Wednesday, 12 May 2021

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL FITRI 2021



UCAPAN HARI RAYA 2021 } - Selamat Hari Raya Aidilfitri


“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.” {Petikan dari surah Al-Baqarah[Lembu Betina](2:185)}

Selamat menyambut Hari Raya Eidul Fitri. Maaf Zahir dan Batin  kepada seluruh pembaca dan penjenguk blog ini tidak kira di mana jua anda berada. Pada hari esok, 13.5.2021 bersamaan dengan 1 Syawal 1442 umat Islam di seluruh dunia sama sama meraikan hari yang mulia ini.

Kepada yang beragama Islam, sambut dan raikanlah Hari Raya kali ini dengan rasa gembira sebagai tanda kemenangan setelah sebulan kita sama sama melakukan ibadah puasa.

Kemeriahan hari raya tahun ini pastinya sedikit terjejas apabila adanya larangan rentas negeri dan berkumpul melebihi had pada sesuatu masa disesuatu tempat. Tahun ini adalah tahun kedua rakyat Malaysia terpakasa menyambut Eidul Fitri dalam keadaan serba sederhana kerana mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari pihak kerajaan.

                                                                    TAKBIR RAYA 

SELAMAT MENYAMBUT EIDUL FITRI

Perbualan Nik Aziz Semasa Hayatnya Amat Menyentuh Hati - MYNEWSHUB

“Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen. Lesen itu ialah Islam. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen.” ~ Mutiara kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat