Wednesday, 20 December 2017

BRIGED IZUDDIN AL-QASSAM, HAMAS: TENTERA PALESTIN YANG AMAT DIGERUNI ISRAEL


Hamas - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas 
                                                                 LOGO HAMAS

1.   Posting kali ini berkait dengan satu pengumuman mengejutkan yang telah dibuat oleh Presiden Amerika, Donald Trump. Tanggal 6.12.2017 lalu adalah tarikh penting dalam sejarah dunia, khususnya yang melibatkan umat Islam di Palestin.  Ini kerana pada tarikh tersebutlah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah membuat pengumuman rasmi bahawa Amerika Syarikat mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota baru Israel menggantikan Tel Aviv.  Bukan itu sahaja Amerika juga akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Jerusalem, kawasan di mana terdapatnya masjid suci umat Islam, iaitu Masjidil Al-Aqsa. Sebenarnya semenjak Julai 1980 lagi kerajaan haram Israel  telah meluluskan undang-undang  yang mengistiharkan bahawa Jerusalem adalah ibu negara Israel. Namun demikian keputusan itu dibantah oleh Majlis Keselamatan Bangsa Bangsa Bersatu kerana dikatakan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Presiden-Presiden Amerika sebelum ini seperti  Bill Clinton, George W. Bush dan Barrack Obama tidak seberani Donald Trump untuk membuat pengumuman itu.  Jelaslah bahawa Donald Trump ini adalah sangat pro Israel dan menjadi alat kepada Israel.  Barangkali inilah hadiah terbesar darinya kepada orang-orang Yahudi yang kuat menyokongnya semasa bertanding Presiden Amerika dulu.

2.   Keputusan ini telah menimbulkan bantahan keras dari beberapa negara umat Islam dan Palestin sendiri, sama ada dari kumpulan Palestinian  Liberation  Organization- PLO  yang dipimpin Mahmud Abas atau HAMAS yang dipimpin oleh Ismail Abdel Salam Ahmed Haniyeh (Ismail Haniyeh) . Ini kerana di Jerusalemlah terdapatnya Baitul Maqdis Timur yang terletaknya Masjidil Aqsa (Al-Quds). Baitul Maqdis timur adalah sebuah bandar lama yang diletakkan di bawah pentadbiran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.   Namun demikian Al-Quds telah dijajah Israel selepas perang 6 hari dalam tahun 1967 tanpa mendapat pengiktirafan dunia. Penduduk Palestin pula mahu menjadikan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu kota negara Palestin merdeka pada masa hadapan. Baitul Maqdis dianggap penting kepada tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Perlu diketahui bahawa konflik di Timur Tengah banyak berkisar mengenai kedudukan Baitul Maqdis ini.

3.  Institut Jerusalem menganggarkan seramai 850,000 orang tinggal di Jerusalem.  37% dari mereka adalah berbangsa Arab manakala 61% pula orang Yahudi. Penduduk Yahudi itu pula, sekitar 200,000 darinya adalah Yahudi ultra-ortodoks dan selebihnya adalah samada kalangan Zionis yang kuat agama dan Yahudi sekular. Bangsa Arab itu pula, 96% dari mereka beragama Islam manakala selebihnya ialah Kristian.  Sebahagian besar rakyat Palestin menetap di Timur Jerusalem.

ASSYAHID SHEIKH AHMAD YASSIN
4.    Fokus artikel kali ini ialah kepada penentangan dari kumpulan HAMAS terhadap tentera Israel dengan pengumuman tersebut. HAMAS atau Haraqatul Muqawwamatul al-Islamiah (Gerakan Pembela Islam) ialah sebuah pertubuhan Islam Palestin yang diasaskan oleh pemimpin spiritual Sheikh Ahmad Yassin. Beliau pernah berkata pada tahun 1998 bahawa Brigade Al-Qassam merupakan sebahagian dari Hamas. Katanya: "Kami tidak boleh memisahkan sayap dari badan. Jika kami lakukan itu, tubuh tidak akan dapat terbang. HAMAS adalah satu kesatuan." Setelah mencuba beberapa kali untuk membunuhnya, akhirnya pada pagi 22 Mac 2004, helikopter Israel telah berjaya menembak beliau yang berada di atas kerusi roda untuk pulang ke rumah dari masjid selepas solat Subuh.  Jasadnya hancur berkecai.  Beliau telah mati syahid namun roh jihad yang telah ditiupnya telah meresap masuk ke dalam jiwa pemuda Palestin, khususnya anggota briged Al-Qasam. Selepas kematian beliau, HAMAS dipimpin pula oleh Abdel Aziz Ali Abdul Majid al-Rantisi (Abdul Aziz al-Rantisi - Singa Palestin). Nasib beliau sama dengan Sheikh Ahmad Yassin.  Pada 17 April 2004, helikopter Apache Israel telah berjaya menembak keretanya sehingga membawa kepada kesyahidannya. Kini HAMAS dipimpin oleh Ismail Abdel Salam Ahmed Haniyeh (Ismail Haniyeh).

ASSYAHID ABDEL AZIZ AL-RANTISI

  1. Senior Hamas leader Ismail Haniyeh gives a speech during a military parade of Ezzedin al-Qassam Brigades, the armed wing of Hamas movement, in Gaza...
                        ISMAIL HANIYEH

5.    Briged Izzuddin al-Qassam, sayap ketenteraan HAMAS telah diubuhkan pada tahun 1992   oleh Sheikh Ahmad Yasin, Dr. Ibrahim al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada. Dari segi bahasa, Izz bermaksud 'pertolongan', 'ketaatan' atau 'kebanggaan', manakala Din bermaksud 'agama'. Al-Qassam boleh diterjemah sebagai 'pemisah'. Dari segi sejarah, Izz ad-Din Al-Qassam ialah seorang yang telah dilahirkan di Syria dan dibuang ke Palestin kerana menentang pendudukan Perancis di Syria dan Lubnan. Beliau telah  mati syahid pada tahun 1935 berdekatan Jenin kerana menentang penjajahan British. Sejak penubuhannya, briged ini telah melancarkan beberapa serangan balas terhadap pendudukan Israel, negara haram yang menakluki wilayah Palestin. Piagam HAMAS menyeru agar negara haram Israel ditentang dan dimusnahkan serta digantikan dengan sebuah negara Islam yang adil dan damai tanpa mengira agama, etnik bangsa dan sebagainya. Tindak tanduk HAMAS jelas  mempamerkan sentimen anti-Zionis Israel dan mereka berjuang untuk mengusir Zionis Israel keluar dari Palestin melalui cara yang dianjurkan  Islam, iaitu jihad.








                                                            LAGU HAMAS
6.   Briged Izzudin Al Qassam ditubuhkan di tengah-tengah kebangkitan (intifadah) rakyat Palestina sekitar  tahun 1987-1994 melawan pendudukan Zionis.   Briged ini dipimpin oleh komandan Muhammad Al-Dhaif Abu Khalid. Antara matlamat penubuhan briged ini ialah untuk:

6.1.  Mencari mati syahid.
 
6.2. Membakar dan menaikkkan semangat jihad dikalangan orang Palestina, Arab dan Islam lainnya unutuk menentang  pendudukan zionis Israel.

6.3.  Mempertahankan Palestin dan tanah air dari pendudukan dan pencerobohan  Zionis.

6.4.  Memerdekakan Palestin dan tanah yang dirampas oleh tentera Israel.

7.  Kehebatan  Briged Izzuddin al-Qassam sebagai barisan hadapan mempertahankan kedaulatan bumi Gaza sangat digeruni oleh tentera Israel.  Setelah sekian lama ternyata Israel tidak berkemampuan untuk menumpaskan pasukan itu, sama ada dalam serangan udara yang dilancarkan ataupun pertempuran secara terbuka dan serangan gerila. Seorang tokoh perunding Israel, Gershon Baskin dalam satu temubual dengan stesen televisyen mengakui pejuang Briged al-Qassam sukar ditewaskan dan hampir mustahil dimusnahkan. Baskin berkata: ''Pejuang Hamas (Briged al-Qassam) tidak akan menyerah diri dan tidak akan mengibarkan bendera putih, meskipun hanya tinggal seorang pejuang, sepucuk senapang dan sebuah roket.''

