1. Sesungguhnya kehidupan orang Islam pasti akan dipenuhi dengan
pelbagai bentuk ujian dari Allah SWT. Ujian itu tidak lain melainkan untuk
Allah mengetahui siapakah dikalangan hambaNya yang benar-benar beriman dan
bertaqwa kepadaNya. Dalam dua surah berikut Allah telah berfirman tentang ujian
yang akan dihadapkan kepada orang Islam:
1.1. Dalam surah Al-Ankabut[Labah-Labah](29:2) yang berbunyi:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka
akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka
tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”
(29:3)
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji
orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian),
nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya
beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang
berdusta.
1.2. Dalam surah Al-Anbiya[Para Nabi](21:35) pula
Allah berfirman yang berbunyi:
“Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan
Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada
Kamilah kamu semua akan dikembalikan”.
2. Dunia pasti akan hancur binasa tatkala tibanya hari kiamat. Sebelum
datangnya hari kiamat, Dajjal akan datang untuk merosakkan iman dan kepercayaan
orang Islam. Namun demikian, sebelum tibanya dajjal itu, satu ujian atau ftnah
besar akan datang menimpa umat Islam. Ia
juga adalah merupakan tanda-tanda hari kiamat. Apakah ujian itu?. Tiga
ujian atau fitnah itu ialah:
2.1. UJIAN/FITNAH
AHLAS
2.1.1.
Ia adalah fitnah atau ujian peperangan dan pembunuhan sesama orang Islam. Pada
zaman para sahabat peristiwa tersebut
bermula dari pembunuhan ke atas Khalifah Uthman bin Affan. Sejak dari peristiwa
itu hingga kini ujian ini tidak pernah terhenti menimpa umat Islam.
2.1.2.
Kita lihat sahaja apa yang telah berlaku di bumi Afghanistan sebelum ini yang
menyaksikan pertembungan dan peperangan orang Islam antara puak-puak yang mempunyai kepentigan yang
berbeza.
2.1.3.
Pertembungan antara golongan berfahaman syiah dan ahli sunnah waljamaah (sunni)
nampaknya belum reda. Itulah yang berlaku di Iraq dalam era Saddam Hussin.
Golongan syiah diburu dan dibunuh. Kini
ia telah berjangkit pula di Syria.
2.1.4. Terbarunya ialah timbulnya puak yang kononnya membawa agenda Negara Islam (Islamic State). Mereka membunuh sesama Islam yang tidak
bersetuju dengan kemahuan atau gagasan mereka.
2.2. UJIAN/FITNAH
SARRA'
2.2.1.
Ia adalah ujian atau fitnah yang berkaitan dengan pengumpulan harta atau
kekayaan duniawi. Fitnah ini mula menimpa umat Islam sejak dari kerajaan
Khalifah Umayyah. Semakin moden dunia maka semakin menjadilah fitnah ini. Harta
dan kesenangan dunia boleh membuat manusia gelap mata dan sanggup melanggar
hukum hakam dari Allah SWT. Malah sampai ke tahap membunuh pun sanggup. Manusia menjadi orang yang cintakan dunia tetapi benci akhirat (hubbun dunia wal akhirah).
2.2.2.
Diriwayatkan dari Ka’ab bin ‘Iyadh Radhiyallahu anhu, dia berkata: “Aku pernah
mendengar Rasulullah SAW bersabda :
إِنَّ لِكُلِّ أُمَّةٍ فِتْنَةً وَإِنَّ فِتْنَةَ أُمَّتِي الْمَالُ
“Sesungguhnya masing-masing umat itu ada
fitnahnya dan fitnah bagi umatku adalah harta.” (Hadis
Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Ibni Hibban dalam shahihnya).
2.2.3.
Dalam kesah lain, Rasulullah SAW bersabda yang berbunyi:
فَوَاللَّهِ مَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنِّي أَخْشَى أَنْ تُبْسَطَ عَلَيْكُمْ الدُّنْيَا كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كَمَا تَنَافَسُوهَا وَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ
“Demi Allah!. Bukan kefakiran yang aku
bimbangkan atas kamu, namun yang aku bimbangkan adalah kamu diberikan
kemakmuran dunia sebagaimana pernah diberikan kepada umat sebelum kamu, lalu
kamu berlumba-lumba sebagaimana mereka. Sehingga akhirnya dunia ini menyebabkan
kamu binasa sebagaimana mereka.” (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim).
2.2.4. Manusia lupa bahawa dunia ini penuh
dengan tipu daya. Segala kemewahan,
kekayaan, pangkat dan darjat adalah tipu daya yang akan memungkinkan
sesatnya manusia. Penegasan tentang
perkara ini telah difirman oleh Allah SWT dalam surah-surah berikut:
(i) Surah Ali Imran [Keluarga Imran](3:185) yang berbunyi:
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai
mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan
kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka
sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini
(meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
(ii)
Surah Al-Hadid [Besi] (57:20) pula berbunyi:
“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan)
kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata)
permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga
(bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan,
kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda
dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang
(menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan
tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke
suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning;
akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di
akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan
kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah
(disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah bahawa)
kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang
terpedaya.”
2.3. UJIAN/FITNAH
DUHAIMA'
2.3.1.
Fitnah ketiga ialah berupa fitnah ajaran/aliran sesat dan pemikiran yang menyimpang
dari Islam sebenar. Pada masa ini
pemikiran sekularisme, pluralisme dan libralisme dan sebagainya mudah berkembang
dalam kalangan masyarakat.
2.3.2.
Ajaran sesat yang dibawa oleh orang-orang yang tidak diketahui latar belakang
agama mereka mudah diikuti oleh orang Islam.
Malah sebahagian dari pengikut itu pula terdiri dari orang yang
berpelajaran. Contoh terbaru ialah
ajaran sesat Ayah Pin di Besut, Trengganu.
2.3.3.
Contoh lain ialah kemunculan Nabi Kahar di Klang yang dikatakan nabi khas untuk
orang Melayu sahaja. Lebih menjijikkan lagi ialah bila ada orang yang mengaku menjadi
tuhan, iaitu tuhan Harun. Begitulah gila
dan biulnya manusia yang tidak dapat menggunakan akal fikiran waras mereka.
2.3.3.
Aliran sesat lain ialah mereka yang dengan mudahnya mengkafirkan orang Islam
lain hanya semata mata kerana tidak sependapat dengan pemahaman dan pemikiran
golongan mereka. Golongan takfiri ini
sedang merebak di negara-negara Arab yang menyebabkan perpecahan hebat sesama
Islam. Malah darah orang Islam yang tidak sealiran dengan mereka difatwakan
halal. Oleh itu mereka boleh
dibunuh. Mereka membawa satu ajaran yang
100% bertentangan dengan ajaran Rasulullah SAW.
3. Justeru, berhati-hatilah umat Islam agar kita tidak terjebak
dengan ujian/fitnah akhir zaman ini. Sebaik sahaja kita terjebak dalam
perangkapnya maka ia amat sukar untuk kita keluar darinya. Lazimilah memohon
dari Allah supaya kita sentiasa berada di atas landasan Islam yang sebenar dan
mendapat petunjuk dari Allah. Berdoalah kepada Allah agar kita mati dalam
keadaan husnul khatimah.
Gantunglah
cita-citamu di tempat yang tinggi supaya ia tidak dapat dimusnahkan oleh orang
lain kerana cita-cita itu adalah sumber kekuatan perjuangan yang tidak
terhingga dari segi zahir dan batinnya – Mutara Kata Imam Abu Hanifah
Sebahagian kandungan dari detik islam
No comments:
Post a Comment