LOGO HAMAS
LAGU HAMAS
1. Posting kali ini berkait dengan satu pengumuman mengejutkan
yang telah dibuat oleh Presiden Amerika, Donald Trump. Tanggal 6.12.2017 lalu
adalah tarikh penting dalam sejarah dunia, khususnya yang melibatkan umat Islam
di Palestin. Ini kerana pada tarikh
tersebutlah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah membuat pengumuman
rasmi bahawa Amerika Syarikat mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota baru
Israel menggantikan Tel Aviv. Bukan itu
sahaja Amerika juga akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Jerusalem,
kawasan di mana terdapatnya masjid suci umat Islam, iaitu Masjidil Al-Aqsa. Sebenarnya semenjak Julai 1980 lagi kerajaan haram Israel telah meluluskan undang-undang yang mengistiharkan bahawa Jerusalem adalah ibu negara Israel. Namun demikian keputusan itu dibantah oleh Majlis Keselamatan Bangsa Bangsa Bersatu kerana dikatakan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Presiden-Presiden Amerika sebelum ini seperti Bill Clinton, George W. Bush dan Barrack Obama tidak seberani Donald Trump untuk membuat pengumuman itu. Jelaslah bahawa Donald Trump ini adalah sangat pro Israel dan menjadi alat kepada Israel. Barangkali inilah hadiah terbesar darinya kepada orang-orang Yahudi yang kuat menyokongnya semasa bertanding Presiden Amerika dulu.
2. Keputusan ini telah menimbulkan bantahan keras dari beberapa negara
umat Islam dan Palestin sendiri, sama ada dari kumpulan Palestinian Liberation Organization- PLO yang dipimpin Mahmud Abas atau HAMAS yang
dipimpin oleh Ismail Abdel Salam Ahmed Haniyeh (Ismail Haniyeh) . Ini kerana di
Jerusalemlah terdapatnya Baitul Maqdis Timur yang terletaknya Masjidil Aqsa
(Al-Quds). Baitul Maqdis timur adalah sebuah bandar lama yang diletakkan di
bawah pentadbiran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Namun demikian Al-Quds telah dijajah Israel selepas
perang 6 hari dalam tahun 1967 tanpa mendapat pengiktirafan dunia. Penduduk
Palestin pula mahu menjadikan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu kota negara
Palestin merdeka pada masa hadapan. Baitul Maqdis dianggap penting
kepada tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Perlu diketahui bahawa konflik
di Timur Tengah banyak berkisar mengenai kedudukan Baitul Maqdis ini.
3. Institut Jerusalem menganggarkan seramai 850,000 orang tinggal di Jerusalem. 37% dari mereka adalah berbangsa Arab manakala 61% pula orang Yahudi. Penduduk Yahudi itu pula, sekitar 200,000 darinya adalah Yahudi ultra-ortodoks dan selebihnya adalah samada kalangan Zionis yang kuat agama dan Yahudi sekular. Bangsa Arab itu pula, 96% dari mereka beragama Islam manakala selebihnya ialah Kristian. Sebahagian besar rakyat Palestin menetap di Timur Jerusalem.
4. Fokus artikel kali ini ialah kepada penentangan dari kumpulan HAMAS
terhadap tentera Israel dengan pengumuman tersebut. HAMAS atau Haraqatul Muqawwamatul al-Islamiah (Gerakan
Pembela Islam) ialah sebuah pertubuhan Islam Palestin yang diasaskan oleh pemimpin
spiritual Sheikh Ahmad Yassin. Beliau pernah berkata pada tahun 1998 bahawa
Brigade Al-Qassam merupakan sebahagian dari Hamas. Katanya: "Kami tidak boleh
memisahkan sayap dari badan. Jika kami lakukan itu, tubuh tidak akan dapat
terbang. HAMAS adalah satu kesatuan." Setelah mencuba beberapa kali untuk
membunuhnya, akhirnya pada pagi 22 Mac
2004, helikopter Israel telah berjaya menembak beliau yang berada di atas
kerusi roda untuk pulang ke rumah dari masjid selepas solat Subuh. Jasadnya hancur berkecai. Beliau telah mati syahid namun roh jihad yang
telah ditiupnya telah meresap masuk ke dalam jiwa pemuda Palestin, khususnya
anggota briged Al-Qasam. Selepas kematian beliau, HAMAS dipimpin pula oleh Abdel
Aziz Ali Abdul Majid al-Rantisi (Abdul Aziz al-Rantisi - Singa Palestin). Nasib
beliau sama dengan Sheikh Ahmad Yassin.
