“Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam)”. {Petikan dari Surah At-Tawbah[Pengampunan](9:6)}
1. Tidak syak lagi bahawa Al-Quran adalah firman (qalam) tuhan,
Allah SWT. Tidak ramai orang Islam yang mampu menghafal seluruh qalam Allah
ini. Malah urutan surah-surahnya juga tidak ramai yang mengingatinya.
2. Dibawah ini di jelaskan kaedah untuk senang menghafal nama-nama
surah Al-Quran. Kaedahnya ialah dengan mereka penceritaan (kesah) bagi setiap
10 surah. Selain itu ia membolehkan kita mengetahui apakah makna dalam Bahasa
Malaysia setiap surah AlQuran.
3. Tentulah menjadi kebanggaan kepada diri kita sendiri jika mampu menghafal semua 114 surah Al-Quran.
4. Perkataan dalam huruf besar ialah nama surah.
4. Perkataan dalam huruf besar ialah nama surah.
*************************************************************
KESAH
I : (SURAH 1 HINGGA 10)
Ayah membaca AL FATIHAH
sebelum menyembelih LEMBU BETINA milik KELUARGA IMRAN yang mempunyai anak wanita
bernama AN NISA. Sebahagian HIDANGAN itu diberikan untuk BINATANG TERNAK.
Kemudian ayah menuju TEMPAT-TEMPAT YANG TINGGI untuk mencuri HARTA RAMPASAN
PERANG. Namun akhirnya ayah ber-TAUBAT seperti taubatnya Nabi YUNUS.
BILANGAN/NAMA SURAH IKUT
KRONOLOGI KESAH 1
1. AL-FATIHAH
2. LEMBU BETINA (AL-BAQARAH)
3. KELUARGA IMRAN (ALI IMRAN)
4. AN NISA
5. HIDANGAN (AL-MAIDAH)
6. BINATANG TERNAK (AL-AN‘AM)
7. TEMPAT YANG TINGGI (AL-A’RAF)
8. HARTA RAMPASAN PERANG (AL-ANFAL)
9. TAUBAT (AT-TAUBAH)
10. YUNUS
******************************************************************
KESAH
II : (SURAH 11 HINGGA 20)
HUD dan YUSUF melihat PETIR. Sementara
itu IBRAHIM sedang berada di PERGUNUNGAN HIJR. Dia mencari LEBAH dan kemudian
memulai PERJALANAN MALAM menuju ke GUA untuk menemui MARYAM dan TOHA.
BILANGAN/NAMA SURAH IKUT KRONOLOGI
KESAH II
11. HUD
12. YUSUF
13. PETIR (AR-RA’D)
14. IBRAHIM
15. PEGUNUNGAN HIJR (AL-HIJR)
16. LEBAH (AN-NAHL)
17. PERJALANAN MALAM (AL-ISRAQ)
18. GUA (AL-KAHFI)
19. MARYAM
20. TOHA
*****************************************************************
KESAH
III : (SURAH 21 HINGGA 30)
PARA NABI pergi mengerjakan HAJI
diikuti oleh ORANG-ORANG BERIMAN. Mereka seperti CAHAYA. Inilah yang menjadi
PEMBEZA ANTARA YANG BENAR DAN BATHIL. Sementara itu, PARA PENYAIR bercerita tentang
SEMUT. Cerita itu dimuatkan dalam buku KESAH –KESAH. Dalam buku itu juga
diceritakan tentang LABAH-LABAH yang menyerang BANGSA ROMAWI.
BILANGAN/NAMA SURAH IKUT
KRONOLOGI KESAH III
21. PARA NABI (AL-ANBIYA)
22. HAJI (AL-HAJJ)
23. ORANG – ORANG BERIMAN(AL-MUKMINUN)
24. CAHAYA (AN-NUR)
25. PEMBEZA ANTARA YANG BENAR DAN BATHIL (AL-FURQAN)
26. PARA PENYAIR (ASY-SYU‘ARA’)
27. SEMUT(AN-NAML)
28. KESAH2 (AL-QASHAH)
29. LABAH-LABAH (AL-ANKABUT)
30. BANGSA ROMAWI (AR-RUM)
*****************************************************************
KESAH
IV : (SURAH 31 HINGGA 40)
LUQMAN tidak berSUJUD bersama kaum
yang terkena AHZAB dan tidak juga kepada kaum SABA’. Sementara itu FATHIR dan
YASIN berdiri bersama orang YANG BERSHAF- SHAF dan membentuk huruf SAD. Mereka
termasuk dalam ROMBONGAN–ROMBONGAN yang memohon keampunan kepada YANG MAHA
PENGAMPUN.
