“Wahai
orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal
kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah
muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian
dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali;
dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan
jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah
seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan,
sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu
bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua
belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung
sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan)
kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.{Petikan
dari surah Al-Maidah[Hidangan](5:6)}
1. Sebelum menunaikan solat, orang Islam diwajibkan terlebih
dahulu mengambil wuduk. Anggota wuduk
yang wajib dibasuh ialah seperti firman Allah SWT dalam ayat di atas. Selain
dari empat perkara di atas, menjadi sunah Rasulullah SAW ialah membasuh
bahagian lain yang tidak diwajibkan, iaitu berkumur-kumur, membersihkan/memasukkan
air ke dalam hidung (intinsyaq) dan menyapu kedua belah telinga.
2. Tujuan penulisan kali ialah
untuk membicarakan kebaikan intinsyaq. Ini kerana setiap apa yang
dilakukan oleh Rasulullah SAW pasti ada kebaikannya untuk manusia yang melakukannya.
Ramai orang Islam tidak melakukan sunnah Rasulullah ini. Jika dengan sengaja tidak melakukannya maka hukumnya ialah makruh. Intinsyaq bukan
memasukkan jari yang basah ke dalam hidung.
Sebaliknya ia adalah menghirup air di dalam telapak tangan ke dalam lubang
hidung. Antara kebaikan atau kelebihannya ialah:
2.1. Menggugurkan Dosa:
Dari
Abu Umamah Radliyallahu Anhu bahwasanya Rasulullah bersabda, “Siapapun yang
berdiri menuju air wudukya dengan maksud mengerjakan solat, kemudian dia
membasuh kedua telapak tangannya, maka turun (keluar)lah dosanya dari kedua telapak
tangannya bersama titisan air. Apabila dia berkumur-kumur, beristinsyaq dan
istintsar (menghirup dan mengeluarkan air dari hidung) maka keluarlah dosanya
dari lisan dan bibirnya bersama awalnya titisan air dan seterusnya,” (HR.
Ahmad: V/ 263. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: shahih).
2.2.
Termasuk Penyempurnaan Wuduk:
Laqith
Ibnu Shabirah Radliyallahu ‘Anhu berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksd, “Sempurnakanlah dalam berwuduk, usaplah dicelah celah jari, dan hiruplah
air ke dalam hidung dalam-dalam kecuali jika engkau sedang berpuasa,” (Hadis Riwayat
Imam Empat dan hadis shahih menurut Ibnu Khuzaimah, dari software Bulughul
Maram).
2.3.
Mengusir Syaitan di Lubang Hidung:
“Jika
salah seorang di antara kamu bangun dari tidur, maka hendaklah dia beristintsar
(mengeluarkan air dari hidung setelah istinsyaq (menghirup air ke hidung) tiga
kali. Sebab syaitan menginap di rongga hidungnya,” (Muttafaq Alaih atau Hadis Riwayat
Bukhari Muslim).
2.4.
Baik Untuk Kesehatan Hidung dan Pernafasan:
Prof.
Dr. Syahathah dari bahagian THT Fakulti Kedoktoran Universiti Alexandria
membuktikan bahawa Istinsyaq dapat membersihkan hidung dari kuman-kuman dan
mengeluarkan kuman tersebut. Sehingga mengurangi kemungkinan terjadinya
jangkitan hidung. Istinsyaq yang sempurna dapat menghilangkan kuman penyakit
yang ada di dalam lubang hidung. Terutama dalam hal gangguan pernafasan, radang
paru-paru, panas rumatik, penyakit rongga hidung dan lain-lain.
Penerangan cara membasuh hidung (intinsyaq)
oleh Ustaz Azhar Idrus
"Kita tanam lada, 40 hari dapat hasil, boleh jual. Tanam
terung, dua tiga bulan dapat hasil. Tapi keuntungan tidak besar kerana itu
hanya projek kecil-kecilan. Jika projek yang lebih besar seperti tanam getah,
bukan 40 hari tapi memakan masa bertahun. Semakin besar projek tersebut,
semakin besar untungnya. Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling
besar. Untungnya sangat besar jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama
iaitu selepas mati baru mendapat hasil” ~~ Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik
Abdul Aziz bin Nik Mat
Sebahagian kandungan dipetik
dari islampos.com