Saturday 21 October 2017

KENYATAAN AL-QURAN TENTANG MARYAM, NABI ISA DAN AJARANNYA (BAHAGIAN 3 - AKHIR)



1.   Posting kali ini adalah merupakan posting ketiga dan terakhir. Ia adalah sambungan kepada dua posting sebelum ini yang telah diterbitkan pada 9.10.2017 dan 15.10.2017 lalu.  Sebelas lagi firman Allah SWT dalam Al-Quran tentang tajuk kali ini ialah:

1.1.  Adakah Nabi Isa pernah mengaku jadi tuhan (Did Jesus claim to be God?)

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Maidah[Hidangan](5:116) yang berbunyi:


“Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.”

(5:117)

"Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu ' dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi saksi atas tiap-tiap sesuatu.”

1.2.   Katakan, “Hanya satu” (Say, “one and only”)

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ikhlas(112:1) yang berbunyi:


“Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.”

(112:2)

"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat”

(112:3)

“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan.”

(112:4)
"Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya".

1.3.   Kedatangan Nabi Isa kali kedua (Second coming of Jesus)

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Nisa’[Kaum Wanita](4:159) yang berbunyi:


“Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.”

Allah SWT berfirman dalam surah Az-Zukhruf[Perhiasan](43:61) yang berbunyi:


“Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjuknya); inilah jalan yang lurus.”

1.4. Apa terjadi kepada risalah Nabi Isa yang benar (What happened to Jesus true message)

Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran[Keluarga Imran](3:79) yang berbunyi:
 

“Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.”

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Maidah[Hidangan](5:14)  yang berbunyi:
“Dan di antara orang-orang yang berkata:" Bahawa kami ini orang-orang Nasrani", Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat; dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan.”

1.5.   Ikut Nabi Isa ataupun ikut gereja (Follow Jesus or follow the church?)

Allah SWT berfirman dalam surah At-Taubah[Pengampunan](9:31) yang berbunyi:

“Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.”

1.6.   Setiap orang bertanggungjawab terhadap dosa yang mereka kerjakan (Vicarious atonement or personal accountability)

Allah SWT berfirman dalam surah Al-An’am[Binatang Ternakan](6:164) yang berbunyi:


Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.”

1.7.  Siapa yang boleh memasuki syurga (Who can enter paradise?)

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah[Lembu Betina](2:111) yang berbunyi:


“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".

(2:112)
 

“(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”

1.8.   Nabi Isa sebenarnya (The real Jesus)

Allah SWT berfirman dalam surah Maryam(19:34) yang berbunyi:

“Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.”

1.9.   Cabaran untuk menghentikan semua hujah (A challenge to stop all  arguments)

Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imram[Keluarga Imran](3:61) yang berbunyi:


“Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.”

1.10. Apakah berita baik dalam ajaran Nabi Isa (What was the good news in the gospel of Jesus?)

Allah SWT berfirman dalam surah Al-A’raf[Tempat Yang Tinggi](7:157) yang berbunyi:


"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.”

Allah SWT berfirman dalam surah As-Saff[Barisan](61:6) yang berbunyi:


Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"

1.11. Nabi Muhammad dan Quran: Kebenaran yang terpelihara (Prophet Muhammad and Quran:Truth Restored)

Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa’[Kaum Wanita](4:170) yang berbunyi:
 

“Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad SAW) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu. Dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Maidah[Hidangan](5:15) yang berbunyi:
 

“Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.”
(5:16)


“Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.”

2.  Dalam 3 artikel secara berturut-turut ini, iaitu ada 9.10.2017  dan 15.10.2017 dan kali ini kita dapat melihat firman–firman Allah SWT yang berkaitan dengan pegangan dan kepercayaan agama Kristian.  Al-Quran telah menjelaskan kebenaran untuk menolak fakta-fakta yang salah dalam agama Kristian.

3.  Semoga apa yang dipaparkan dalam tiga keluaran/posting ini dapat membantu pembaca blog ini untuk memahami firman Allah SWT dalam konteks ajaran Kristian.