Pada 17 April 2004, helikopter Apache Israel telah berjaya menembak
keretanya sehingga membawa kepada kesyahidannya. Kini HAMAS dipimpin
oleh Ismail Abdel Salam Ahmed Haniyeh (Ismail Haniyeh).
ISMAIL HANIYEH
5. Briged Izzuddin al-Qassam, sayap ketenteraan HAMAS telah
diubuhkan pada tahun 1992 oleh Sheikh
Ahmad Yasin, Dr. Ibrahim al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada. Dari segi
bahasa, Izz bermaksud 'pertolongan', 'ketaatan' atau 'kebanggaan', manakala Din
bermaksud 'agama'. Al-Qassam boleh diterjemah sebagai 'pemisah'. Dari segi
sejarah, Izz ad-Din Al-Qassam ialah seorang yang telah dilahirkan di Syria dan dibuang ke
Palestin kerana menentang pendudukan Perancis di Syria dan Lubnan. Beliau telah mati syahid pada
tahun 1935 berdekatan Jenin kerana menentang penjajahan British. Sejak
penubuhannya, briged ini telah melancarkan beberapa serangan balas terhadap
pendudukan Israel, negara haram yang menakluki wilayah Palestin. Piagam HAMAS
menyeru agar negara haram Israel ditentang dan dimusnahkan serta digantikan
dengan sebuah negara Islam yang adil dan damai tanpa mengira agama, etnik
bangsa dan sebagainya. Tindak tanduk HAMAS jelas mempamerkan sentimen anti-Zionis Israel dan mereka
berjuang untuk mengusir Zionis Israel keluar dari Palestin melalui cara yang
dianjurkan Islam, iaitu jihad.
LAGU HAMAS
6. Briged Izzudin Al Qassam ditubuhkan di tengah-tengah
kebangkitan (intifadah) rakyat Palestina sekitar tahun 1987-1994 melawan pendudukan Zionis. Briged ini dipimpin oleh komandan Muhammad
Al-Dhaif Abu Khalid. Antara matlamat
penubuhan briged ini ialah untuk:
6.1. Mencari mati syahid.
6.2. Membakar dan menaikkkan semangat jihad dikalangan
orang Palestina, Arab dan Islam lainnya unutuk menentang pendudukan zionis Israel.
6.3. Mempertahankan Palestin dan
tanah air dari pendudukan dan pencerobohan
Zionis.
6.4. Memerdekakan Palestin dan
tanah yang dirampas oleh tentera Israel.
7. Kehebatan Briged
Izzuddin al-Qassam sebagai barisan hadapan mempertahankan kedaulatan bumi Gaza sangat
digeruni oleh tentera Israel. Setelah
sekian lama ternyata Israel tidak berkemampuan untuk menumpaskan pasukan itu,
sama ada dalam serangan udara yang dilancarkan ataupun pertempuran secara terbuka
dan serangan gerila. Seorang tokoh perunding Israel, Gershon Baskin dalam satu
temubual dengan stesen televisyen mengakui pejuang Briged al-Qassam sukar
ditewaskan dan hampir mustahil dimusnahkan. Baskin berkata: ''Pejuang Hamas
(Briged al-Qassam) tidak akan menyerah diri dan tidak akan mengibarkan bendera
putih, meskipun hanya tinggal seorang pejuang, sepucuk senapang dan sebuah
roket.''
8. Identiti dan jawatan para pejuang dalam pasukan ini dirahsiakan sehinggalah mereka gugur syahid
dan ketika bertempur, pasukan bersenjata itu akan memakai penutup muka berwarna
hitam dan melilit ikatan nama pergerakan al-Qassam di kepala. Jumlah tentera
dalam briged yang beroperasi di Genting Gaza dan Tebing Barat itu hanya
diketahui oleh pemimpinnya sahaja. Keanggotaan briged ini tidak hanya terdiri daripada anggota tentera yang
terlatih, malah turut disertai oleh guru, doktor, sukarelawan, peniaga, profesional
sehingga kepada golongan remaja berusia belasan tahun, menunjukkan briged ini
mendapat sokongan daripada semua peringkat penduduk Palestin.
9. Kekuatan briged tersebut tidak hanya dalam bentuk fizikal
semata-mata tetapi juga rohani. Setiap anggota al-Qassam diwajibkan untuk
sekurang-kurangnya menghafal satu juzuk Al-Quran selain mesti menjaga solat berjemaah
dan bersedia untuk mati syahid pada bila bila masa.
10. Kekurangan sumber kewangan dan bekalan senjata api, memaksa
pergerakan Hamas dan Briged al-Qassam bergantung sepenuhnya kepada keberanian
pejuangnya menyeludup masuk peralatan keperluan perang melalui
terowong-terowong tikus yang dibina di sekitar jalan masuk di Mesir dan Gaza.
11. Apakah pejuang HAMAS ini mempunyai kelengkapan ketenteraan yang
moden dan mencukupi?. Membicarakan
perkara ini tidak akan lengkap jika kita tidak mengenali Ir. Adnan Al-Ghoul (Abu Bilal). Siapakah
beliau?. Al-Ghoul lahir pada 25 Julai 1958 di kem Shati Jalur Gaza, kem yang
juga berasalnya Ismail Haniyah. Al-Goul
mati dibunuh Israel pada tahun 2004. Beliau ialah seorang komandan unit
pengeluaran senjata Briged Izzuddin Al-Qassam dan merupakan jurutera paling
penting. Komandan ini mampu meningkatkan keupayaan pengeluaran senjata dari sederhana
menjadi canggih. Beliau mampu memindahkan teknologi pembuatan senjata dari luar
Palestin ke dalam briged walaupun perkara itu sebenarnya amat rumit. Antara kebolehan
Al-Ghoul dalam bidang persenjataan adalah
mampu mengeluarkan senjata bom granite yang dibuat dari bahan TNT. Mampu
menghasilkan senjata mortal (jenis roket jarak dekat), roket anti kereta kebal
dan menghasilkan roket Al-Banna dan sejumlah roket lainnya sehingga beliau
digelar ‘Bapa Roket Al-Qassam’. Roket Al-Battar pula digunakan pejuang
Al-Qassam dalam serangan ke barisan hadapan lawan dan menghalang serangan
pasukan Israel. Senjata roket Al-Yasin dikembangkan dari roket RPG2.
12. Senjata lain yang digunakan pejuang HAMAS ialah senapang sniper
kaliber 14.5 milimeter, Ghoul dengan jarak jangkauan sejauh 2 km. Senjata ini
dikatakan mempunyai keupayaan teleskopik dan dinamakan sempena jurutera
Al-Qassam bernama Adnan al-Ghoul yang telah terbunuh pada tahun 2004. Senapang ini menjadi kejutan dari Al-Qassam
yang tidak pernah diramalkan oleh pihak Israel. Walaupun kemudahan dan
peralatan sangat terbatas kerana laluan ke Gaza dikawal ketat, namun Al-Qassam
menunjukkan bahawa mereka terus berkembang dalam pengeluaran persenjataan.
Termasuk di antaranya ialah roket jarak jauh M75, Jaabari 80, R160 (Rantisi
160). Roket R-160 mampu menjangkau sehingga 160 km dan boleh sampai sehingga ke
Haifa, bahagian paling utara di Israel.
