“Dialah
yang telah mengutus RasulNya (Muhammad SAW) dengan membawa hidayah petunjuk dan
agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya
atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.”
{Petikan dari Surah As-Shaaf[Barisan](61:9)}
Rasulullah SAW pernah bersabda
yang berbunyi:
ليبلغن هذا الأمر ما بلغ الليل والنهار ولا يترك الله بيت مدر ولا وبر
الا أدخله الله هذا الدين بعز عزيز أو بذل ذليل عزا يعز الله به
“Pasti
akan sampai urusan ini (Islam) ke mana sahaja sampainya malam dan siang. Allah
tidak akan tinggalkan satu rumah si kaya mahupun si miskin, kecuali akan
dimasukkan oleh Allah agama ini…” (Riwayat Al-Hakim dan
al-Baihaqi ; Berkata Al-Hakim : Hadith ini sahih menurut syarat al-Bukhari
& Muslim. Ia juga dipersetujui oleh Imam Az-Zahabi).
1. Negara-negara Eropah terdiri dari 45 buah negara. Ia mempunyai keluasan 10,180,000
km persegi dan berpenduduk melebihi 743 juta orang. Sebahagian besar
penduduknya beragama Kristian. Negara-negara yang termasuk dalam Benua Eropah
boleh dibahagikan seperti berikut:
Eropah
Timur:
1. Belarus
2. Bulgaria
3. Czech Republic
4. Hungary
5. Moldova
6. Poland
7. Romania
8. Slovakia
9. Ukraine
10. Georgia
Eropah
Barat:
1. Austria
2 . Belgium
3 . Perancis
4. Jerman
5 . Liechtenstein
6. Luxemburg
7. Monaco
8. Belanda
9. Switzerland
Eropah
Utara:
1. Denmark
2. Estonia
3. Finland
4. Iceland
5. Ireland
6. Latvia
7. Lithuania
8 . Norway
9. Sweden
10. England
Eropah
Selatan:
1. Albania
2. Andorra
3. Bosnia & Herzegovina
4. Croatia
5. Cyprus
6. Greece
7. Vatican City
8. Itali
9. Macedonia
10. Malta
11. Montenegro
12. Portugal
13. San Marino
14. Serbia
15. Slovenia
16. Sepanyol
2. Rusia dan Turki merupakan negara yang berada di dua benua iaitu
Eropah dan Asia. Sebahagian besar wilayah kedua negara tersebut berada di benua
Asia.
3. Bilakah agama Islam memasuki benua Eropah?. Ia telah bermula
berabad-abad yang lalu. Mengikut catatan sejarah dikatakan agama Islam memasuki
benua Eropah melalui cara-cara berikut:
3.1. Penaklukkan Negara Andalusia (Sepanyol) oleh
tentera-tentera Islam yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad (670 M – 720 M). Tariq telah diarahkan oleh Gabenor Mesir,
Musa bin Nasir. Kesah penaklukannya dimuatkan dalam artikel bertajuk “TARIQ BIN ZIYAD: PENAKLUK ANDALUSIA
(SEPANYOL)” yang telah diterbitkan pada 27.2.2015. Selama lebih 800 tahun
lamanya Islam memerintah Andalusia hingga melebar ke kota-kota Cordova, Sevilla, Granada dan Toledo.
3.2. Melalui Sicily (daerah autonomi di selatan
Itali). Menurut sejarah Sicily pernah menjadi salah satu bahagian dari wilayah
peradaban Islam. Berada di bawah panji kekuasaan Islam, Sicily berkembang
dengan pesat dan berubah menjadi pusat peradaban dan perniagaan. Ketika kota
Siracusa di Silicy dimasuki, orang-orang Arab memiliki angkatan perang yang mampu
menandingi angkatan perang kerajaan Kristian Byzantium. Sicily masuk ke dalam wilayah
kekuasaan Islam setelah pasukan Dinasti Aghlabid yang berkuasa di utara Afrika
mengalahkan pasukan Byzantium pada tahun 827 Masehi. Pada tahun 859 M, Sicily sepenuhnya
jatuh ke tangan Dinasti Aghlabid sehinggalah pada tahun 1061 M apabila ia bebas
dari kekuasaan Islam.
3.3. Melalui Albania (wilayah Balkan). Kedudukan
geografi Balkan merupakan salah satu faktor utama dan yang membuka peluang
pengenalan rakyat Balkan kepada agama Islam. Pengenalan mereka kepada Islam ini
bermula dari Albania. Penguasaan wilayah Balkan oleh kerajaan khalifah Uthmaniyah
Turki berlaku pada tahun 1389.
4. Semenjak puluhan atau ratusan tahun yang lalu, cendekiawan
Barat bukan Islam telah pun meramalkan masa depan agama Islam yang sangat cerah
di bumi Eropah. Salah seorang dari tokoh Barat yang terkenal ialah mendiang
Sir George Bernard Shaw (26.7.1856 hingga 2.11.1950). Seperti yang dipetik dari
majalah 'The Genuine Islam”, Singapore,
Vol. 1, No. 8, 1936 , beliau telah berkata:
(i) “I have always held the religion of Muhammad
in high estimation because of its wonderful vitality. It is the only religion which
appears to me to possess that assimilating capacity to the changing phase of
existence which can make itself appeal to every age. I have studied him - the
wonderful man and in my opinion far from being an anti-Christ, he must be called the Savior of Humanity."
(ii) "I believe that if a man like him were
to assume the dictatorship of the modern world he would succeed in solving its
problems in a way that would bring it the much needed peace and happiness: I
have prophesied about the faith of Muhammad that it
would be acceptable to the Europe of tomorrow as it is beginning to be
acceptable to the Europe of today.”
(iii) "The teachings of Muhammad has
glorified the status of women."
Lihat
apa yang pernah diungkapkan oleh Sir George Bernard Shaw tentang Rasulullah: "The world much in need of a man like Muhammad's bright thinking, such a man were to assume
leadership and rule of the modern world, he would
succeed in solving its problems and bring peace and happiness to it".
5. Pandangan cendekiawan Barat bukan Islam lain tentang agama
Islam dan Nabi Muhammad boleh diikuti dalam artikel bertajuk: “MUHAMMAD, RASULULLAH DAN ISLAM: APA KOMEN
CENDEKIAWAN BARAT TENTANGNYA” yang telah diterbitkan pada 30.12.2014.
6. Apa yang diramalkan oleh Sir George Bernard Shaw 66 tahun lalu
benar-benar menjadi kenyataan hari ini. Hari ini agama yang paling pesat
berkembang di Eropah malah di seluruh dunia ialah Islam. Berapa ramaikah
sebenarnya orang Islam dan pertambahan mereka di bumi Eropah?. Di bawah ini
ialah petikan dari catatan Pew Research Center. Sekurang-kurangnya terdapat
lima fakta tentang bilangan dan perubahan penduduk Islam di Eropah sebagaimana yang
dilaporkan oleh Conrad Hackett 15/1, 2015:
6.1. Jerman dan Perancis mempunyai penduduk Islam
terbesar di Eropah. Pada tahun 2010 terdapat 4.8 juta orang Islam di Jerman
(merupakan 5.8% dari penduduk negara itu) dan 4.7 juta pula di Perancis (7.5%).
6.2. Jumlah
penduduk Islam ini terus meningkat dari masa kesemasa. Dalam beberapa dekad
terakhir, pertambahan orang islam ialah sekitar 2% dalam satu dekad, iaitu dari
4% pada tahun 1990 kepada 6% pada tahun 2010. Angka ini akan terus bertambah hingga
tahun 2030 nanti dianggarkan orang Islam akan mencapai 8% dari penduduk Eropah.
6.3.
Penduduk Islam berusia lebih muda dibandingkan dengan penduduk beragama lain.
Pada tahun 2010, usia purata orang Islam di seluruh Eropah ialah 32 tahun, iaitu
lapan tahun lebih muda dari orang bukan Islam (40). Sebaliknya usia purata
orang yang tidak beragama (atheis) adalah 37. Usia purata orang Kristian pula
ialah 42 tahun.
6.4. Pandangan orang bukan Islam terhadap orang
Islam berbeza antara negara-negara di Eropah. Dalam kajian yang dibuat oleh Pew Research mendapati bahawa majoriti orang
bukan Islam di Perancis, England dan Jerman memiliki pandangan yang positif
terhadap orang Islam. Di Sepanyol pula pandangannya adalah agak seimbang
manakala di Itali, Greece dan Poland
orang bukan Islam masih memandang negatif kepada orang Islam.
