Saturday, 21 October 2017

KENYATAAN AL-QURAN TENTANG MARYAM, NABI ISA DAN AJARANNYA (BAHAGIAN 3 - AKHIR)



1.   Posting kali ini adalah merupakan posting ketiga dan terakhir. Ia adalah sambungan kepada dua posting sebelum ini yang telah diterbitkan pada 9.10.2017 dan 15.10.2017 lalu.  Sebelas lagi firman Allah SWT dalam Al-Quran tentang tajuk kali ini ialah:

1.1.  Adakah Nabi Isa pernah mengaku jadi tuhan (Did Jesus claim to be God?)

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Maidah[Hidangan](5:116) yang berbunyi:


“Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.”

(5:117)

"Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu ' dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi saksi atas tiap-tiap sesuatu.”

1.2.   Katakan, “Hanya satu” (Say, “one and only”)

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ikhlas(112:1) yang berbunyi:


“Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.”

(112:2)

"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat”

(112:3)

“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan.”

(112:4)
"Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya".

1.3.   Kedatangan Nabi Isa kali kedua (Second coming of Jesus)

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Nisa’[Kaum Wanita](4:159) yang berbunyi:


“Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.”

Allah SWT berfirman dalam surah Az-Zukhruf[Perhiasan](43:61) yang berbunyi:


“Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjuknya); inilah jalan yang lurus.”

1.4. Apa terjadi kepada risalah Nabi Isa yang benar (What happened to Jesus true message)

Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran[Keluarga Imran](3:79) yang berbunyi:
 

“Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.”

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Maidah[Hidangan](5:14)  yang berbunyi:
“Dan di antara orang-orang yang berkata:" Bahawa kami ini orang-orang Nasrani", Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat; dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan.”

1.5.   Ikut Nabi Isa ataupun ikut gereja (Follow Jesus or follow the church?)

Allah SWT berfirman dalam surah At-Taubah[Pengampunan](9:31) yang berbunyi:

“Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.”

1.6.   Setiap orang bertanggungjawab terhadap dosa yang mereka kerjakan (Vicarious atonement or personal accountability)

Allah SWT berfirman dalam surah Al-An’am[Binatang Ternakan](6:164) yang berbunyi:


Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.”

1.7.  Siapa yang boleh memasuki syurga (Who can enter paradise?)

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah[Lembu Betina](2:111) yang berbunyi:


“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".

(2:112)
 

“(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”

1.8.   Nabi Isa sebenarnya (The real Jesus)

Allah SWT berfirman dalam surah Maryam(19:34) yang berbunyi:

“Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.”

1.9.   Cabaran untuk menghentikan semua hujah (A challenge to stop all  arguments)

Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imram[Keluarga Imran](3:61) yang berbunyi:


“Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.”

1.10. Apakah berita baik dalam ajaran Nabi Isa (What was the good news in the gospel of Jesus?)

Allah SWT berfirman dalam surah Al-A’raf[Tempat Yang Tinggi](7:157) yang berbunyi:


"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.”

Allah SWT berfirman dalam surah As-Saff[Barisan](61:6) yang berbunyi:


Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"

1.11. Nabi Muhammad dan Quran: Kebenaran yang terpelihara (Prophet Muhammad and Quran:Truth Restored)

Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa’[Kaum Wanita](4:170) yang berbunyi:
 

“Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad SAW) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu. Dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Maidah[Hidangan](5:15) yang berbunyi:
 

“Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.”
(5:16)


“Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.”

2.  Dalam 3 artikel secara berturut-turut ini, iaitu ada 9.10.2017  dan 15.10.2017 dan kali ini kita dapat melihat firman–firman Allah SWT yang berkaitan dengan pegangan dan kepercayaan agama Kristian.  Al-Quran telah menjelaskan kebenaran untuk menolak fakta-fakta yang salah dalam agama Kristian.

3.  Semoga apa yang dipaparkan dalam tiga keluaran/posting ini dapat membantu pembaca blog ini untuk memahami firman Allah SWT dalam konteks ajaran Kristian.

"Kebangkitan Islam sekarang telah berlaku di seluruh dunia. Ia tidak boleh disekat, umpama sebiji bola yang ditekan ke dalam air, semakin ia ditekan, semakin ia akan melantun naik. Oleh itu kuatkan hubungan dengan Allah, tahajjud jangan ditinggal, kalau boleh menangis, menangislah di hadapan Allah SWT.” ~ Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Sebahagian kandungan dipetik dari risalah yang disediakan kepada pengunjung di Masjid Putra, Putrajaya.

No comments:

Post a Comment