8.   Identiti dan jawatan para pejuang dalam pasukan ini dirahsiakan sehinggalah mereka gugur syahid dan ketika bertempur, pasukan bersenjata itu akan memakai penutup muka berwarna hitam dan melilit ikatan nama pergerakan al-Qassam di kepala. Jumlah tentera dalam briged yang beroperasi di Genting Gaza dan Tebing Barat itu hanya diketahui oleh pemimpinnya sahaja. Keanggotaan briged ini tidak hanya terdiri daripada anggota tentera yang terlatih, malah turut disertai oleh guru, doktor, sukarelawan, peniaga, profesional sehingga kepada golongan remaja berusia belasan tahun, menunjukkan briged ini mendapat sokongan daripada semua peringkat penduduk Palestin.

9.   Kekuatan briged tersebut tidak hanya dalam bentuk fizikal semata-mata tetapi juga rohani. Setiap anggota al-Qassam diwajibkan untuk sekurang-kurangnya menghafal satu juzuk Al-Quran selain mesti menjaga solat berjemaah dan bersedia untuk mati syahid pada bila bila masa. 

10. Kekurangan sumber kewangan dan bekalan senjata api, memaksa pergerakan Hamas dan Briged al-Qassam bergantung sepenuhnya kepada keberanian pejuangnya menyeludup masuk peralatan keperluan perang melalui terowong-terowong tikus yang dibina di sekitar jalan masuk di Mesir dan Gaza. 

11.  Apakah pejuang HAMAS ini mempunyai kelengkapan ketenteraan yang moden dan mencukupi?.  Membicarakan perkara ini tidak akan lengkap jika kita tidak mengenali  Ir. Adnan Al-Ghoul (Abu Bilal). Siapakah beliau?. Al-Ghoul lahir pada 25 Julai 1958 di kem Shati Jalur Gaza, kem yang juga berasalnya  Ismail Haniyah. Al-Goul mati dibunuh Israel pada tahun 2004. Beliau ialah seorang komandan unit pengeluaran senjata Briged Izzuddin Al-Qassam dan merupakan jurutera paling penting. Komandan ini mampu meningkatkan keupayaan pengeluaran senjata dari sederhana menjadi canggih. Beliau mampu memindahkan teknologi pembuatan senjata dari luar Palestin ke dalam briged walaupun perkara itu sebenarnya amat rumit. Antara kebolehan Al-Ghoul dalam bidang persenjataan  adalah mampu mengeluarkan senjata bom granite yang dibuat dari bahan TNT. Mampu menghasilkan senjata mortal (jenis roket jarak dekat), roket anti kereta kebal dan menghasilkan roket Al-Banna dan sejumlah roket lainnya sehingga beliau digelar ‘Bapa Roket Al-Qassam’. Roket Al-Battar pula digunakan pejuang Al-Qassam dalam serangan ke barisan hadapan lawan dan menghalang serangan pasukan Israel. Senjata roket Al-Yasin dikembangkan dari roket RPG2.

12.   Senjata lain yang digunakan pejuang HAMAS ialah senapang sniper kaliber 14.5 milimeter, Ghoul dengan jarak jangkauan sejauh 2 km. Senjata ini dikatakan mempunyai keupayaan teleskopik dan dinamakan sempena jurutera Al-Qassam bernama Adnan al-Ghoul yang telah terbunuh pada tahun 2004.  Senapang ini menjadi kejutan dari Al-Qassam yang tidak pernah diramalkan oleh pihak Israel. Walaupun kemudahan dan peralatan sangat terbatas kerana laluan ke Gaza dikawal ketat, namun Al-Qassam menunjukkan bahawa mereka terus berkembang dalam pengeluaran persenjataan. Termasuk di antaranya ialah roket jarak jauh M75, Jaabari 80, R160 (Rantisi 160). Roket R-160 mampu menjangkau sehingga 160 km dan boleh sampai sehingga ke Haifa, bahagian paling utara di Israel.