6.5. Pada tahun 2010, bumi Eropah adalah tempat
kediaman bagi seramai sekitar 13 juta orang imigran Islam. Penduduk Islam yang
lahir di Jerman adalah terdiri dari imigran berasal dari Turki, Kosovo, Iraq,
Bosnia-Herzegovina dan Morocco. Kira-kira 3 juta orang Islam dilahirkan di
Perancis di mana sebahagian besarnya berasal dari bekas negara jajahan Perancis seperti Marocco dan Tunisia.
7. Bilangan penduduk dunia pada tahun 2013 dianggarkan berjumlah 7,021,836,029
orang. Peratusan mengikut agama anutan ialah Islam 22.43%, Kristian Roman Katolik
16.83%, Kristian Protestan 6.08%, Orthodok 4.03%, Anglikan 1.26%, Hindu 13.78%,
Buddha 7.13%, Sikh 0.36%, Judaism 0.21%, Baha’i 0.11%, Lain-lain 11.17%, Tidak
beragama 9.42%, dan Athies 2.04%.
8. Dianggarkan bilangan orang Islam di dunia pada tahun 2012 ialah
sekitar 2.1 billion. Jumlah pemeluk agama Kristian adalah 2 billion. Penduduk
dunia pada tahun 2011 pula bertambah sebanyak 137% dalam satu dekad terakhir di
mana Kristian berkembang sebanyak hanya 46% sedangkan Islam berkembang sebanyak 5 kali ganda, iaitu
235%. (sumber: The Almanac Book of Facts,
2011). Jika diandaikan perkembangan ini berterusan dianggarkan pada tahun
2030 nanti, seorang dari tiga orang penduduk
dunia adalah beragama Islam.
9. Data Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pada tahun 2012 mengesahkan bahawa semenjak tahun 1989 hingga
tahun 2012, pertambahan jumlah pemeluk agama Islam yang paling cepat ialah di
Australia dan Oceania/Pacific iaitu
sebanyak 257.01%; kemudian diikuti oleh Eropah 142.35%; Amerika Syarikat 25%;
Asia 12.57%; Afrika 2.15%; dan Amerika Latin 4.73%. Malah disimpulkan bahawa Islam
adalah agama dengan pertambahan pemeluk yang tertinggi di dunia pada setiap
tahun. Antara tahun 1990 hingga 2000, dianggarkan sekitar 12.5 juta orang dari
pelbagai agama telah memeluk Islam. (Sumber: Guinness Book of World Records,2011).
10. Mengikut satu kajian dalam tahun 2012 di Amerika Syarikat
didapati sekitar 200,000 orang Kristian yang menganut Islam setiap tahun. Satu kajian oleh Faith Matters dalam tahun
2011 di England pula mendapati dalam 10 tahun terakhir, dianggarkan jumlah
orang England menukar agama dari Kristian kepada Islam ialah seramai 5,000
orang setiap tahun (Sumber http://insideislam.wisc.edu).
11. Carta di atas ialah carta/laporan terbaru tentang perkembangan agama-agama di dunia yang dikeluarkan oleh Pew Research Centre. Ia membuat perbandingan antara tahun 2010 hingga 2015 dari segi umur penganut-penganut setiap agama.
11. Carta di atas ialah carta/laporan terbaru tentang perkembangan agama-agama di dunia yang dikeluarkan oleh Pew Research Centre. Ia membuat perbandingan antara tahun 2010 hingga 2015 dari segi umur penganut-penganut setiap agama.
12. Apakah faktor yang menyumbang kepada kepesatan pertambahan bilangan orang Islam di Eropah malah di seluruh
dunia masa kini?.
12.1. Kadar kelahiran yang tinggi dikalangan orang-oramg
Islam berbanding dengan orang bukan Islam.
12.2. Bertambahnya bilangan orang bukan Islam,
terutama penganut Kristian yang memeluk Islam, terutamanya di Amerika Syarikat,
Eropah dan Australia dalam 20 tahun terakhir (Sumber: The Almanac Book of Facts, 2011).
12.3. Umumnya telah diketahui bahawa bangsa Eropah
adalah terdiri dari bangsa yang maju dan moden.
Ramai rakyatnya adalah orang-orang terpelajar dan cerdik. Mereka memiliki tamadun yang lebih awal dari
bangsa Asia ataupun Afrika. Mereka juga menguasai ilmu pengetahuan moden, sains
dan teknologi. Walaupun mereka cerdik mereka tidak berapa mengambil tahu urusan
agama Kristian mereka. Mereka banyak
menyerahkan kepada pihak gereja. Mereka kurang memahami kandungan kitab Bible
mereka. Gereja-gereja Kristian tidak banyak dikunjungi penganut Kristian pada setiap hari Ahad untuk bersembahyang.
12.4. Seiringan dengan berjalannya masa dan dengan
berkat keberkesanan dakwah Islam kini, orang Kristian mula menyedari kepalsuan
dalam ajaran agama Kristian. Mereka dipaksa mengikut dogma dan doktrin agama
yang tidak masuk akal. Hasil usaha dakwah pakar perbandingan agama terkenal,
almarhum Sheikh Ahmed Hossen Deedat puluhan tahun yang lalu telah mula
meninggalkan kesannya kepada penganut Kristian hari ini. Mereka mulai sedar selama ini
mereka menganut agama yang telah diselewengkan oleh pihak gereja. Dakwah almarhum adalah melalui samada ceramah
umum, debat terbuka dengan paderi Kristian atau penulisan buku. Untuk
mengetahui siapakah beliau, sila layari artikel berjudul “SHEIKH AHMED HOSSEN DEEDAT DALAM KENANGAN” yang telah diterbitkan
pada 28.10.2014. Kerja dakwah dalam bidang perbandingan agama yang banyak
mendedahkan kepalsuan agama Kristian ini kini diteruskan pula oleh anak murid
almarhum, Dr. Zakir Karim Naik.
12.5. Orang Eropah yang cerdik ini mudah menerima
Islam jika mereka benar-benar mahu
mencari KEBENARAN(TRUTH) dalam
beragama. Agama yang BENAR itu hanyalah
Islam dan tuhan yang BENAR itu hanyalah Allah SWT. Ilmu perbandingan agama
seperti yang dikuasai oleh almarhum Sheikh Ahmed Deedat, Dr. Zakir Naik dan
beberapa tokoh Islam Barat lain telah membuktikan KEBENARAN ini.
13. Apakah perkembangan pesat Islam ini tidak membimbangkan pemimpin
Kristian Eropah?. Sudah tentu mereka
bimbang kepada masa depan agama Kristian di sana. Bukan perkara yang mudah
untuk mereka menerima perubahan yang mengejutkan ini. Sebenarnya pertembungan
mutakhir ini ialah antara agama Islam dan Kristian. Musuh Islam sangat takut
jika Islam mampu bangkit dan menakluki dunia sekali lagi seperti berjayanya
Islam memerintah sebahagian besar dunia ratusan tahun lampau di zaman kegemilangan Islam. Islam pasti akan
dibenci dan dimomokkan dengan perkara-perkara yang buruk dan jahat. Barat akan
berusaha terus menerus untuk memberikan gambaran kepada dunia bahawa Islam itu
agama yang menganjurkan keganasan, agama yang tidak ada tolenrasi dan pemimpin
mereka menyokong pengganas. Tujuannya
tidak lain melainkan untuk menjauhkan orang Kristian terutamanya dari agama Islam.
Lihat sahaja peristiwa-peristiwa besar di dunia yang telah dan sedang berlaku
kini yang dirancang oleh musuh-musuh Islam demi memastikan Islam tidak dapat
menguasai Eropah dan dunia ini. Contohnya:
13.1. Peperangan Balkan yang berlaku antara 1 Mac 1992
hingga 14 Disember 1995 menyaksikan pembunuhan beramai-ramai orang Islam Bosnia Herzegovina oleh
tentera Kristian Serbia. Mereka tidak
mahu Islam kuat dan berkembang di Semenanjung Balkan. Jumlah korban perang dianggarkan melebihi
100,000 orang.
13.2. Peristwa 11 September 2001 yang didakwa Amerika
Syarikat kononnya dilakukan oleh kumpulan pengganas Islam Al-Qaeda. Kini
terbukti sudah peristiwa dahsyat yang menggemparkan seluruh dunia itu adalah “inside job” yang dilakukan oleh orang
Amerika sendiri. Rakyat Amerika sendiri telahpun mengetahui pembohongan bekas Presiden mereka, George Bush.
13.3.
