1. Posting sebelum ini bertarikh 10.4.2017 telah membicarakan
tentang lima rahsia alam semesta yang telah difirmankan oleh Allah SWT dalam
Al-Quran. Bagi posting kali ini kita
sama-sama ikuti lima lagi fenomena alam atau rahsia penciptaan alam semesta seperti
difirmankan Allah SWT dalam qalamNya:
1.1. JANGKA
HAYAT MATAHARI
1.1.1.
Matahari adalah salah satu dari bintang. Bilakah sebenar matahari dicipta hanyalah Allah SWT sahaja
yang maha mengetahui. Namun saintis menganggarkan ia bermula selepas
berlaku peristiwa Big Bang, iaitu lebih kurang 5 bilion tahun dahulu. Proses
nuklear yang berlaku pada matahari menghasilkan cahaya matahari (sunlight). Cahaya matahari adalah nadi
kehidupan bagi semua makhluk hidup di bumi kerana semua jenis kehidupan di bumi
memerlukan cahayanya.
1.1.2.
Walau bagaimanapun matahari mempunyai jangka hayatnya. Pada tahun 1825 seorang
ahli fizik Jerman, Hermann von Helmholtz telah membuat kajian perkembangan matahari. Beliau mendapati setiap tahun saiz diameter
matahari menyusut 85 meter. Jika kajian Helmholtz ini betul maka matahari hanya
mampu bertahan untuk tempoh waktu
20,000,000 hingga 25,000,000 tahun sejak matahari mengalami penyusutan.
1.1.3.
Ada saintis menganggarkan hayat matahari hanya selama 10 bilion tahun. Selepas
itu ia akan hancur binasa. Dalam konteks hayat matahari ini, Allah SWT
berfirman dalam surah At-Takwir[Menggulung](81:1)
yang berbunyi:
“Dan apabila matahari digulung”
1.1.4.
Perkataan penting dalam ayat di atas ialah 'kuwwirat'.
Abdullah bin Abbas mentafsirkannya sebagai 'zahabat' yang bermaksud 'pergi '
atau 'menghilang' manakala Imam Nasafi mentafsirkannya sebagai 'hilang
cahayanya'. Ia menjelaskan apabila berlaku hari kiamat alam ini seolah-olah
digulung. Ia juga menjelaskan semasa berada di penghujung hayatnya matahari akan
kehilangan cahayanya.
1.1.5.
Kestabilan matahari seperti juga bintang-bintang yang lain, bergantung kepada tenaga
yang mampu dihasilkannya. Tenaga ini terhasil melalui proses nuklear yang
melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalam matahari (core). Selepas berbilion tahun berlalu,
proses ini akhirnya terhenti disebabkan matahari kehabisan hidrogen dan dengan
itu ia menjadi tidak stabil. Keadaan ini menyebabkan bahagian dalam menguncup (contracts) dengan menghasilkan suhu
yang tinggi. Selepas beberapa waktu suhu di bahagian luar matahari menurun yang
akan menyebabkan cahayanya pudar.
1.1.6.
Fakta ini selari dengan tafsiran Imam Nasafi berhubung perkataan kuwwirat yang disebutkannya. Akhirnya
bahagian luar matahari ini bertukar menjadi gumpalan gas yang berbentuk asap
dan terus terpisah daripada bahagian dalamnya. Akhirnya lahirlah planetary nebula dan tamatlah riwayat matahari.
Sumber:
Quran Saintifik, karangan Dr. Danial Zainal Abidin
1.2. BINTANG-BINTANG JATUH BERGUGURAN
1.2.1.
Sangat indah melihat bintang-bintang yang bercahaya dan bergemelapan di langit
yang jumlah sebenarnya hanyalah Allah sahaja yang maha mengetahui. Tahukah kita
bahawa apa yang akan terjadi kepada bintang-bintang ini telahpun dijelaskan
oleh Allah SWT lebih 1,400 tahun lalu. Antara penjelasan Allah itu ialah dalam
surah-surah berikut:
“Dan apabila bintang-bintang jatuh berguguran”
{Petikan dari surah At-Takwir[Menggulung](81:2)}
“Dan apabila bintang-bintang jatuh
berselerakan” {Petikan dari surah Al-Intifar[Terbelah](82:2)}
“Maka apabila bintang-bintang dihapuskan”.
{Petikan dari surah Al-Mursalat[Para
Malaikat Yang Diutus](77:8)}
1.2.2.
Hanya pada abad ke 20 saintis memiliki ilmu tentang metafizik. Saintis merumuskan bahawa
akan tiba waktunya bintang-bintang dilangit akan memasuki fasa di mana ia akan
jatuh berguguran dan binasa. Bintang adalah salah satu objek di angkasa raya
yang menyala, bersinar dan bercahaya dengan sendirinya melalui proses pemantikan
reaksi penggabungan nuklear kerana panasnya inti bintang yang ada di dalam
bintang tersebut.
