“(Masa
yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan
Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan
antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang
menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa
bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka,
Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada
hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki
kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan
juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.” {Petikan
dari surah Al-Baqarah[Lembu
Betina](2:185)}
Selamat Hari Raya Eidul Fitri.
Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh
pembaca dan penjenguk blog ini tidak kira di mana jua anda berada. Pada hari
ini, 5.6.2019 bersamaan dengan 1 Syawal 1440 umat Islam di seluruh
dunia sama sama meraikan hari yang mulia ini.
Kepada yang beragama Islam,
sambut dan raikanlah Hari Raya kali ini dengan rasa gembira sebagai tanda
kemenangan setelah sebulan kita sama sama melakukan ibadah puasa.
Bagi yang bukan beragama
Islam, sama-samalah juga meraikannya dalam konteks persahabatan dan masyarakat
berbilang kaum negara ini, sambil turut bercuti bersama keluarga dan
kawan-kawan.
Keindahan dan kemeriahan Hari
Raya kali ini akan lebih terasa jika kita dapat meraikannya bersama keluarga
dan dengan seramai mungkin sahabat handai dari pelbagai kaum dan agama atas
semangat persaudaraan sesama manusia.
TAKBIR RAYA
SALAM
EIDUL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN
“Orang yang putus hubungan dengan Allah ibarat wau yang putus tali. Walaupun wau yang putus
tali mungkin nampak hebat, ke kiri dan ke kanan dan terbang tinggi di tiup
angin, namun itu tidak lama kerana ia akan jatuh juga. Berbanding dengan wau yang bertali, ia
terkawal dengan tali yang mengikatnya.
Begitulah juga bandingan manusia
yang putus hubungan dengan Allah dengan manusia yang terikat dengan Allah.”
= Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
No comments:
Post a Comment