Perang Iraq bermula pada 20 Mac
2003 dengan serangan ke atas negara itu oleh Amerika Syarikat dengan dibantu
United Kingdom. Perang ini juga dipanggil perang Teluk Kedua. Ia dilakukan
kononnya kerana Negara Iraq pimpinan Saddam Hussin menyimpan senjata merbahaya
“Weapon for Mass Destruction’(WMD),
tetapi matlamat utamnya ialah untuk
menguasai kekayaan minyak Iraq. Perang ini ditamatkan secara rasmi pada 15
Disember 2011 setelah memakan korban ramai tentera dan orang awam Iraq.
13.4. Lakonan drama terbaru yang sedang dipentaskan
sekarang untuk tontonan masyarakat dunia ialah Islamic State (IS). Kumpulan
militan Negara Islam (IS) ini adalah kumpulan militan radikal menggunakan nama
Islam yang kononnya untuk berjihad.
Mereka kini telah menguasai sebahagian besar kawasan di timur Syria, di
utara serta barat Iraq. Persoalannya siapakah yang membiayai mereka jika bukan
Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya.
13.5. Tindakan-tindakan ganas ke atas agama Islam telahpun bermula sejak sekian lama. Contohnya seperti penerbitan buku bertajuk "Satanic Versus" karangan Salman Rushdie. Yang agak baru pula ialah pembakaran kitab suci Al-Quran, melukis gambar karton Nabi Muhammad untuk tujuan menghinanya, memasukkan ayat suci Al-Quran pada pakaian atau tapak kasut dan seumpamanya. Semua perbuatan ini bertujuan untuk menghina Islam kerana mereka tidak mampu berdebat secara ilmiah tentang perbandingan agama dengan pakar-pakar perbandingan agama orang Islam.
13.5. Tindakan-tindakan ganas ke atas agama Islam telahpun bermula sejak sekian lama. Contohnya seperti penerbitan buku bertajuk "Satanic Versus" karangan Salman Rushdie. Yang agak baru pula ialah pembakaran kitab suci Al-Quran, melukis gambar karton Nabi Muhammad untuk tujuan menghinanya, memasukkan ayat suci Al-Quran pada pakaian atau tapak kasut dan seumpamanya. Semua perbuatan ini bertujuan untuk menghina Islam kerana mereka tidak mampu berdebat secara ilmiah tentang perbandingan agama dengan pakar-pakar perbandingan agama orang Islam.
14. Telah terbukti dalam sejarah bahawa Islam adalah satu agama yang
semakin kuat apabila ia semakin ditekan, ditindas dan dizalimi. Siapa sangka
dan menduga bilangan orang Kristian di Amerika dan di Eropah semakin ramai
menganut Islam selepas peristiwa hitam 11 September 2001 berbanding
sebelumnya. Begitulah juga yang berlaku
di Bosnia. Orang Islam Bosnia semakin
kuat iman mereka selepas peristiwa Perang Balkan. Kini ramai anak-anak muda
mengunjungi masjid dan tidak meninggalkan solat berbanding sebelumnya. Mereka
mula meninggalkan arak dan hidup berpoya-poya. Kaum wanita pula lebih ramai
berhijab.
15. Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang tetapi yang menentukan
kejayaannya ialah Allah SWT. Jika Allah
menghendaki agamaNya berjaya maka tidak akan ada seorang manusia yang boleh
menghalangnya. Ia kerana perkara itu telah
difirmankan Allah dalam Surah Ali
Imran [Keluarga Imran] (3:54) yang berbunyi:
"Dan
orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh
Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah
sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya."
Tafsiran kepada ayat di atas ialah
bahawa manusia merancang, manusia merencana dan Allah juga merancang dan
merencana sesuatu. Dan ingatlah bahawasanya perancangan dan perencanaan Allah
itulah yang paling berjaya.
16. Alhamdulillah, kepada Allah SWT kita memanjatkan sebesar-besar
kesyukuran kerana telah ada tanda-tanda nyata agama Islam akan menguasai bumi
Eropah tidak lama lagi. Maka benarlah kata Allah bahawa Dia akan menjaga Islam,
agama yang diredhaiNya.
VIDEO
“Perkataan itu
seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat, tetapi terlalu banyak bercakap
nescaya boleh membunuh,” ~~ Mutiara Kata Amru bin Al-As
No comments:
Post a Comment