BILANGAN/NAMA SURAH IKUT
KRONOLOGI KESAH IV
31. LUQMAN (LUQMAN)
32. SUJUD (AS-SAJDAH)
33. TENTERA AHZAB (AL-AHZAB)
34. KERAJAAN SABA (SABA’)
35. FATHIR
36. YASIN
37. YANG BERSAF2 (AS-SAFFAT)
38. SAD
39. ROMBONGAN-ROMBONGAN (AZ-ZUMAR)
40. YANG MAHA PENGAMPUN (GHAFIR)
****************************************************************
KESAH
V : (SURAH 41 HINGGA 50)
YANG DIJELASKAN dalam
MUSYAWARAH itu adalah tentang PERHIASAN. Bukan tentang KABUS. Sementara itu
ramai orang YANG BERLUTUT di BUKIT-BUKIT PASIR. Saat itulah MUHAMMAD mendapat
KEMENANGAN. Perkara ini ditandai dengan KAMAR-KAMAR bertuliskan huruf QAF.
BILANGAN/NAMA SURAH IKUT
KRONOLOGI KESAH V
41. YANG DIJELASKAN (FUSSILAT)
42. MUSYAWARAH (ASY-SYURA’)
43. PERHIASAN (AZ-ZUKHRUF)
44. KABUS (AD-DUKHAN)
45. YANG BERLUTUT (AL-JATSIYAH)
46. BUKIT-BUKIT PASIR (AL-AHQAF)
47. MUHAMMAD
48. KEMENANGAN (AL-FATH)
49. KAMAR-KAMAR (AL-HUJURAT)
50. QAF
****************************************************************
KESAH
VI : (SURAH 51 HINGGA 60)
ANGIN YANG MENERBANGKAN membawa
awan ke GUNUNG. Ini terjadi tatkala BINTANG dan BULAN bersinar. Sementara itu Pak
RAHMAN sedang berceramah tentang HARI KIAMAT. Di mana BESI hancur, WANITA YANG
BERSOAL JAWAB mengalami PENGUSIRAN, dan banyak PEREMPUAN YANG DIUJI.
BILANGAN/NAMA SURAH IKUT
KRONOLOGI KESAH VI
51. ANGIN YANG MENERBANGKAN (ADZ DZARIYAT)
52. GUNUNG (AT-TUR)
53. BINTANG (AN-NAJM)
54. BULAN (AL-QAMAR)
55. AR-RAHMAN
56. HARI KIAMAT (AL-WAQI ‘AH)
57. BESI (AL-HADID)
58. WANITA YANG BERSOAL JAWAB (AL-MUJADILAH)
59. PENGUSIRAN (AL-HASYR)
60. PEREMPUAN YANG DIUJI (AL-MUMTAHANAH)
*****************************************************************
KESAH
VII : (SURAH 61 HINGGA 70)
BARISAN orang beriman pada
HARI JUMAAT berbeza dengan ORANG –ORANG MUNAFIK. Demikian juga pada HARI
DIPERLIHATKAN SEGALA KESALAHAN. Ketika aku di-TALAK, aku MENGHARAMKAN dia untuk
masuk rumah ini. KERAJAAN yang indah, PENA yang mahal, pada HARI KIAMAT tidak
lagi berharga. Disinilah TEMPAT-TEMPAT NAIK bagi amal yang soleh.
BILANGAN/NAMA SURAH IKUT
KRONOLOGI KESAH VII
61. BARISAN (ASH-SAFF)
62. HARI JUM’AT (AL-JUMU’AH)
63. ORANG-ORANG MUNAFIK (AL-MUNAFIQUN)
64. HARI DIPERLIHATKAN SEGALA KESALAHAN (AL-TAGHABUN)
65. TALAK (AT-TALAQ)
66. MENGHARAMKAN (AT-TAHRIM)
67. KERAJAAN (AL-MULK)
68. PENA (AL-QALAM)
69. HARI KIAMAT (AL-HAAQQAH)
70. TEMPAT-TEMPAT NAIK (AL-MA’ARIJ)
****************************************************************
KESAH
VIII : (SURAH 71 HINGGA 80)
NUH diganggu JIN ketika ORANG
YANG BERSELIMUT dan YANG BERSELIMUT tertidur lena. Dia tidak menyedari
datangnya hari KIAMAT. Sementara itu, ketika MANUSIA bertemu dengan MALAIKAT
YANG DIUTUS untuk menyampaikan BERITA BESAR tentang kematian, MALAIKAT-
MALAIKAT YANG MENCABUT nyawa sedang melihat DIA BERMUKA MASAM.
