Monday 19 March 2018

NUR ILAHI DI BUMI KOREA UTARA


1.    Dalam Surah As-Shaaf[Barisan](61:9), Allah SWT telah berfirman yang berbunyi:

 “Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad SAW) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.”

2.      Rasulullah SAW pernah bersabda yang berbunyi:

ليبلغن هذا الأمر ما بلغ الليل والنهار ولا يترك الله بيت مدر ولا وبر
الا أدخله الله هذا الدين بعز عزيز أو بذل ذليل عزا يعز الله به

“Pasti akan sampai urusan ini (Islam) ke mana sahaja sampainya malam dan siang. Allah tidak akan tinggalkan satu rumah si kaya mahupun si miskin, kecuali akan dimasukkan oleh Allah agama ini…” (Riwayat Al-Hakim dan al-Baihaqi ; Berkata Al-Hakim : Hadith ini sahih menurut syarat al-Bukhari & Muslim. Ia juga dipersetujui oleh Imam Az-Zahabi).

3.    Korea Utara yang mengamalkan fahaman komunisme dengan sistem pemerintahan diktator mutlak terletak dibahagian utara Semenanjung Korea.  Ia berkeluasan 120,540 kilometer persegi (46,541 batu persegi) dan berpenduduk sekitar 30 juta orang. Korea Utara berkongsi sempadan darat dengan Republik Rakyat China dan Rusia di utara, dan sempadan Korea Selatan sepanjang Zon didemilitarisasi Korea. 
 
4.      Korea Utara adalah sebuah negara monarki mutlak atau pemerintahan diktator keturunan.  Ia diasaskan oleh bapa Korea Utara,  Kim Il-Sung yang menjadi presiden pertama negara tersebut bermula pada 9.9.1948. Kemudiannya mendiang digantikan oleh anaknya Kim Jong Il. Presiden sekarang ialah cucu Kim Il-Sung, iaitu Kim Jong Un.

KIM IL SUNG
KIM JONG IL
  
 

                                                            KIM JONG UN
 
5.   Umum telah mengetahui bahawa kerajaan Korea Utara sangat kuat menyekat kebebasan rakyatnya. Korea Utara sentiasa diberikan publisiti buruk oleh media media barat dari segi hak asasi rakyatnya serta kebebasan media di negaranya. Namun disisi yang lain pemerintah Korea Utara dikatakan agak bertoleransi dalam hal beragama dan memberikan kebebasan kepada rakyatnya untuk memilih agama. Berbanding dengan negara Myanmar, dari sisi kebebasan beragama nampaknya Korea Utara jauh lebih baik. Tidak ada tekanan kepada rakyat Korea Utara yang beragama Islam. Rakyat Korea Utara sendiri beragama Juche.
 
6.   Islam diberitakan telah diterima dan berkembang dengan baik di Korea Utara.  Perkembangannya adalah melalui peranan dan dakwah yang dimainkan oleh pegawai–pegawai kedutaan negara umat Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Korea Utara. Dari sejumlah lebih kurang 30 juta penduduk Korea Utara, rakyatnya yang beragama Islam tidak sampai 1%. Di Korea Utara terdapat sebuah masjid yang dinamakan Masjid Pyongyang.  Ia adalah satu satunya masjid di sana. Perkataan Allah jelas terpampang di puncak menara masjid yang cukup besar dan megah itu. Masjid ini dibina oleh kedutaan besar Iran. Kini masjid tersebut menjadi pusat kegiatan dan agama Islam di Korea Utara. 
 
                                                   MASJID PYONGYANG

7.   Salah satu lembaga yang aktif melakukan perayaan hari besar Islam di sana adalah Kedutaan Besar Republik Indonesia. Perayaan Eidul Fitri di sana telah mendapat kebenaran pemerintah. Sambutan Nuzul Quran juga boleh diadakan.

8.    Dipetik dari sebuah halaman resmi pemerintah Korea Utara, Kim Jong Un  mengatakan, “Upaya untuk merosakkan Korea Utara dengan fitnah adalah tindakan tidak masuk akal dengan menyebut di Korea Utara tidak ada kebebasan beragama. Itu benar-benar tidak masuk akal. Sepenuhnya, kami menjamin kebebasan berkeyakinan setiap warga negara.” Kim Jong Un memberikan kenyataan ini setelah Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat mengatakan Korea Utara tidak menjamin kebebasan beragama di negaranya.

9.   Kim Jong Un dilaporkan pernah berkata; “Amerka munafik!!. Nyatanya, justeru Amerikalah pihak yang bertanggungjawab di atas ketidakstabilan situasi dunia dengan terus menggugat negara-negara Islam melalui propaganda agama”.

10.  Semoga agama Islam akan terus subur dan berkembang di negara paling diktator di dunia ini. 


"Jika kereta rosak, mekanik yang akan membaikinya. Jika tubuh badan bermasalah, doktor yang akan mengubatinya. Jika kehidupan manusia bermasalah, maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk. Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai Tuhan tapi enggan merujuk kepada syariat Allah bila berdepan dengan masalah." ` Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat