah korban perang dianggarkan melebihi 100,000 orang.

13.2. Peristwa 11 September 2001 yang didakwa Amerika Syarikat kononnya dilakukan oleh kumpulan pengganas Islam Al-Qaeda. Kini terbukti sudah peristiwa dahsyat yang menggemparkan seluruh dunia itu adalah “inside job” yang dilakukan oleh orang Amerika sendiri. Rakyat Amerika sendiri telahpun mengetahui pembohongan bekas Presiden mereka, George Bush.

13.3.  Perang Iraq bermula pada 20 Mac 2003 dengan serangan ke atas negara itu oleh Amerika Syarikat dengan dibantu United Kingdom. Perang ini juga dipanggil perang Teluk Kedua. Ia dilakukan kononnya kerana Negara Iraq pimpinan Saddam Hussin menyimpan senjata merbahaya “Weapon for Mass Destruction’(WMD), tetapi matlamat utamnya  ialah untuk menguasai kekayaan minyak Iraq. Perang ini ditamatkan secara rasmi pada 15 Disember 2011 setelah memakan korban ramai tentera dan orang awam Iraq.

13.4. Lakonan drama terbaru yang sedang dipentaskan sekarang untuk tontonan masyarakat dunia ialah Islamic State (IS).  Kumpulan militan Negara Islam (IS) ini adalah kumpulan militan radikal menggunakan nama Islam yang kononnya untuk berjihad.  Mereka kini telah menguasai sebahagian besar kawasan di timur Syria, di utara serta barat Iraq. Persoalannya siapakah yang membiayai mereka jika bukan Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya.

13.5. Tindakan-tindakan ganas ke atas agama Islam telahpun bermula sejak sekian lama. Contohnya seperti penerbitan buku bertajuk "Satanic Versus"  karangan Salman RushdieYang agak baru pula ialah pembakaran kitab suci Al-Quran, melukis gambar karton Nabi Muhammad untuk tujuan menghinanya, memasukkan ayat suci Al-Quran pada pakaian atau tapak kasut dan seumpamanya. Semua perbuatan ini bertujuan untuk menghina Islam kerana mereka tidak mampu berdebat secara ilmiah tentang perbandingan agama dengan pakar-pakar perbandingan agama orang Islam.

14.  Telah terbukti dalam sejarah bahawa Islam adalah satu agama yang semakin kuat apabila ia semakin ditekan, ditindas dan dizalimi. Siapa sangka dan menduga bilangan orang Kristian di Amerika dan di Eropah semakin ramai menganut Islam selepas peristiwa hitam 11 September 2001 berbanding sebelumnya.  Begitulah juga yang berlaku di Bosnia.  Orang Islam Bosnia semakin kuat iman mereka selepas peristiwa Perang Balkan. Kini ramai anak-anak muda mengunjungi masjid dan tidak meninggalkan solat berbanding sebelumnya. Mereka mula meninggalkan arak dan hidup berpoya-poya. Kaum wanita pula lebih ramai berhijab.

15. Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang tetapi yang menentukan kejayaannya ialah Allah SWT.  Jika Allah menghendaki agamaNya berjaya maka tidak akan ada seorang manusia yang boleh menghalangnya. Ia kerana perkara itu telah  difirmankan Allah dalam Surah Ali Imran [Keluarga Imran] (3:54) yang berbunyi:

"Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya."

Tafsiran kepada ayat di atas ialah bahawa manusia merancang, manusia merencana dan Allah juga merancang dan merencana sesuatu. Dan ingatlah bahawasanya perancangan dan perencanaan Allah itulah yang paling berjaya.

16. Alhamdulillah, kepada Allah SWT kita memanjatkan sebesar-besar kesyukuran kerana telah ada tanda-tanda nyata agama Islam akan menguasai bumi Eropah tidak lama lagi. Maka benarlah kata Allah bahawa Dia akan menjaga Islam, agama yang diredhaiNya.

                                                                        VIDEO
“Perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat, tetapi terlalu banyak bercakap nescaya boleh membunuh,” ~~ Mutiara Kata Amru bin Al-As