Monday, 9 July 2018

KEBENARAN AL-QURAN TENTANG PENENTUAN JANTINA BAYI DALAM KANDUNGAN IBU


1.      Sejak sekian lama manusia mempercayai bahawa jantina anak dalam kandungan ibu ditentukan oleh ovari atau telur dari siibu.  Oleh sebab itulah wujudnya tendensi untuk menyalahkan ibu jika jantina anak yang dikehendaki tidak diperolehi. Benarkah fakta itu?.  Apakah pandangan Islam dalam hal ini?.  Ikuti penjelasannya di bawah.
 
9 Tips Memilih Baju Bayi Baru Lahir yang Harus Disiapkan Ibu Baru |  BukaReview
2.      Sains moden telah menemui fakta bahawa jantina bayi ditentukan oleh kromozom yang ada dalam badan manusia.  Perkataan Kromosom berasal dari dua perkataan bahasa Yunani, iaitu chroma yang bermakna  warna dan soma yang bermaksud badan. Kromozom merupakan struktur di dalam sel berupa deret panjang molekul yang terdiri dari satu molekul DNA dan berbagai protein terkait yang merupakan informasi genetik suatu organisme.

3.      Setiap sel dalam tubuh manusia mempunyai 23 pasang kromozom. 22 dari pasangan itu adalah autosom yang berupa gen bagi setiap manusia. Jantina ditentukan oleh kromozom yang ke 23 yang dipanggil kromozom jantina. 
Von Nageli

4.      Kromosom pertama kali ditemui oleh Karl Wilhelm von Nägeli (27.3.1817 - 10.5.1891). Beliau ialah seorang saintis bidang botani berbangsa Switzwerland. Ia ditemui pada tahun 1842 dan ciri-cirinya dijelaskan dengan lebih terperinci oleh Walther Flemming pada tahun 1882. Pada 1910, Thomas Hunt Morgan membuktikan bahwa kromosom merupakan pembawa gen. Pada tahun 1955, Joe Hin Tjio, seorang ilmuwan Amerika kelahiran Indonesia berhasil membuktikan bahawa kromosom manusia terdiri dari 23 pasang dan bukannya 24 pasang seperti yang diyakini pakar pakar genetik sejak sekian lama.

5.      Berikut adalah firman Allah SWT di dalam Al-Quran lebih 1,400 tahun lalu yang mengesahkan bahawa jantina bayi dalam kandungan ibu adalah ditentukan oleh kromozom lelaki (bapa). 

5.1.   Firman Allah dalam Surah An-Najm[Bintang](53:45) berbunyi:



“Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menciptakan pasangan – lelaki dan perempuan.”

(53:46)

“Dari (setitis) air mani ketika dipancutkan (ke dalam rahim)”

5.2.  Firman Allah dalam Surah Qiyamah[Hari Kiamat](75:37) berbunyi:


"Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancutkan (ke dalam rahim)?"

(75:38)

"Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?"

          (75:39)


"Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis – lelaki dan perempuan."

6.      Perkataan nuthfah (nuthfattin) dalam ayat 46 dan 37 di atas mengikut tafsiran yang sahih bermaksud air mani yang sedikit. Mengikut Imam Qartubi didalam al-Jamik li Ah Kamil Quran, nuthfah bermaksud air mani lelaki.  Ia dinamakan nuthfah disebabkan jumlahnya yang sedikit iaitu airnya yang sedikit. Oleh kerana air mani adalah sperma yang bercampur dengan cecair yang dikeluarkan dari kemaluan lelaki, justeru nuthfah yang bermaksud ‘jumlah yang sedikit’ membawa maksud sperma.

7.      Daripada jumlah air mani hanya satu bahagian kecil atau sedikit sahaja daripadanya yang diperlukan bagi proses persenyawaan. Yang sedikit dan menjadi penentu itu adalah sperma. Dalam kamus "Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic", perkataan nuthfah diterjemahkan sebagai drop, sperm iaitu setitik atau sperma.

8.      Firman Allah di atas dengan jelas menunjukkan bahawa dalam proses kejadian manusia, penentuan jantina seorang bayi ditentukan oleh nuthfah iaitu benih lelaki yang terdapat dalam air mani. Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains moden hari ini yang mengesahkan bahawa Kromozom ialah  penentu jantina bayi. Kromozom XY ialah dari lelaki dan kromozom XX pula dari perempuan. Jika percantumannya dari kromozon X lelaki dengan X perempuan maka bayinya ialah perempuan. Jika dari lelaki kromozonnya ialah Y bercantum dengan kromozom X perempuan maka bayinya ialah lelaki. Ringkasnya penentuan jantina ialah kromozom manakah dari lelaki yang bersenyawa dengan kromozom X perempuan.  

9.      Manusia hanya mengetahui perkara ini di abad ke 20 sedangkan Al-Quran telah membicarakannya lebih dari 1,400 tahun yang lalu.  Subhanallah.  Maha suci Allah yang telah mengutuskan Nabi Muhammad  SAW untuk membawa Islam, agama yang benar bagi  manusia seluruhnya.

10.  Satu lagi bukti nyata bahawa Al-Quran adalah datangnya dari Allah SWT, tuhan yang mencipta manusia. Tuhan sebenarnya yang wajib disembah oleh manusia di atas muka bumi ini.  Mustahil sama sekali pengetahuan tentang jantina bayi ini diketahui oleh Nabi Muhammad SAW kerana baginda seorang ummi, iaitu tidak boleh membaca dan menulis.  Malah kehidupannya pula jauh dipadang pasir yang tidak ada sebarang maklumat tentang sains biologi.

"Allah menciptakan di dunia ini orang-orang kurang upaya untuk menjadi ujian kepada orang yang sempurna. Di akhirat kelak akan ditanya, setakat manakah kita orang-orang yang cukup upaya ini menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang upaya. Sebab itu, saudara-saudara kita yang kurang upaya sedikit untung kerana terlepas daripada soalan ini di akhirat nanti. Manakala yang sempurna tubuh badan pula perlulah pastikan duit yang dia ada pada hari ini sedikit sebanyak dia peruntukkan untuk beli pahala lain selain beli lauk-pauk, beras dan keperluan hidup..." ~ Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

No comments:

Post a Comment