1.2.3.
Setelah inti bintang berubah menjadi besi, bintang akan memasuki dua gumpalan
proses awal sebagaimana partikel
pertama, iaitu adakalanya ia akan meledak dan memancarkan cahaya. Bintang
seperti ini dalam bahasa astronomi di sebut sebagai Supernova.
1.2.4.
Apabila bintang membentuk sebuah gumpalan yang keras dan padat sehingga
menyebabkan cahaya yang terpancar tidak dapat melepasi dari kongkongannya maka
ia akan berjatuhan sehingga cahaya-cahaya bintang terpadam dan menghilang.
Sumber:
Cahaya di Atas Cahaya
1.3.1.
Perkataan nebula berasal dari bahasa Latin yang berarti "awan".
Nebula adalah awan antarbintang yang terdiri dari debu, hidrogen, helium dan
gas-gas lainnya yang bercahaya. Nebula adalah nama untuk semua objek astronomi
yang kelihatan menyebar, termasuk galaksi di luar Bima Sakti (Milky way).
1.3.2.
Tahukah kita bahawa proses kehancuran bintang hingga bertukar menjadi bentuk
bunga ros (nebula) yang baru ditemui oleh ahli astrofizik di zaman moden ini
telahpun Allah firmankan dalam Al-Quran, iaitu dalam surah Ar-Rahman[Maha Pemurah](55:37) yang berbunyi:
"Maka apabila langit terbelah dan
menjadi merah mawar seperti kilapan minyak”.
(55:38)
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang
kamu dustakan?"
1.3.3.
Ayat di atas menceritakan mengenai langit yang sedang melalui proses pemecahan
dan pada masa itu berubah menjadi merah seumpama bunga ros yang menyinar.
1.3.4.
Pada 31.10.1999 NASA Amerika Syarikat telah menyiarkan gambar-gambar sejumlah
bintang yang sedang berpecah yang membentuk nebula. Gambar tersebut dirakam oleh teleskop besar
Hubble yang merakam pergerakan planet dan galaksi di angksa raya.
Sumber:
Quran Saintifik karangan Dr. Danial Zainal Abidin
1.4. KOMET
DAN BLAZAR
1.4.1.
Di angkasa raya terdapat bintang-bintang yang tidak terhitung jumlahnya.
Sesungguhnya kejadiannya amat menakjubkan. Salah satu jenis bintang yang
wujud adalah bintang yang cahayanya boleh menembusi. Ia telah difirmankan oleh
Allah SWT dalam surah At-Tariq[ Yang
Datang Di malam Hari](86:1) yang berbunyi:
“Demi langit dan At-Taariq”
(86:2)
“Dan tahukah kamu apakah At-Taariq itu?”
(86:3)
“Iaitu bintang yang menembusi (sinaran
cahayanya)”
1.4.2.
Dalam ayat di atas, an-najmu bermaksud bintang dan at-thaaqif pula bermaksud
menembusi. Imam Nasafi mentafsirkan perkataan at-thaaqif sebagai 'yang
bercahaya'. Oleh itu an-najmu dan at-thaaqif juga boleh diertikan sebagai
bintang bercahaya yang menembusi langit.
1.4.3.
Sheikh Said Hawa pula menyatakan an-najmu at-thaaqif dikaitkan dengan komet
yang melintasi ruang udara bumi. Seperti yang diketahui komet adalah objek yang
wujud dalam sistem solar yang mengelilingi matahari. Ia berasal daripada asap
nebula yang dikenali sebagai ‘Oort cloud’
dan mempunyai tiga bahagian iaitu nukleus, koma dan ekor.
Komet Hyakutake yang kelihatan
pada tahun 1996
1.4.4.
Mutakhir ini saintis kosmologi menemui satu lagi objek bercahaya seperti
bintang yang bergerak menembusi angkasa raya. Kelajuannya menghampiri kelajuan
cahaya dan ia bergerak menembusi ruang angkasa dan kadangkala menghala ke dunia. Saintis menamakannya sebagai
blazar.
Blazar
1.4.5.
Sciences News di bawah tajuk “Powerhouse
Astronomy: Blazing Black Hole From the Early Universe” melaporkan satu
penemuan mengenai blazar pada 3 Julai 2004. Ternyata apa yang telah dirakamkan
dalam Al-Quran itu benar belaka namun saintis hanya menemuinya pada tahun 2004.
Sumber:
Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Dr.
Danial Zainal Abidin
1.5. TEORI KEJADIAN ALAM (THE BIG BANG
THEORY)
1.5.1.
