PETA PALESTIN |
1. Palestin adalah sebuah negara di
barat daya negara Syam. Ia bersempadan dengan laut Mediteranian dan terletak di
barat benua Asia. Palestin dianggap titik pertemuan antara Asia dan Afrika dan berdekatan
dengan benua Eropah. Bahagian utara Palestin bersempadan dengan Lubnan,
manakala Syria di timur laut, Jordan di timur dan Mesir di selatan. Ia berada
di kawasan yang beriklim Mediteranian. Bumi Palestin yang asalnya milik umat Islam Palestin kini sebahagian besarnya telah dirampas oleh orang-orang Yahudi dan terhasilah negara haram Israel. Perampasan tanah umat Islam Palestin ini telah bermula dengan termetrainya Perjanjian Balfour pada tahun 1948.
2. Bumi Palestin mempunyai keistimewaan yang sangat tinggi disisi orang
Islam. Palestin adalah tanah suci yang diberkati oleh Allah SWT sebagaimana difirmankanNYA dalam Al Quran,
iaitu dalam surah Al-Isra’[Perjalanan Waktu Malam](17:1) yang berbunyi:
"Maha
Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami
perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia
adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. "
MASJIDIL AQSA SEBENAR IALAH YANG BERKUBAH WARNA HITAM
MASJIDIL AQSA SEBENAR IALAH YANG BERKUBAH WARNA HITAM
3. Apakah keistimewaan atau kemuliaan bumi Palestin?.
3.2 Masjid kedua yang dibina di atas muka bumi
seperti dinyatakan di dalam hadis Abu Zar al-Ghifari ra. Beliau berkata:
"Aku bertanya kepada Rasulullah:" Wahai, Rasulullah, masjid mana yang
pertama kali dibina di atas muka bumi? "Beliau menjawab: "Masjidil Haram". Lalu aku bertanya
lagi: "Kemudian masjid apa lagi?". Baginda menjawab: "Masjidil Aqsa". Aku bertanya
lagi: "Berapa jarak pembinaan antara keduanya?" Jawab baginda: "Empat puluh tahun. Kemudian di mana sahaja
kamu mendapati waktu solat telah tiba, maka solatlah (kamu di situ)".
[Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Nasai dan Qazuwaini].
3.3. Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang
bermaksud: "Solat di Masjidil Haram
lebih utama seratus ribu kali ganda berbanding solat di masjid lain, dan solat
dimasjidku (Masjidil Nabawi) lebih utama seribu kali ganda (berbanding solat di
masjid lain) dan solat di masjid Baitul Maqdis (Masjidil Aqsa) lebih utama
lima ratus kali ganda (berbanding solat di masjid lain) ". [Riwayat oleh at Thahawi]
3.4. Bumi
Palestin adalah perhentian akhir dari perjalanan Isra’ Rasulullah SAW yang
bermula dari Mekah. Dari situlah bermulanya Mi'rajnya ke langit untuk menerima
perintah solat lima waktu dari Allah SWT.
3.5. Bumi
Palestin adalah bumi atau negeri para nabi. Ramai nabi/rasul yang dilahirkan, menetap
dan dikebumikan di sana. Contohnya seperti Nabi Luth, Nabi Ibrahim, Nabi Ishak,
Nabi Sulaiman, Nabi Zakaria, Nabi Salih, Nabi Yahya, Nabi Musa, Nabi Daud.
3.6. Palestin
adalah pusat strategik politik dunia. Sesiapa yang menguasai Palestin, maka
mereka sedang mendominasi dunia. Dulu, empayar Kristian Rom menguasai bumi
Palestin kemudian diambil alih oleh Khilafah Islam dan kini dikuasai oleh Yahudi dengan sokongan
Kristian Barat. Insya Allah, Islam bakal mengusainya lagi pada masa hadapan.
"Atom yang begitu kecil itu ada pasangannya. Wayar elektrik pun
ada pasangannya yang disebut sebagai negatif dan positif. Jika dipasang dengan
cara yang betul, lampu akan menyala. Jika tidak, wayar itu boleh terbakar.
Begitu juga dengan lelaki dan perempuan, jika dipasangkan dengan yang tidak
baik, dapat anak zina, lalu anak-anak ini dibuang. Benda ini berlaku kerana
pasang tak betul. Islam datang untuk mengajar bagaimana memasang atau
menyatukan manusia dengan cara yang betul iaitu perkahwinan dengan nama Allah."
~~ Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Sebahagian kandungan dipetik dari blog detikislam
No comments:
Post a Comment