1. Posting kali ini akan membicarakan mukjizat Nabi Musa membelah
Laut Merah. Mengikut catatan sejarah,
Nabi Musa hidup antara tahun 1522 hingga 1408 SM, iaitu lebih 3,500 tahun
lalu. Beliau diutuskan oleh Allah SWT
untuk berdakwah kepada kaum Mesir kuno, Firaun dan Bani Israel di Mesir. Namanya Allah sebutkan sebanyak 136 kali
dalam Al-Quran dan salah seorang nabi/rasul yang bertaraf Ulul Azmi.
2. Seperti mana nabi/rasul yang lain, Nabi Musa juga Allah SWT
bekalkan dengan mukjizat bagi memudahkannya berdakwah kepada manusia agar
beriman kepada Allah. Salah satu
mukjizat baginda yang mashyur ialah membelah Laut Merah dengan menggunakan
tongkat. Dari perspektif Islam, orang
Islam percaya dan menyakini bahawa peristiwa ini benar benar berlaku. Ini
kerana Allah SWT telah berfirman tentang kejadian ajaib itu dalam Al-Quran, iaitu seperti berikut:
“Dan
(kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana
melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami
tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya”. Petikan dari surah Al-Baqarah[Lembu Betina](2:50)
Lalu
Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu".
(Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu
menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung
yang besar. Petikan dari surah Asy-Syu’ara’[Para Penyair](26:63)
3. Malah peristiwa ini juga turut disebutkan dalam kitab Bible
orang Kristian. Bagi kebanyakan orang tentulah peristiwa tersebut sesuatu yang
tidak dapat diterima oleh akal yang logik. Mana mungkin laut boleh dibelah
menggunakan sebatang tongkat sehingga umat Nabi Musa boleh melintasinya semasa
dikejar oleh tentera tentera Firaun untuk membunuh mereka.
4. Tapi tahukah kita bahawa kejadian laut terbelah ini telah dapat
dibuktikan secara ilmiah oleh saintis dari Amerika Syarikat. Satu kajian oleh
sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan
Atmosfera Nasional mendapati fenomena laut terbelah itu tidak bercanggah dengan
hukum fizik. Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai
Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali
sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu
cawangan Sungai Nil.
5. Kini dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu
menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin
kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam
selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu
membentuk seperti dinding air. Satu model lautan komputer kemudian digunakan
sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air
sedalam beberapa meter itu. Selama empat jam, tiupan angin tersebut
menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke
tempat asal seperti ombak tsunami. Hasil kajian saintis berkenaan telah disiarkan
di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE.
"Bila kita
beragama, dengan sendiri kita akan rasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang
memerhati, ada Allah SWT yang sedang memantau. Keyakinan ini merupakan satu
brek untuk kita dari terus lakukan dosa. Tanpa adanya keyakinan seperti ini,
manusia akan hilang brek. Kalau kereta hilang brek, ia akan terjun gaung. Tapi
kalau manusia hilang brek, dia akan terjun neraka." = Mutiara Kata
Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Sebahagian kandungan dipetik
dari blog Irfanirsyad.wordpress.com
No comments:
Post a Comment