Teori Big Bang pertama kali ditemui oleh Abbe Georges Lemaitre, seorang pakar kosmologi Belgium pada tahun 1920-an. Menurutnya, alam
semesta ini mulanya berasal dari gumpalan superatom yang berbentuk bola api
kecil dengan ukuran sangat kecil. Gumpalan superatom ini kemudiannya meledak
dan memuntahkan seluruh isi dari alam semesta.
1.5.2.
Mengikut teori Big Bang, alam ini pada
asalnya bercantum padu kemudian berlaku suatu letupan yang kuat sekitar 12
hingga 14 bilion tahun dahulu. Kemudian berlaku pengembangan dan penyejukan,
akhirnya lahir bintang-bintang, palnet-planet, galaksi dan lain-lainnya. Pada
tahun 1929, seorang pakar astronomi Amerika Syarikat, Edwin Hubble menemui
bukti-bukti kukuh yang untuk menyokong teori Big Bang. Dengan menggunakan
peralatan teleskop canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang.
Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang menyatakan alam ini bercantum pada
asalnya diikuti dengan letupan besar.
Hasil dari letupan itulah yang menyebabkan pengembangan ini.
1.5.3.
Apapun yang diperkatakan saintis moden kini, teori Big Bang ini telahpun
dijelaskan olehh Allah SWT lebih 1,400 tahun lalu melalui firmannya dalam surah
Al-Anbiya[Para Nabi](21:30) yang
berbunyi:
"Dan apakah orang-orang yang kafir
tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu
yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan
segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" .
1.5.4.
Ayat di atas menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama ialah mengenai
asal-usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum
dipisahkan antara kedua-duanya. Kedua, dijelaskan mengenai hakikat kehidupan
air adalah asas bagi segala kehidupan di muka bumi.
1.5.5.
Terdapat dua perkataan penting dalam ayat ini, iaitu Ratqa dan Fataq. Ratqa berasal dari perkataan Arab iaitu rataqa yang bermaksud ditampal atau
dijahit. Ia menggambarkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan menguncup. Fataq pula berasal daripada Bahasa Arab fataqa yang bermaksud dibuka atau dibelah (unsew, tear apart) . Ini
mengambarkan sesuatu yang terbuka dan terungkai/terbelah.
1.5.6.
Berkaitan dengan ayat ini, Imam Said bin Jubair berkata; "Langit dan bumi
sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan maka
wujudlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang dijelaskan oleh Allah
dalam ayat di atas."
|
DR.KRONER |
1.5.7.
Jelaslah bahawa kenyataan Al-Quran berhubung teori permulaan alam semesta sememangnya
saintifik. Antara saintis yang kagum dengan ayat ini adalah Dr. Alfred Kroner,
seorang profesor dalam bidang sains geologi. Berkaitan dengan ayat Quran ini,
beliau berkata: "Melihat asal-usul
Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi
mempunyai asal-usul yang sama. Hal ini kerana ilmu mengenainya baru diketahui
beberapa tahun baru-baru ini, itupun dengan menggunakan alat-alat yang canggih.
Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuklear 1,400 tahun dahulu saya rasa
tidak akan mampu mengetahui tentang hal ini." Akhirnya beliau berkata,
"Apabila kita menghimpunkan kesemua
kenyataan Quran berkaitan dengan bumi dan kejadiannya, dan bila kita kaitkannya
dengan sains, maka kita akan menyatakan bahawa kenyataan (Al-Quran) secara
dasarnya adalah benar. Hal ini dapat dibuktikan dengan kaedah pendekatan
saintifik."
Sebahagian
Sumber: Quran Saintifik, Meneroka kecemerlangan Quran Daripada Teropong
Sains, Dr. Danial Zainal Abidin
2. Sesungguhnya 5 fenomena alam atau rahsia alam semesta yang
dijelaskan dalam posting ini dan 5 lagi dalam posting pada 10.4.2017 lalu
menjelaskan dengan nyata tanpa keraguan akan kebenaran firman Allah SWT dalam
Al-Quran. Al-Quran dengan terperinci
menghuraikan rahsia alam ini. Kebenaran
kandungan Al-Quran ini telah diakui oleh saintis hari ini.
Bukankah ini membuktikan bahawa Al-Quran itu datangnya dari tuhan sebenar,
iaitu tuhan pencipta alam semesta yang bernama Allah SWT. Apakah bukti ini belum lagi mencukupi bagi orang-oramg bukan Islam untuk mengiakan KEBENARAN agama Islam?. Apakah yang dicari dalam beragama selain dari KEBENARAN. Agama yang BENAR hanyalah agama Islam.
“Orang yang paling
aku sukai adalah orang yang menunjukkan kesalahanku”. ~ Mutiara kata Khalifah
‘Umar Al Khattab
Sebahagian kandungan
dipetik dari Iffah-muhsin.blogspot.my