ROKET M 75 |
SENJATA PENEMBAJK TEPAT GHOUL |
A1B ABABIL |
13. Tidak diduga HAMAS juga berjaya memajukan drone (pesawat kecil
tanpa pemandu) bernama Ababil. Sekali lagi Israel dimalukan selepas Ababil,
pesawat pertama tanpa pemandu kepunyaan Briged Al Qassam yang penuh dengan
bahan letupan dilancarkan ke wilayah udara di tanah haram Israel. Ada beberapa
jenis model yang dihasilkan yang antaranya adalah jenis A1A yang pertama sekali
diciptakan, jenis A1B yang mampu melancarkan peluru berpandu dan jenis A1C yang
mampu melancarkan serangan Kamikaze (meletup sendiri apabila melanggar sasaran).
14. Kekuatan yang telah ditunjukkan oleh Al-Qassam ketika perang
Al-Asful Makul telah mengukuhkan
semangat dan harapan umat Islam di seluruh dunia yang HAMAS tidak akan berundur
dan membiarkan Israel melakukan sesuka hati di tanah air mereka. Malah,
Al-Qassam menegaskan akan memberikan lebih banyak kejutan sekiranya Israel
tetap berdegil menindas penduduk Palestin. Merekalah wira umat Islam masa kini
sepertimana hebatnya tentera Salahuddin Al-Ayyubi dan tentera Sultan Muhhamad
Al-Fataeh satu masa dulu. Nampaknya sejarah kegemilangan tentera Islam silam
sedang berulang kembali di bumi Palestin.
15. Semakin menonjol kelemahan Israel dan sekutu rapatnya, Amerika
apabila sistem Iron Drome yang didakwa sebagai sistem pertahanan roket terbaik
dunia yang mempunyai kadar kejayaan sebanyak 90% akhirnya kalah di tangan
Briged Al Qassam. Menurut kajian, Iron Drone milik Israel hanya boleh mematahkan
30-40% serangan oleh roket Al-Qassam. Pihak Israel mengakui mereka hanya boleh
mematahkan 8 daripada hampir 120 roket dalam masa 24 jam. Kejayaan serangan Al
Qassam telah membuatkan negara haram Israel panik. Penganalisis tentera Israel
sendiri terpaksa mengakui kehebatan inovasi Al-Qassam yang berjaya membuat
roket Jaabari 80 dengan teknologi yang boleh melepasi Iron Dome. Pergerakan
roket Jaabari 80 secara tidak teratur dan tidak tetap mengakibatkan sistem
pertahanan Iron Dome tidak berjaya mengatasi serangan yang dilancarkan.
16. Anggota briged al-Qassam juga menggunakan taktik bersembunyi di
dalam terowong-terowong bawah tanah sepanjang satu hingga tujuh kilometer yang
menjadi terowong yang amat ditakuti oleh tentera Israel.
17. Briged ini begitu rahsia. Bukan hanya soal markas dan perancangan untuk melakukan
operasi, identiti pemimpin serta anggota briged hanya akan diumumkan setelah
kematian mereka. Ketika tampil di depan khalayak ramai, pasukan brigade ini
biasanya bertopeng hitam dengan ikat kepala berwarna hijau. "Tidak ada
sembarangan orang boleh mengetahui soal kerahsian brigade Al-Qassam. Mereka
sangat tertutup," itulah kata Mahmud Zahar, pemimpin kanan HAMAS di Gaza.
18. Tidak ada siapa yang tahu
dengan pasti berapa ramaikah jumlah anggota brigade Al-Qassam. Pihak Israel
menjangkakan mereka memiliki beberapa ratus anggota yang sangat terlatih.
Mereka mampu bertempur sendirian, dalam pasukan atau formasi lebih besar.
Dianggarkan, jika ditambah pasukan keamanan dalam negeri, termasuk polis,
kekuatan Brigade Al-Qassam boleh mencapai sekitar 15 ribu anggota. Sekitar tiga
hingga empat ribu anggota tempur lainnya boleh bergabung dalam situasi darurat
menghadapi pencerobohan dan serbuan Israel. Brigad Al-Qassam terbahagi dalam
enam kumpulan komando atau brigad dengan kekuatan lebih dari seribu pejuang
setiap satu. Mereka terdiri dari Brigad Gaza Utara diketuai Ahmad Ghandour,
Brigad Kota Gaza (meliputi dua brigad) dipimpin Marwan Isa, Brigad Gaza Tengah
dikepalai Aiman Naufal, Brigad Khan Yunis dikawal oleh Muhammad Sinwar dan
Brigad Rafah di bawah arahan Raid al-Attar. Setiap brigad terdiri dari 4-5
kompeni, kemudian dipecah lagi menjadi tiga platon. Setiap platon mempunyai tiga regu tempur. Setiap regu tempur terdiri
dari lapan orang dengan pengkhususan sebagai perajurit tempur, anti kereta
kebal, ahli sabotaj dan paramedik.
19. Bukanlah sesuatu yang
mudah untuk menjadi anggota Brigad
Al-Qassam. Menurut cerita seorang
wartawan di Gaza, selain harus lulus latihan ketenteraan mereka juga mesti
menjadi seorang yang taat kepada agama, boleh membaca dan menghafal Al-Quran.
Yang diutamakan juga adalah seorang lelaki yang bersemangat kental. Mereka
perlu memiliki keimanan yang kuat dan berjuang atas nama Allah dan Islam. Bersedia pada bila bila masa untuk berjihad dan mati
syahid dalam mempertahankan bumi Palestin dan Baitul Maqdis. Senjata mati syahid
inilah senjata ampuh yang Allah sediakan kepada orang Islam yang tidak dimiliki
oleh mana mana tentera bukan Islam di dunia ini. Mereka perlu banyak berdoa dan bermunajat
kepada Allah SWT. Tidak boleh tinggal
solat, sentiasa membaca Al-Quran, kerap solat hajat serta solat-solat yang
lain.
20. Kita pernah mendengar berita peperangan antara brigad Al-Qassam
(mujahidin) dengan tentera Israel. Jelas
sekali telah datang pertolongan Allah kepada mereka berkat berjuang di atas dasar Islam, kerana Allah dan berlandaskan jihad dan bercita cita untuk mati syahid di jalan Allah. Berikut adalah berita berita yang tersebar yang membuktikan perjuangan mereka telah mendapat pertolongan dari Allah SWT:
20.1.
Ketika pertempuran di Mighraqah di mana pesawat-pesawat tempur Israel
menggempur dan mengepung mujahidin dari atas kepala mereka. Mereka tidak dapat
bergerak. Tiba-tiba datang awan mendung yang memayungi mereka dan menutupi
pesawat tempur Israel untuk melihat ke bumi. Maka para mujahidin pun bergerak
bagi menghindarkan diri mereka dari tempat itu.
20.2. Ada juga cerita seorang mujahid yang
mengalami sendiri bersama rakan-rakannya yang sedang berada di sebuah rumah.
Bom dan peluru berpandu dari pesawat dan kereta kebal Israel menggempur mereka
habis-habisan, namun tidak seorang pun yang terkena serangan itu. Sebahagian
dari mereka merasa takut. Namun tiba-tiba "dia" mengajak kami menghalang
kereta-kereta kebal Israel yang menyerang kami sehingga Allah memberikan
pertolongan untuk meledakkan beberapa kereta kebal Israel yang ada.
20.3. Seorang mujahid menceritakan bahawa mereka melihat dua kereta kebal
meletup dan terbakar di tempat mereka memasang bom di tepi jalan. Ketika mereka
pergi menghampiri dua kereta kebal Israel yang meletup itu, ternyata bom tepi
jalan yang mereka pasang itu belum meletup.