BILANGAN/NAMA SURAH IKUT
KRONOLOGI KESAH VIII
71. NUH
72. JIN (AL-JINN)
73. ORANG YANG BERSELIMUT (AL-MUZAMMIL)
74. YANG BERSELIMUT (AL-MUDDATHIR)
75. KIAMAT (AL-QIYAMAH)
76. MANUSIA (AL-INSAN)
77. MALAIKAT YANG DIUTUS (AL-MURSALAT)
78. BERITA BESAR (AN-NABA’)
79. MALAIKAT-MALAIKAT YANG MENCABUT (AN-NAZI ‘AT)
80. DIA
BERMUKA MASAM (‘ABASA)
*****************************************************************
KESAH
IX : (SURAH 81 HINGGA 90)
Ombak MENGGULUNG, bumi
TERBELAH, ORANG YANG CURANG pun ikut TERBELAH. Mereka seperti GUGUSAN BINTANG
YANG DATANG DI MALAM HARI. Mereka berada di tempat YANG PALING TINGGI. Pada
HARI PEMBALASAN tidak akan muncul FAJAR di NEGERI manapun.
BILANGAN/NAMA SURAH IKUT
KRONOLOGI KESAH IX
81. MENGGULUNG (AT-TAKWIR)
82. TERBELAH (AL-INFITAR)
83. ORANG YANG CURANG (AL-MUTAFFIFIN)
84. TERBELAH (AL-INSYIQAQ)
85. GUGUSAN BINTANG (AL-BURUJ)
86. YANG DATANG DI MALAM HARI (AT-TARIQ)
87. YANG PALING TINGGI (AL-A‘LA)
88. HARI PEMBALASAN (AL-GHASHIYAH)
89. FAJAR (AL-FAJR)
90. NEGERI (AL-BALAD)
*****************************************************************
KESAH
X : (SURAH 91 HINGGA 100)
MATAHARI tenggelam ketika
MALAM tiba. Dan tatkala WAKTU DHUHA, Allah MELAPANGKAN dada kita dan
menumbuhkan BUAH TIN. Sementara itu manusia yang asalnya dari SEGUMPAL DARAH
tidak mempunyai KEMULIAN sedikit pun. Ini adalah BUKTI akan terjadi KEGONCANGAN
di dunia. Hingga KUDA PERANG pun mati.
BILANGAN/NAMA SURAH IKUT KRONOLOGI
KESAH X
91. MATAHARI (ASY-SYAMS)
92. MALAM (AL-LAIL)
93. WAKTU DHUHA (AD-DHUHA)
94. MELAPANGKAN (AL-INSYIRAH)
95. BUAH TIN (AT-TIN)
96. SEGUMPAL DARAH (AL-‘ALAQ)
97. KEMULIAAN (AL-QADR)
98. BUKTI (AL-BAYYINAH)
99. KEGONCANGAN (AZ-ZALZALAH)
100. KUDA
PERANG (AL-‘ADIYAT)
************************************************************
KESAH
XI : (SURAH 101 HINGGA 110)
HARI KIAMAT, hari dimana
manusia tidak boleh lagi BERMEGAH-MEGAH. Pada MASA itulah si PENGUMPAT mati
dipijak oleh GAJAH. Sementara itu SUKU QURAISY cuba mendapatkan BANTUAN ditepi
telaga KAUTSAR. Tatkala itu ORANG-ORANG KAFIR tidak mendapatkan PERTOLONGAN
lagi.
BILANGAN/NAMA SURAH IKUT
KRONOLOGI KESAH XI
101. HARI KIAMAT (AL-QARI’AH)
102. BERMEGAH-MEGAH (AT-TAKATHUR)
103. MASA (AL-‘ASR)
104. PENGUMPAT (AL-HUMAZAH)
105. GAJAH (AL-FIL)
106. KAUM QURAISY (QURAISY)
107. BANTUAN (AL-MA‘UN)
108. TELAGA KAUTSAR (AL-KAUTSAR)
109. ORANG-ORANG KAFIR (AL-KAFIRUN)
110. PERTOLONGAN (AN-NASHR)
****************************************************************
111. ABU LAHAB (AL – LAHAB)
112. AL - IKHLASH
113. WAKTU SUBUH (AL – FALAQ)
114. MANUSIA (AN – NAS)
4. Semoga para pembaca
artikel ini memperolehi manfaat darinya.
“Hidup ini
tumpang menumpang...disitulah lahirnya syukur kita kepada Allah. Pada sepinggan
nasi yang kita makan, disitu ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan
yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa
banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi kepada kita. Alangkah
kerdilnya kita dibumi Allah SWT. Justeru siapalah kita untuk menolak agama
Allah.” = Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Sebahagian kandungan dipetik dari mujahidah213.blogspot.my
Sebahagian kandungan dipetik dari mujahidah213.blogspot.my
Jazkallah khairon kathiro, Alhamdulillah berjaya akhirnya menghafal nama & no surah dlm masa sehari dengan kaedah ini, ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ , semoga Allah merahmati tuan sekeluarga, اللّهُـمَّ بارِكْ🌷
ReplyDelete