Wednesday 4 March 2020

NAMA NAMA HARI KIAMAT DALAM AL-QURAN – BAHAGIAN 2

1.      Posting kali ini adalah merupakan sambungan dari Bahagian 1 yang telah diterbitkan pada 17.2.2020 lalu. Untuk posting kali ini disenaraikan 12 lagi nama hari kiamat seperti yang difirmankan dalam Al-Quran, iaitu:

1.1.   Yaumal Jam'ie (Hari Berkumpul). Ia difirmankan dalam surah Asy-Syura [Musyawarah](42:7) yang berbunyi:



“Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul-Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk syurga dan sepuak lagi masuk neraka”.

1.2. Yaumul Wa'id (Hari ancaman). Ia difirmakan dalam surah Qaf (50:20) yang berbunyi:



Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk yang telah mati); saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan.

1.3. Yaumul Khulud (Hari yang abadi). Ia difirmakan dalam surah Qaf (50:34) yang berbunyi:




(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal".

1.4. Yaumul Khuruj (Hari keluar dari kubur). Ia difirmankan dalam surah Qaf (50:42) yang berbunyi:



“Iaitu hari mereka mendengar pekikan seruan yang menyatakan perkara yang benar; hari seruan itu ialah hari masing-masing keluar dari kubur”.

1.5. Al Azifah (Hari yang semakin dekat). Ia difirmankan dalam surah An- Najm [Bintang](53:57) yang berbunyi:



“Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat)”

1.6. Al Waqi'ah (Hari yang benar benar berlaku). Ia difirmankan dalam surah Al-Waqiah[Hari kiamat] (56:1) yang berbunyi:



“Apabila berlaku hari kiamat itu”

1.7. Yaumuttaghobun (Hari diperlihatkan segala kesalahan). Ia difirmankan dalam surah At-Taghabun [Hari DiPerlihatkan Segala Kesalahan] (64:9) yang berbunyi:




“(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari diperlihatkan kesalahan kesalahan. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar”.

1.8. Al-Haqqah (Hari yang pasti terjadi). Ia difirmankan dalam surah  Al-Haqqah[Hari Kiamat] (69:1) yang berbunyi:



“Saat yang tetap berlaku itu”  

(69:2)



“Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?”

(69:3)




“Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat)”.

1.9.   At-Tommatul Kubro (Hari datangnya malapetaka besar). Ia difirmankan dalam surah An-Nazi'at[Para Malaikat Yang Mencabut](79:34) yang berbunyi:


“Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar”

1.10 As-Sokkhoh (Hari yang datang padanya suara yang memekakkan). Ia difirmankan dalam surah Abasa[Bermasam Muka](80:33) yang berbunyi:



“Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat”

1.11. Al Ghosyiah (Hari yang ramai wajah manusia tertunduk dan terhina). Ia difirmankan dalam surah Al-Ghashiyah[Hari Pembalasan] (88:1) yang berbunyi:



“Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) berita tentang hari kiamat?”.

(88:2)



“Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina”

1.12.  Al-Qari'ah (Hari Yang Menggemparkan). Ia difirmankan dalam surah  Al-Qar'iah [Hari Kiamat](101:1) yang berbunyi: 



“Hari yang menggemparkan”

(101:2)



“Apa dia hari yang menggemparkan itu?”

(101:3)


“Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu?”


(104)



“(Hari itu ialah hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran”


"Kita tentunya lebih mulia dari binatang ternakan. Jika lembu dilepaskan di padang ternak itupun kita tidak lepas saja-saja, pastinya ada rumput yang boleh diragut dan dimakan. Jika lembu pun kita lepaskan di tempat yang ada makanan, demikian juga Allah SWT 'lepaskan' kita di dunia, ada 'makanan' untuk kita iaitu Al-Quran. Orang yang menolak Al-Quran ialah mereka yang menolak 'makanan rohani' yang telah disediakan oleh Allah SWT." = Mutiara kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat