WANITA KELIHATAN LEBIH SOPAN DAN JELITA DENGAN BERHIJAB |
“Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan
hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami
mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau
anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang
gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada
perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.
2. Mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari,
isteri Rasulullah Aisyah menceritakan kesah ketika ayat 31 surah An Nur di atas diturunkan
di Madinah. Wanita beriman dari kalangan
orang Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa
banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung
dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan.
Tanda keimanan mereka terserlah dengan sikap sami’na waato’na (Kami mendengar dan kami taat) terhadap apa jua
perintah dari Allah tanpa perlu melihat rasional dan hikmah yang terselindung
di sebalik perintah tersebut.
3. Posting kali ini akan cuba menjelaskan
apakah rasional atau kebaikan perintah Allah tersebut dari sudut sains/kesihatan
pemakainya.
3.1. V.G. Rocine, seorang
pakar otak mengatakan fosforus otak akan menjadi cair pada suhu 108 darjah Farenheit.
Ia boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah cuaca panas terik tanpa
menutup kepala. Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun. Fakta ini
telah dimuatkan dalam laman web: www.islamonline.net /english/science.
3.2. Karima Burns telah
menulis satu artikel di laman web: Islamonline.net bertajuk: "The Science Behind the Veil". Beliau telah mengatakan bahawa: 'Ujian-ujian menunjukkan 40-60 %
kepanasan badan seseorang akan hilang melalui kepala. Oleh itu jika menutupnya
terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding orang
yang tidak memakainya'.
3.3. Dalam artikel lain berjudul “Highest Phosphorus Foods” yang disiarkan dalam Canadian Neuro-Optic Reserch Institute
Online pula menyatakan: "Sekiranya
suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Farenheit, ia merbahaya kerana fosforus otak akan cair dan ini akan menjejaskan kesihatan otak.
Justeru, kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas".
4. Jika pemakaian hijab itu baik untuk kesihatan
badan, kenapa Islam hanya mewajibkan kepada kaum wanita sahaja dan tidak
termasuk kaum lelaki?. Jawapannya ialah kerana kajian sains membuktikan terdapat
perbezaan yang ketara antara wanita dan lelaki dari segi “mastoid process”. Mastoid process adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit
di bahagian belakang telinga. Ia boleh dirasai dengan jari (0.5 hingga 1 cm
dari belakang telinga). Saiz mastoid ini berbeza antara lelaki dan wanita. Kaum
lelaki mempunyai saiz yang lebih besar dan mudah dirasa manakala kaum wanita
saiznya lebih kecil.
5. Apakah fungsi bahagian mastoid ini?. Pada
kawasan ini terdapat sekurang-kurang 4 saraf yang penting. Antaranya ialah
saraf muka (facial nerve). Fungsi
saraf muka di bahagian mastoid ialah untuk mengawal otot-otot di muka samada
untuk senyuman, ketawa dan ekspressi muka. Saiz mastoid process yang kecil pada
wanita berbanding lelaki menyebabkan ia sensitif pada perubahan suhu
persekitaran. Ketika cuaca sejuk, saraf ini akan mengalami perubahan. Ia
mengecut dan menjejaskan fungsinya.
6. Cuba kita fikirkan sejenak. Bukankah benda yang kita sayangi akan kita
jaga dengan cermat dan sempurna?.
Bukankah kita akan menyimpan barangan kemas kita ditempat yang selamat?. Kita tidak akan menyimpannya merata tempat dalam rumah Begitulah juga dengan rambut wanita yang
dikatakan mahkota baginya. Begitu jugalah
caranya Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan batasan aurat
mereka yang perlu ditutup dan dilindungi. Tujuannya supaya keindahan itu hanya boleh
ditonton oleh orang yang berhak sahaja, iaitu suaminya dan tidak orang yang bukan
muhrim.
7. Bukankah dengan menutup kepala itu boleh menyembunyikan rambut yang bermasalah atau tidak cantik ataupun berkepala botak?. Berbeza dengan seorang lelaki, seorang perempuan yang berkepala botak sangatlah tidak menarik dipandang. Malah wanita yang berhijab sebenarnya kelihatan
lebih cantik dan menawan berbanding yang tidak berhijab.
8. Kita mungkin biasa mendengar orang Barat yang beragama Kristian memperkecilkan pemakaian hijab dikalangan wanita Islam. Mereka kata Islam agama yang mengongkong dan menindas wanita kerana perlu berhijab. Seolah-olah tidak ada kebebasan dalam Islam. Selain itu dikatakan berhijab kelihatan rimas dan kepala mudah menjadi panas. Kenyataan seperti ini adalah kenyataan yang prejudis dan menggambarkan kebencian kepada Islam. Kenapakah mereka membutakan mata mereka kepada pakaian rahib/biarawati (nun) yang juga menutup kepala?. Rahib berbuat demikian kerana itulah ajaran dan suruhan dalam kitab Bible, Jika Maryam, ibu Nabi Isa masih ada, barangkali begitulah caranya dia berhijab. Buku 1 Coronthian, bab 11 ayat 5 dan 6 dalam kitab Bible menyebutkan:
RAHIB KRISTIAN YANG SENTIASA BERHIJAB |
8. Kita mungkin biasa mendengar orang Barat yang beragama Kristian memperkecilkan pemakaian hijab dikalangan wanita Islam. Mereka kata Islam agama yang mengongkong dan menindas wanita kerana perlu berhijab. Seolah-olah tidak ada kebebasan dalam Islam. Selain itu dikatakan berhijab kelihatan rimas dan kepala mudah menjadi panas. Kenyataan seperti ini adalah kenyataan yang prejudis dan menggambarkan kebencian kepada Islam. Kenapakah mereka membutakan mata mereka kepada pakaian rahib/biarawati (nun) yang juga menutup kepala?. Rahib berbuat demikian kerana itulah ajaran dan suruhan dalam kitab Bible, Jika Maryam, ibu Nabi Isa masih ada, barangkali begitulah caranya dia berhijab. Buku 1 Coronthian, bab 11 ayat 5 dan 6 dalam kitab Bible menyebutkan:
(5) “Tetapi setiap
perempuan yang berdoa atau bernubuat harus menutupi kepalanya. Jika ia tidak
menutupi kepalanya, bererti ia memalukan kepalanya. Ia menjadi sama seperti
perempuan yang mencukur kepalanya”.
(6) “Jika seorang
perempuan tidak menutupi kepalanya, hal itu sama seperti memotong semua
rambutnya. Memotong rambut atau mencukur kepala merupakan hal yang memalukan
bagi seorang perempuan. Dia harus menutupi kepalanya”.
9. Sesungguhnya setiap perintah dari Allah
SWT wajib akan ada kebaikan dan hikmah darinya. Itulah buktinya agama Islam
adalah agama yang serba lengkap dan sesuai serta serasi dengan penciptaan
manusia oleh penciptaNya, Allah SWT. Tidak ada siapa yang lebih tahu kekuatan
dan kelemahan sebuah kereta selain dari jurutera yang membuatnya. Begitu jugalah
Allah yang mencipta manusia. Allah maha mengetahui apa yang diperlukan dan memberi kebaikan kepada manusia ciptaanNya.
PENJELASAN USTAZ AZHAR BERKAITAN HIJAB WANITA
"Kunci
dunia ialah kenyang manakala kunci akhirat pula adalah lapar". ~~ Mutiara
kata ulama sufi, Abu Sulaiman ad-Darani.
No comments:
Post a Comment