ROKET M 75
SENJATA PENEMBAJK TEPAT GHOUL
A1B ABABIL
13.   Tidak diduga HAMAS juga berjaya memajukan drone (pesawat kecil tanpa pemandu) bernama Ababil. Sekali lagi Israel dimalukan selepas Ababil, pesawat pertama tanpa pemandu kepunyaan Briged Al Qassam yang penuh dengan bahan letupan dilancarkan ke wilayah udara di tanah haram Israel. Ada beberapa jenis model yang dihasilkan yang antaranya adalah jenis A1A yang pertama sekali diciptakan, jenis A1B yang mampu melancarkan peluru berpandu dan jenis A1C yang mampu melancarkan serangan Kamikaze (meletup sendiri apabila melanggar sasaran).

14.   Kekuatan yang telah ditunjukkan oleh Al-Qassam ketika perang Al-Asful Makul  telah mengukuhkan semangat dan harapan umat Islam di seluruh dunia yang HAMAS tidak akan berundur dan membiarkan Israel melakukan sesuka hati di tanah air mereka. Malah, Al-Qassam menegaskan akan memberikan lebih banyak kejutan sekiranya Israel tetap berdegil menindas penduduk Palestin. Merekalah wira umat Islam masa kini sepertimana hebatnya tentera Salahuddin Al-Ayyubi dan tentera Sultan Muhhamad Al-Fataeh satu masa dulu. Nampaknya sejarah kegemilangan tentera Islam silam sedang berulang kembali di bumi Palestin.

15.  Semakin menonjol kelemahan Israel dan sekutu rapatnya, Amerika apabila sistem Iron Drome yang didakwa sebagai sistem pertahanan roket terbaik dunia yang mempunyai kadar kejayaan sebanyak 90% akhirnya kalah di tangan Briged Al Qassam. Menurut kajian, Iron Drone milik Israel hanya boleh mematahkan 30-40% serangan oleh roket Al-Qassam. Pihak Israel mengakui mereka hanya boleh mematahkan 8 daripada hampir 120 roket dalam masa 24 jam. Kejayaan serangan Al Qassam telah membuatkan negara haram Israel panik. Penganalisis tentera Israel sendiri terpaksa mengakui kehebatan inovasi Al-Qassam yang berjaya membuat roket Jaabari 80 dengan teknologi yang boleh melepasi Iron Dome. Pergerakan roket Jaabari 80 secara tidak teratur dan tidak tetap mengakibatkan sistem pertahanan Iron Dome tidak berjaya mengatasi serangan yang dilancarkan.

16.   Anggota briged al-Qassam juga menggunakan taktik bersembunyi di dalam terowong-terowong bawah tanah sepanjang satu hingga tujuh kilometer yang menjadi terowong yang amat ditakuti oleh tentera Israel.

17.   Briged ini begitu rahsia. Bukan hanya soal  markas dan perancangan untuk melakukan operasi, identiti pemimpin serta anggota briged hanya akan diumumkan setelah kematian mereka. Ketika tampil di depan khalayak ramai, pasukan brigade ini biasanya bertopeng hitam dengan ikat kepala berwarna hijau. "Tidak ada sembarangan orang boleh mengetahui soal kerahsian brigade Al-Qassam. Mereka sangat tertutup," itulah kata Mahmud Zahar, pemimpin kanan HAMAS di Gaza.

18.  Tidak ada siapa yang  tahu dengan pasti berapa ramaikah jumlah anggota brigade Al-Qassam. Pihak Israel menjangkakan mereka memiliki beberapa ratus anggota yang sangat terlatih. Mereka mampu bertempur sendirian, dalam pasukan atau formasi lebih besar. Dianggarkan, jika ditambah pasukan keamanan dalam negeri, termasuk polis, kekuatan Brigade Al-Qassam boleh mencapai sekitar 15 ribu anggota. Sekitar tiga hingga empat ribu anggota tempur lainnya boleh bergabung dalam situasi darurat menghadapi pencerobohan dan serbuan Israel. Brigad Al-Qassam terbahagi dalam enam kumpulan komando atau brigad dengan kekuatan lebih dari seribu pejuang setiap satu. Mereka terdiri dari Brigad Gaza Utara diketuai Ahmad Ghandour, Brigad Kota Gaza (meliputi dua brigad) dipimpin Marwan Isa, Brigad Gaza Tengah dikepalai Aiman Naufal, Brigad Khan Yunis dikawal oleh Muhammad Sinwar dan Brigad Rafah di bawah arahan Raid al-Attar. Setiap brigad terdiri dari 4-5 kompeni, kemudian dipecah lagi menjadi tiga platon. Setiap platon mempunyai  tiga regu tempur. Setiap regu tempur terdiri dari lapan orang dengan pengkhususan sebagai perajurit tempur, anti kereta kebal, ahli sabotaj dan paramedik.

19.  Bukanlah  sesuatu yang mudah untuk menjadi  anggota Brigad Al-Qassam.  Menurut cerita seorang wartawan di Gaza, selain harus lulus latihan ketenteraan mereka juga mesti menjadi seorang yang taat kepada agama, boleh membaca dan menghafal Al-Quran. Yang diutamakan juga adalah seorang lelaki yang bersemangat kental. Mereka perlu memiliki keimanan yang kuat dan berjuang atas nama Allah dan Islam.  Bersedia pada bila bila masa untuk berjihad dan mati syahid dalam mempertahankan bumi Palestin dan Baitul Maqdis. Senjata mati syahid inilah senjata ampuh yang Allah sediakan kepada orang Islam yang tidak dimiliki oleh mana mana tentera bukan Islam di dunia ini.  Mereka perlu banyak berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT. Tidak  boleh tinggal solat, sentiasa membaca Al-Quran, kerap solat hajat serta solat-solat yang lain.

20.   Kita pernah mendengar berita peperangan antara brigad Al-Qassam (mujahidin)  dengan tentera Israel. Jelas sekali telah datang pertolongan Allah kepada mereka berkat berjuang di atas dasar Islam, kerana Allah dan berlandaskan jihad dan bercita cita untuk mati syahid di jalan Allah.  Berikut adalah berita berita yang tersebar yang membuktikan perjuangan mereka telah mendapat pertolongan dari Allah SWT:

20.1. Ketika pertempuran di Mighraqah di mana pesawat-pesawat tempur Israel menggempur dan mengepung mujahidin dari atas kepala mereka. Mereka tidak dapat bergerak. Tiba-tiba datang awan mendung yang memayungi mereka dan menutupi pesawat tempur Israel untuk melihat ke bumi. Maka para mujahidin pun bergerak bagi menghindarkan diri mereka dari tempat itu.

20.2.  Ada juga cerita seorang mujahid yang mengalami sendiri bersama rakan-rakannya yang sedang berada di sebuah rumah. Bom dan peluru berpandu dari pesawat dan kereta kebal Israel menggempur mereka habis-habisan, namun tidak seorang pun yang terkena serangan itu. Sebahagian dari mereka merasa takut. Namun tiba-tiba "dia" mengajak kami menghalang kereta-kereta kebal Israel yang menyerang kami sehingga Allah memberikan pertolongan untuk meledakkan beberapa kereta kebal Israel yang ada.

20.3.  Seorang mujahid menceritakan  bahawa mereka melihat dua kereta kebal meletup dan terbakar di tempat mereka memasang bom di tepi jalan. Ketika mereka pergi menghampiri dua kereta kebal Israel yang meletup itu, ternyata bom tepi jalan yang mereka pasang itu belum meletup.

20.4.  Seorang mujahid lain menceritakan bahawa dia bersendirian ketika memasang bom tepi jalan. Beberapa saat kemudian dia sudah dikepung oleh kereta-kereta kebal Israel. Dalam keadaan yang cemas itu, dia berbisik dalam dirinya, “carilah tempat yang lebih aman”. Namun dia mendengar satu suara tanpa diketahui dari mana datangnya; “tetaplah berada di tempatmu”. Maka dia tetap berdiri di tempatnya dan tiba-tiba ketenangan dirasai dalam hatinya dan Allah memberikan pertolongan dengan meletupnya kereta-kereta kebal Israel.

20.5.  Seorang mujahid lain menceritakan bahawa ketika dia hendak melepaskan roket, dia merasa ada “orang” yang membetulkan sasarannya ke kanan dan ke kiri.

20.6. Bau wangian yang keluar dari poket baju jasad seorang mujahidin yang syahid bernama Abdullah As-Shanik sedangkan dia sudah 20 hari disemadikan. Bau wangian yang sama keluar dari jasad Syahid Musa Hasan Abu Nar yang terbunuh dan darahnya memancut keluar membasahi lantai masjid. Walaupun darah itu dibersihkan namun baunya masih wangi.

20.7.  Temubual dengan askar-askat Israel yang disiarkan oleh Channel 10 televisyen Israel.  Mereka mengatakan  bahawa mereka menyaksikan lembaga aneh yang mereka yakini sebagai hantu yang keluar dari bumi dan memerangi mereka.

20.8.   Ada juga kesaksian dari seorang askar Israel yang buta matanya akibat dilempar dengan pasir oleh seorang laki-laki yang berpakaian serba putih.

20.9.  Ketakutan yang Allah campakkan ke dalam hati-hati tentera Israel menjadikan mereka yang memiliki senjata jauh lebih canggih dari senjata kaum mujahidin takut untuk membuat serangan dan hanya menyerang kanak-kanak, wanita, orang-orang tua dan orang awam yang tidak membawa senjata.




21.   Berbanding tentera Al-Fatah yang dipunyai oleh Palestinian Liberation Organization (PLO), tentera tentera Israel jauh lebih takut dan gerun kepada mujahidin briged Al-Qassam yang berjuang untuk mati syahid. Mujahidin briged Al-Qassam sebenarnya tidak perlu takut kepada tentera Israel kerana sebenarnya tentera Israel ini penakut.  Perkara ini telahpun Allah SWT firmankan lebih 1,400 tahun lalu dalam surah Al-Maidah[Hidangan](5:24) yang berbunyi:


Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja".

(5:25)


Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu".

(5:26)


Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu".

22.    Sebagai penutupnya, setiap orang Islam perlu memberi sokongan dan dukungan kepada perjuangan rakyat Palestin membebaskan bumi mereka dari cengkaman Yahudi laknatullah.  Di sanalah terdapatnya Masjid Aqsa yang merupakan masjid ketiga paling suci dan mulia di atas muka bumi ini. Dari situlah juga Rasulullah SAW telah dibawa Malaikat Jibrail naik ke langit bertemu dengan Allah SWT dalam peristiwa agung, Israk dan Mikraj. Jika pun tidak mampu menyumbang tenaga atau kewangan bagi membantu mereka, sekurang-kuranya titipkanlah doa agar Allah SWT memberi kekuatan, semangat juang dan kejayaan kepada pejuang pejuang Brigad Al-Qassam ini.  Sesungguhnya kejayaan mereka adalah kejayaan bagi seluruh umat Islam di dunia ini.

INFOKINI: TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ PEMIMPIN ISLAM KE 42 PALING BERPENGARUH  DI DUNIA
"Ilmu itu tumpang menumpang, murid menumpang ilmu guru, guru juga turut menumpang kebijaksanaan muridnya. Itulah dia 'taawun' iaitu saling mengambil manfaat antara satu sama lain" – Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat