Saturday, 16 April 2016

KENAPA ORANG ISLAM KELILING KAABAH KETIKA MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH

                                                                        
1. Dalam Surah Al-Baqarah[Lembu Betina](2:144), Allah SWT telah berfirman yang berbunyi:

2:144
"Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan".

2.   Sesungguhnya Kaabah bukannya objek sembahan orang Islam.     Malah di zaman Rasulullah ada sahabat yang melaungkan azan di atas Kaabah supaya suara azan dapat didengari lebih jauh. Jika Kaabah itu disembah sudah tentu ia tidak boleh dinaiki ataupun dipijak.

3.  Ketika solat kita diwajibkan menghadap ke arah Kaabah kerana ia adalah kiblat umat Islam.  Ia adalah untuk menunjukkan kesatuan di kalangan umat Islam, iaitu mereka mempunyai arah yang sama ketika solat.

4.   Mengikut catatan sejarahnya, orang Islam pertama yang membuat peta dunia ialah Al-Idrisi, iaitu pada tahun 1154.  Ketika itu kutub utara terletak di bawah manakala kutub selatannya pula berada di atas.  Namun Kaabahnya tetap berada ditengah-tengah. Kemudian orang Barat pula membuat kartografi (peta) dan mengubah kutub utara di kedudukan di atas dan kutub selatan ke bawah tetapi Kaabah masih tetap berada di tengah-tengah.

5.   Di bahagian mana pun kita berada di dunia ini samada di selatan, utara, timur ataupun barat, semunya kita akan mengadap Kaabah yang menjadi kiblat kerana Kaabah itu berada di tengah-tengah dunia. Jika kita menunaikan ibadat haji ataupun umrah, melakukan tawaf mengelilingi Kaabah adalah satu kewajipan. Jemaah berjalan mengelilingi Kaabah. Kenapa kita berjalan mengelilingi Kaabah?. Kerana Rasulullah SAW melakukannya.

6. Mungkin ada orang yang bertanya apa logiknya kita mengelilingi Kaabah?. Baik Al-Quran ataupun hadis Rasulullah tidak menerangkannya. Alasan logik yang dapat diberi ialah setiap lingkaran bulat hanya mempunyai satu titik sahaja di tengahnya. Kita berjalan mengelilingi Kaabah adalah untuk membuktikan bahawa hanya ada satu sahaja Tuhan, iaitu Allah SWT. 


“Saya berpesan kepada semua pemimpin masyarakat umat Islam. Jagalah tiga perkara ini. Pertama – jangan merokok. Kedua - solat berjemaah. Lazimilah ke masjid ataupun surau.  Ketiga - jika ada pertemuan dengan masyarakat seperti majlis ceramah dan sebagainya, adakanlah pada waktu solat agar dapat solat bersama dengan masyarakat. Contohnya, jika ceramah lepas waktu Isyak, tunaikanlah solat Isyak berjemaah dan teruskanlah program.  In sha Allah, perjuangan kita akan diiringi dengan keberkatan dari Allah” = Mutiara Kata AlmarhumTuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

No comments:

Post a Comment