1. Dalam Surah As-Shaaf[Barisan](61:9),
Allah SWT telah berfirman yang berbunyi:
“Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad
SAW) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya
Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun
orang-orang musyrik tidak menyukainya.”
2. Rasulullah SAW pernah bersabda yang
berbunyi:
ليبلغن هذا الأمر ما بلغ الليل والنهار ولا يترك الله بيت مدر ولا وبر
الا أدخله الله هذا الدين بعز عزيز أو بذل ذليل عزا يعز الله به
“Pasti
akan sampai urusan ini (Islam) ke mana sahaja sampainya malam dan siang. Allah
tidak akan tinggalkan satu rumah si kaya mahupun si miskin, kecuali akan
dimasukkan oleh Allah agama ini…” (Riwayat Al-Hakim dan
al-Baihaqi ; Berkata Al-Hakim : Hadith ini sahih menurut syarat al-Bukhari
& Muslim. Ia juga dipersetujui oleh Imam Az-Zahabi).
3. Korea Utara yang mengamalkan fahaman komunisme dengan sistem pemerintahan diktator mutlak
terletak dibahagian utara Semenanjung Korea.
Ia berkeluasan 120,540 kilometer persegi (46,541 batu persegi) dan
berpenduduk sekitar 30 juta orang. Korea Utara berkongsi sempadan darat dengan
Republik Rakyat China dan Rusia di utara, dan sempadan Korea Selatan sepanjang
Zon didemilitarisasi Korea.
4. Korea Utara adalah sebuah negara monarki mutlak atau
pemerintahan diktator keturunan. Ia
diasaskan oleh bapa Korea Utara, Kim
Il-Sung yang menjadi presiden pertama negara tersebut bermula pada 9.9.1948. Kemudiannya mendiang
digantikan oleh anaknya Kim Jong Il. Presiden sekarang ialah cucu Kim Il-Sung,
iaitu Kim Jong Un.
KIM IL SUNG
|
5. Umum telah mengetahui bahawa kerajaan Korea Utara sangat kuat
menyekat kebebasan rakyatnya. Korea Utara sentiasa diberikan publisiti buruk
oleh media media barat dari segi hak asasi rakyatnya serta kebebasan media di negaranya. Namun disisi yang lain pemerintah Korea Utara dikatakan agak
bertoleransi dalam hal beragama dan memberikan kebebasan kepada rakyatnya untuk
memilih agama. Berbanding dengan negara Myanmar, dari sisi kebebasan beragama
nampaknya Korea Utara jauh lebih baik. Tidak ada tekanan kepada rakyat Korea
Utara yang beragama Islam. Rakyat Korea Utara sendiri beragama Juche.
6. Islam diberitakan telah diterima dan berkembang dengan baik di
Korea Utara. Perkembangannya adalah
melalui peranan dan dakwah yang dimainkan oleh pegawai–pegawai kedutaan negara
umat Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Korea Utara. Dari sejumlah
lebih kurang 30 juta penduduk Korea Utara, rakyatnya yang beragama Islam tidak
sampai 1%. Di Korea Utara terdapat sebuah masjid yang dinamakan Masjid
Pyongyang. Ia adalah satu satunya masjid
di sana. Perkataan Allah jelas terpampang di puncak menara masjid yang cukup
besar dan megah itu. Masjid ini dibina oleh kedutaan besar Iran. Kini masjid
tersebut menjadi pusat kegiatan dan agama Islam di Korea Utara.
7. Salah satu lembaga yang aktif melakukan perayaan hari besar
Islam di sana adalah Kedutaan Besar Republik Indonesia. Perayaan Eidul Fitri di
sana telah mendapat kebenaran pemerintah. Sambutan Nuzul Quran juga boleh diadakan.
8. Dipetik dari sebuah halaman resmi pemerintah Korea Utara, Kim
Jong Un mengatakan, “Upaya untuk merosakkan Korea Utara dengan fitnah adalah tindakan tidak
masuk akal dengan menyebut di Korea Utara tidak ada kebebasan beragama. Itu
benar-benar tidak masuk akal. Sepenuhnya, kami menjamin kebebasan berkeyakinan
setiap warga negara.” Kim Jong Un memberikan kenyataan ini setelah Jabatan
Luar Negeri Amerika Syarikat mengatakan Korea Utara tidak menjamin kebebasan
beragama di negaranya.
9. Kim Jong Un dilaporkan pernah berkata; “Amerka munafik!!. Nyatanya, justeru Amerikalah pihak yang
bertanggungjawab di atas ketidakstabilan situasi dunia dengan terus menggugat negara-negara
Islam melalui propaganda agama”.
10. Semoga agama Islam akan terus subur dan berkembang di negara
paling diktator di dunia ini.
"Jika kereta
rosak, mekanik yang akan membaikinya. Jika tubuh badan bermasalah, doktor yang
akan mengubatinya. Jika kehidupan manusia bermasalah, maka Pencipta manusia
itulah yang perlu dirujuk. Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai
Tuhan tapi enggan merujuk kepada syariat Allah bila berdepan dengan
masalah." ` Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat