Tuesday 24 July 2018

NUR ILAHI MENEMBUSI HATI NURANI SONNY BILL WILLIAMS

 
 



SONNY BILL WILLIAMS
1.      Sesungguhnya hidayah atau nur Ilahi itu adalah milik mutlak Allah SWT.  Tidak ada manusia yang mampu memberi hidayah kepada manusia lain hatta Rasulullah SAW sendiri. Hakikat ini telah Allah tegaskan lebih 1,400 tahun lalu dalam firmanNya dalam surah Al-Qashah[Kesah-Kesah](28:56) yang berbunyi:


“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk”.

2.      Posting pada kali ini akan membicarakan seorang lagi insan yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk menemui hidayahNYA.  Beliau ialah Sonny Bill Williams, seorang warga negara New Zealand. Williams ialah seorang pemain ragbi New Zealand yang bertaraf superstar.

3.    Williams dibesarkan dalam keluarga yang agak susah. Mendiami  rumah kecil dan sempit  yang terletak di pinggir bandar Mount Albert. Rumah orang tuanya hanya ada 2 bilik. Satu bilik untuk beliau dan abang dan bilik satu lagi untuk 2 adik beradik perempuannya. Ayah dan ibunya akan tidur di ruang tamu. Kemiskinan hidup ini mendorong Williams untuk membelikan ibu bapanya sebuah rumah yang selesa suatu hari nanti. Hasrat ini timbul selepas beliau melihat bagaimana ibunya bekerja keras mencari wang. Pada waktu itu beliau masih remaja dan bekerja sebagai buruh dan pengangkut barang.

4.      Kerjaya William bermula di Australia apabila beliau menyertai pasukan ragbi Bulldog. Kemudiannya  beliau menyertai pasukan All Blacks di New Zealand. Selain dari menjadi pemain ragbi profesional New Zealand, Williams juga seorang peninju professional. Meskipun mengambil masa yang lama, Williams kini telahpun berjaya memenuhi impian untuk membelikan sebuah rumah yang selesa untuk ibunya.

                            VIDEO                                              
5.      Diberitakan Williams mendapat ilham memeluk Islam apabila beliau berjumpa dengan satu keluarga orang Tunisia yang tinggal dengan lima orang anak mereka di sebuah flat satu bilik di selatan Perancis. Walaupun hidup miskin mereka selalu bersyukur. Itulah tarikan kepada Williams. "I've become a true Muslim, it's giving me happiness. It's made me become content as a man, and helped me to grow. I've just got faith in it and it has definitely helped me become the man I am today." - Begitulah kata Williams dengan gembira setelah memeluk Islam pada tahun 2009. William berkahwin dengan Alana Raffie dalam bulan Ogos  2013 dan dikurniakan dengan 3 orang anak, iaitu Niall Williams, John Arthur Williams dan Denise Williams.

6. Ibu Williams iaitu Lee William juga telah memeluk Islam selepas dua minggu berlakunya kejadian tembakan rambang jemaah yang sedang menunggu solat Jumaat di Masjid Al Noor, Christchurch New Zealand pada 15 Mac 2019.  Turut memeluk Islam selepas kejadian itu ialah rakan sepasukan Williams, Ofa Tu'ungafasi.
 

                                                                                    Ofa Tu'ungafasi » allblacks.com
                                                                                          OFA TU'UNGAFASI


                                                        
7.      Williams mula mendapat perhatian orang ramai apabila beliau memberikan medal emas kemenangan beliau kepada seorang peminat, iaitu seorang budak lelaki yang menyerbu dan memeluk beliau selepas tamat perlawanan ragbi. Begitulah penghormatan beliau kepada seorang peminatnya. Saksikan video di bawah:


8.      Mengikut Williams, Muhammad Ali dan Malcolm X adalah dua insan yang mencorak hidupnya. Muhammad Ali lebih banyak memberi pengaruh kepadanya, bukan hanya kerana beliau seorang peninju ternama tapi juga kerana beliau memeluk Islam dan memperjuangkan apa yang beliau anuti.

9.      Alhamdulillhah.  Kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah memilih Williams untuk diberikan hidayah dan nur Islam.  Semoga lebih ramai lagi ahli sukan ternama dunia dan para selebriti dunia yang akan mengikuti jejak langkah Williams dalam mencari Nur Ilahi.

  Gambar Nik Aziz gambar lama - Timbalan MB Kelantan | Astro Awani
"Jika anak-anak kita akan menghadapi peperiksaan, kita akan berpesan kepadanya, jawab sebagaimana yang cikgu ajar. Jika betul, lulus. Jika salah jawabnya gagal. Di akhirat kelak, peperiksaan di hadapan Allah SWT nanti juga memerlukan kepada jawapan yang sama dengan cikgu ajar. Cikgu itu ialah Rasulullah SAW yang diutuskan oleh Allah SWT. Jawab seperti yang cikgu ajar, syurga balasannya. Gagal menjawab seperti yang diajar cikgu, nerakalah balasannya..."  ~ Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

No comments:

Post a Comment