Friday 25 May 2018

KELEBIHAN MENGHIRUP AIR KE HIDUNG SEMASA MENGAMBIL WUDUK





“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.{Petikan dari surah Al-Maidah[Hidangan](5:6)}

1.      Sebelum menunaikan solat, orang Islam diwajibkan terlebih dahulu mengambil wuduk.  Anggota wuduk yang wajib dibasuh ialah seperti firman Allah SWT dalam ayat di atas. Selain dari empat perkara di atas, menjadi sunah Rasulullah SAW ialah membasuh bahagian lain yang tidak diwajibkan, iaitu berkumur-kumur, membersihkan/memasukkan air ke dalam hidung (intinsyaq) dan menyapu kedua belah telinga.

2.      Tujuan penulisan kali ialah  untuk membicarakan kebaikan intinsyaq. Ini kerana setiap apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW pasti ada kebaikannya untuk manusia yang melakukannya. Ramai orang Islam tidak melakukan sunnah Rasulullah ini. Jika dengan sengaja tidak melakukannya maka hukumnya ialah makruh. Intinsyaq bukan memasukkan jari yang basah ke dalam hidung.  Sebaliknya ia adalah menghirup air di dalam telapak tangan ke dalam lubang hidung. Antara kebaikan atau kelebihannya ialah:

2.1.   Menggugurkan Dosa:

Dari Abu Umamah Radliyallahu Anhu bahwasanya Rasulullah bersabda, “Siapapun yang berdiri menuju air wudukya dengan maksud mengerjakan solat, kemudian dia membasuh kedua telapak tangannya, maka turun (keluar)lah dosanya dari kedua telapak tangannya bersama titisan air. Apabila dia berkumur-kumur, beristinsyaq dan istintsar (menghirup dan mengeluarkan air dari hidung) maka keluarlah dosanya dari lisan dan bibirnya bersama awalnya titisan air dan seterusnya,” (HR. Ahmad: V/ 263. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: shahih).

2.2. Termasuk Penyempurnaan Wuduk:

Laqith Ibnu Shabirah Radliyallahu ‘Anhu berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksd, “Sempurnakanlah dalam berwuduk, usaplah dicelah celah jari, dan hiruplah air ke dalam hidung dalam-dalam kecuali jika engkau sedang berpuasa,” (Hadis Riwayat Imam Empat dan hadis shahih menurut Ibnu Khuzaimah, dari software Bulughul Maram).

2.3. Mengusir Syaitan di Lubang Hidung:

“Jika salah seorang di antara kamu bangun dari tidur, maka hendaklah dia beristintsar (mengeluarkan air dari hidung setelah istinsyaq (menghirup air ke hidung) tiga kali. Sebab syaitan menginap di rongga hidungnya,” (Muttafaq Alaih atau Hadis Riwayat Bukhari Muslim).

2.4. Baik Untuk Kesehatan Hidung dan Pernafasan:

Prof. Dr. Syahathah dari bahagian THT Fakulti Kedoktoran Universiti Alexandria membuktikan bahawa Istinsyaq dapat membersihkan hidung dari kuman-kuman dan mengeluarkan kuman tersebut. Sehingga mengurangi kemungkinan terjadinya jangkitan hidung. Istinsyaq yang sempurna dapat menghilangkan kuman penyakit yang ada di dalam lubang hidung. Terutama dalam hal gangguan pernafasan, radang paru-paru, panas rumatik, penyakit rongga hidung dan lain-lain.

 

Penerangan cara membasuh hidung (intinsyaq) 
oleh Ustaz Azhar Idrus


"Kita tanam lada, 40 hari dapat hasil, boleh jual. Tanam terung, dua tiga bulan dapat hasil. Tapi keuntungan tidak besar kerana itu hanya projek kecil-kecilan. Jika projek yang lebih besar seperti tanam getah, bukan 40 hari tapi memakan masa bertahun. Semakin besar projek tersebut, semakin besar untungnya. Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar. Untungnya sangat besar jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas mati baru mendapat hasil” ~~ Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat 
 
Sebahagian kandungan dipetik dari  islampos.com