Friday, 15 June 2018

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI





“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.” {Petikan dari surah Al-Baqarah[Lembu Betina](2:185)}

Selamat Hari Raya Eidul Fitri. Maaf Zahir dan Batin  kepada seluruh pembaca dan penjenguk blog ini tidak kira di mana jua anda berada. Pada hari ini, 15.6.2018 bersamaan dengan 1 Syawal 1439 umat Islam di seluruh dunia sama sama meraikan hari yang mulia ini.

Kepada yang beragama Islam, sambut dan raikanlah Hari Raya kali ini dengan rasa gembira sebagai tanda kemenangan setelah sebulan kita sama sama melakukan ibadah puasa.

Bagi yang bukan beragama Islam, sama-samalah juga meraikannya dalam konteks persahabatan dan masyarakat berbilang kaum negara ini, sambil turut bercuti bersama keluarga dan kawan-kawan.

Keindahan dan kemeriahan Hari Raya kali ini akan lebih terasa jika kita dapat meraikannya bersama keluarga dan dengan seramai mungkin sahabat handai dari pelbagai kaum dan agama atas semangat persaudaraan sesama manusia.

SALAM EIDUL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN


“Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen. Lesen itu ialah Islam. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen.” - Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
 

No comments:

Post a Comment