Friday, 22 April 2016

CAROYLN WALKER-DIALLO: WANITA ISLAM PERTAMA MENJADI HAKIM DI AMERIKA SYARIKAT

CAROYLN WALKER-DIALLO



“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. {Petikan Surah Al-Hijr[Negeri Kaum Thamud](15:9)}  

                                                           
            Video Caroyln mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran
                                                      
Bk Boro Hall summer dusk jeh.JPG
DEWAN BUROUGH BROOKLYN YANG DIBINA PADA TAHUN 1848
                                                                                                           
1.  Caroyln Walker-Diallo telah mencipta sejarahnya yang tersendiri di Amerika Syarikat apabila diterima menjadi hakim wanita Islam pertama di sana.  Beliau telah mengangkat sumpah pada bulan November tahun lepas sebagai hakim sivil bagi Daerah Perbandaran 7 di Dewan Burough Brooklyn, 209 Joralemon Street, Brooklyn New York. Kebiasaannya di Amerika Syarikat dan majoriti negara-negara barat, ahli-ahli politik dan pelatih undang-undang akan mengangkat sumpah menggunakan kitab Bible. Tetapi lain halnya dengan Caroyln, beliau menukar tradisi tersebut dengan mengangkat sumpah memegang jawatan hakim menggunakan Al-Quran sebagai tanda penghormatan terhadap kitab suci itu.

2.   Caroyln mendapat pendidikan dalam bidang perundangan di  New York Law School. Sebelum itu beliau telah berkhidmat sebagai  First Vice-Chair of Brooklyn Community Board 5, Board Chair of The George Walker Jr. Community Coalition, Inc., Board Member of the East New York Restoration Local Development Corporation, dan a Member of the 75th Precinct Community Council. Beliau juga adalah mediator terlatih di Institut Keamanan New York. 

3.    Kerana minatnya dalam bidang undang-undang serta ditambah dengan sifat prihatinnya kepada masyarakat, beliau telah  mewujudkan Mahkamah Belia New York Timur. Mahkamah ini melatih belia berusia dalam lingkungan 13-18 tahun untuk menjadi hakim, peguam, kerani, pegawai mahkamah dan juri dalam kes-kes sebenar yang melibatkan rakan-rakan mereka.

4.   Sesungguhnya pelantikan beliau menjadi cabaran yang amat hebat. Ini kerana salah seorang calon Presiden Amerika Syarikat, iaitu Donald Trump dalam kempennya telah mengeluarkan kenyataan bahawa semua umat Islam perlu dilarang daripada memasuki Amerika Syarikat.  Disebalik itu ada pula sinar dan harapan Islam di sana apabila seorang wanita Islam berkulit hitam mengangkat sumpah sebagai seorang hakim.

5.  Ingatlah akan firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran[Keluarga Imran](3:54) yang berbunyi:


"Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya."

Tafsiran kepada ayat ini ialah bahawa manusia merancang, manusia merencana dan Allah juga merancang dan merencana sesuatu. Dan ingatlah bahawasanya sesungguhnya perancangan dan perencanaan Allah itulah yang paling berjaya.


“Bila tiba cuti sekolah, anak-anak berduyun-duyun pulang ke kampong. Alhamdulillah.  Tetapi sedarkah kita, apabila tiba di akhirat kelak, tidak ada lagi balik kampong.  Orang Kelantan tidak boleh pulang ke Kelantan, orang Trengganu tidak boleh pulang ke Trengganu.  Semuanya kekal di akhirat tanpa dapat balik semula.  Beringatlah sebelum tiba masanya di mana kita tidak dibenarkan balik ke kampong lagi.” = Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

No comments:

Post a Comment