20.4. Seorang mujahid lain menceritakan bahawa dia
bersendirian ketika memasang bom tepi jalan. Beberapa saat kemudian dia sudah
dikepung oleh kereta-kereta kebal Israel. Dalam keadaan yang cemas itu, dia
berbisik dalam dirinya, “carilah tempat yang lebih aman”. Namun dia mendengar
satu suara tanpa diketahui dari mana datangnya; “tetaplah berada di tempatmu”.
Maka dia tetap berdiri di tempatnya dan tiba-tiba ketenangan dirasai dalam
hatinya dan Allah memberikan pertolongan dengan meletupnya kereta-kereta kebal
Israel.
20.5. Seorang mujahid lain menceritakan bahawa
ketika dia hendak melepaskan roket, dia merasa ada “orang” yang membetulkan
sasarannya ke kanan dan ke kiri.
20.6.
Bau wangian yang keluar dari poket baju jasad seorang mujahidin yang syahid
bernama Abdullah As-Shanik sedangkan dia sudah 20 hari disemadikan. Bau wangian
yang sama keluar dari jasad Syahid Musa Hasan Abu Nar yang terbunuh dan
darahnya memancut keluar membasahi lantai masjid. Walaupun darah itu
dibersihkan namun baunya masih wangi.
20.7. Temubual dengan askar-askat Israel yang
disiarkan oleh Channel 10 televisyen Israel.
Mereka mengatakan bahawa mereka
menyaksikan lembaga aneh yang mereka yakini sebagai hantu yang keluar dari bumi
dan memerangi mereka.
20.8. Ada juga kesaksian dari seorang askar Israel
yang buta matanya akibat dilempar dengan pasir oleh seorang laki-laki yang
berpakaian serba putih.
20.9. Ketakutan yang Allah campakkan ke dalam
hati-hati tentera Israel menjadikan mereka yang memiliki senjata jauh lebih
canggih dari senjata kaum mujahidin takut untuk membuat serangan dan hanya
menyerang kanak-kanak, wanita, orang-orang tua dan orang awam yang tidak
membawa senjata.
21. Berbanding tentera Al-Fatah yang dipunyai oleh Palestinian Liberation Organization (PLO),
tentera tentera Israel jauh lebih takut dan gerun kepada mujahidin briged
Al-Qassam yang berjuang untuk mati syahid. Mujahidin briged Al-Qassam sebenarnya tidak
perlu takut kepada tentera Israel kerana sebenarnya tentera Israel ini
penakut. Perkara ini telahpun Allah SWT
firmankan lebih 1,400 tahun lalu dalam surah Al-Maidah[Hidangan](5:24) yang berbunyi:
Mereka
(menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan
memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya;
oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sesungguhnya
kami hanya duduk menanti di sini saja".
(5:25)
Nabi
Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak
dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu
pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu".
(5:26)
Allah
berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya -
selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di
sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau
berdukacita terhadap kaum yang fasik itu".
22. Sebagai penutupnya, setiap orang Islam perlu memberi sokongan dan
dukungan kepada perjuangan rakyat Palestin membebaskan bumi mereka dari
cengkaman Yahudi laknatullah. Di sanalah
terdapatnya Masjid Aqsa yang merupakan masjid ketiga paling suci dan mulia di
atas muka bumi ini. Dari situlah juga Rasulullah SAW telah dibawa Malaikat
Jibrail naik ke langit bertemu dengan Allah SWT dalam peristiwa agung, Israk
dan Mikraj. Jika pun tidak mampu menyumbang tenaga atau kewangan bagi membantu
mereka, sekurang-kuranya titipkanlah doa agar Allah SWT memberi kekuatan,
semangat juang dan kejayaan kepada pejuang pejuang Brigad Al-Qassam ini. Sesungguhnya kejayaan mereka adalah kejayaan
bagi seluruh umat Islam di dunia ini.
"Ilmu itu
tumpang menumpang, murid menumpang ilmu guru, guru juga turut menumpang
kebijaksanaan muridnya. Itulah dia 'taawun' iaitu saling mengambil manfaat
antara satu sama lain" – Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz
bin Nik Mat
No comments:
Post a Comment