Wednesday, 27 April 2016

KENALI MASJID PERTAMA DI AMERIKA SYARIKAT

  
“Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad SAW) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.” {Petikan dari Surah As-Shaaf[Barisan](61:9)}
 
ليبلغن هذا الأمر ما بلغ الليل والنهار ولا يترك الله بيت مدر ولا وبر
الا أدخله الله هذا الدين بعز عزيز أو بذل ذليل عزا يعز الله به

“Pasti akan sampai urusan ini (Islam) ke mana sahaja sampainya malam dan siang. Allah tidak akan tinggalkan satu rumah si kaya mahupun si miskin, kecuali akan dimasukkan oleh Allah agama ini…” (Riwayat Al-Hakim dan al-Baihaqi ; Berkata Al-Hakim : Hadith ini sahih menurut syarat al-Bukhari & Muslim. Ia juga dipersetujui oleh Imam Az-Zahabi).
 

 
 


ROSS, NORTH DAKOTA, USA

1.    North Dakota ialah salah sebuah negeri yang paling utara di Amerika Syarikat yang bersempadan dengan Kanada. Disitu terdapat sebuah penempatan di pekan kecil bernama Ross.  Di Ross inilah telah terdirinya sebuah masjid pertama di Amerika Syarikat. Dikatakan pada akhir tahun 1800 seorang petani dari Syria bernama Hassan Juma telah berpindah ke Amerika Syarikat.  Berikutnya lebih ramai orang Syria dan Lebanon yang datang ke situ. Dianggarkan seramai 300 keluarga Islam menetap di Ross. Salah seorang imigran yang awal tiba ialah Allie Omar yang kemudian berkahwin dengan Sarah Allie (Omar) Shuppe. Dia hendak direkrut menjadi tentera Othmaniah Turki. Oleh kerana beliau enggan menjadi tentera maka beliau telah berhijrah ke North Dakota pada tahun 1909.

ANTARA PENDUDUK ISLAM TERAWAL DI ROSS

2.   Komuniti pertama ini telah mendirikan sebuah masjid pada tahun 1929 di atas sebuah padang rumput yang luas. Masjid ini mempunyai laman yang sangat luas. Saiz masjid hanyalah 111 meter persegi. Pemimpin agama dari Kanada ataupun Minneapolis datang ke Ross beberapa minggu untuk mengajar agama dan melakukan aktiviti keagamaan lain.
  
 

 
                    TANAH PERKUBURAN ISLAM BERDEKATAN MASJID 
3.  Masjid itu kemudiannya diruntuhkan pada tahun 1970. Terdapat tanah perkuburan Islam berdekatan dengan masjid pertama ini.  Pada tahun 2005 masjid baru telah didirikan atas tapak yang sama terbinanya  masjid lama itu. Ia dibina semula atas kemahuan kuat dari  seorang Islam bernama  Sarah Allie (Omar) Shupe.  Pembinaannya dilakukan oleh keluarganya setelah kematian beliau.  Orang bukan Islam yang terdiri dari kawan-kawan Sarah turut memberi sumbangan derma bagi pembinaan semula masjid tersebut. Masjid baru ini lebih kecil, iaitu sekitar 28 meter persegi.  Ia mempunyai kubah tembaga dengan 4 menara.  
“Orang yang putus hubungan dengan Allah ibarat  wau yang putus tali. Walaupun wau yang putus tali mungkin nampak hebat, ke kiri dan ke kanan dan terbang tinggi di tiup angin, namun itu tidak lama kerana ia akan jatuh juga.  Berbanding dengan wau yang bertali, ia terkawal dengan tali yang mengikatnya.  Begitulah  juga bandingan manusia yang putus hubungan dengan Allah dengan manusia yang terikat dengan Allah.” = Mutira Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

No comments:

Post a Comment