"Kebangkitan Islam sekarang telah berlaku di seluruh dunia. Ia tidak boleh disekat, umpama sebiji bola yang ditekan ke dalam air, semakin ia ditekan, semakin ia akan melantun naik. Oleh itu kuatkan hubungan dengan Allah, tahajjud jangan ditinggal, kalau boleh menangis, menangislah di hadapan Allah SWT.” ~ Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Sebahagian kandungan dipetik dari risalah yang disediakan kepada pengunjung di Masjid Putra, Putrajaya.

Sunday 15 October 2017

KENYATAAN AL-QURAN TENTANG MARYAM, NABI ISA DAN AJARANNYA (BAHAGIAN 2)


1.   Posting kali ini adalah merupakan sambungan kepada posting bahagian pertama yang telah diterbitkan pada 9.10.2017 lalu.  Sepuluh lagi firman Allah SWT dalam Al-Quran tentang tajuk posting kali ini ialah:

1.1.   Apakah agama yang diajar Nabi Isa kepada pengikutnya (What religion did Jesus teach his disciples?).

Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran[Keluarga Imran](3:52) yang berbunyi:


“Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah dia:" Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?". Orang-orang "Hawariyyuun" (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: "Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).”

(3.53)


"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)".

1.2. Rancangan membunuh Nabi Isa (Plot to kill Jesus)

Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran[Keluarga Imran](3:54) yang berbunyi:


“Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itu pun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.”

(3:55)


(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan.”

1.3. Adakah dakwah (misi) Nabi Isa diterima (Was Jesus mission accepted?).

Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa[Kaum Wanita](4:156) yang berbunyi:


“Demikian juga (Kami laknatkan mereka) dangan sebab kekufuran mereka dan tuduhan mereka terhadap Maryam (dengan tuduhan yang amat dustanya.”

(4:157)


“Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.”

1.4. Adakah Nabi Isa mati dipalang salib (Did Jesus die on the cross)

Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa[Kaum Wanita](4:157) yang berbunyi:
 
Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin”.

1.5. Adakah Nabi Isa dibangkitkan semula dari kematian (Did Jesus rise from the dead?).

Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa[Kaum Wanita](4:158) yang berbunyi:

“Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

1.6. Adakah Nabi Isa itu anak tuhan (Is Jesus ‘son of god’?).

Allah SWT berfirman dalam surah At-Taubah[Pengampunan](9:30) yang berbunyi:

“Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?.”
 
Allah SWT berfirman dalam surah Maryam (19:35) yang berbunyi:
 

“Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Dia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Dia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia.”

1.7. Adakah Nabi Isa tuhan (Is Jesus God?)

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Maidah[Hidangan](5:72) yang berbunyi:
 

“Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu. Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".

Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran[Keluarga Imran](3:79) yang berbunyi:


“Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.”

1.8. Adakah Nabi Isa manusia atau jelmaan tuhan (Was Jesus human or god incarnate)

Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa’[Kaum Wanita](4:171) yang berbunyi:


“Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (yang mentadbirkan sekalian makhlukNya).”

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Maidah[Hidangan](5:75) yang berbunyi:


“Tiadalah Al-Masih Ibni Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul, dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana kami jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka), kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran yang jelas nyata itu).”

1.9. Dicipta tanpa ibu bapa – Adakah Nabi Adam itu tuhan (Created without parents – Was Adam divine)

Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran[Keluarga Imran](3:59) yang berbunyi:
 

“Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah dia.”

1.10. Adakah triniti itu betul (Is trinity true?) / Jangan kata, “Tiga dalam satu” (Do not say , “Three in one”

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Maidah[Hidangan](5:73) yang berbunyi:

“Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

"Bila sebut Allah, Allah itulah yang buat langit yang kita junjung, bumi yang kita pijak dan udara yang kita gunakan. Allah itu jugalah yang buat bangsa-bangsa yang ada di dunia ini, tujuannya untuk berkenalan-kenalan antara satu sama lain bukannya untuk bermegah-megah dengan darah keturunan kita..." ~ Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Sebahagian kandungan dipetik dari risalah yang disediakan kepada pengunjung di Masjid Putra, Putrajaya.