SONNY BILL WILLIAMS |
1. Sesungguhnya hidayah atau nur Ilahi itu adalah milik mutlak
Allah SWT. Tidak ada manusia yang mampu
memberi hidayah kepada manusia lain hatta Rasulullah SAW sendiri. Hakikat ini
telah Allah tegaskan lebih 1,400 tahun lalu dalam firmanNya dalam surah Al-Qashah[Kesah-Kesah](28:56) yang
berbunyi:
“Sesungguhnya
kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi
Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih
mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk”.
2. Posting pada kali ini akan membicarakan seorang lagi insan yang
telah dipilih oleh Allah SWT untuk menemui hidayahNYA. Beliau ialah Sonny Bill Williams, seorang
warga negara New Zealand. Williams ialah seorang pemain ragbi New Zealand yang bertaraf superstar.
3. Williams dibesarkan dalam keluarga yang agak susah. Mendiami rumah kecil dan sempit yang terletak di pinggir bandar Mount Albert.
Rumah orang tuanya hanya ada 2 bilik. Satu bilik untuk beliau dan abang dan
bilik satu lagi untuk 2 adik beradik perempuannya. Ayah dan ibunya akan tidur
di ruang tamu. Kemiskinan hidup ini mendorong Williams untuk membelikan
ibu bapanya sebuah rumah yang selesa suatu hari nanti. Hasrat ini timbul
selepas beliau melihat bagaimana ibunya bekerja keras mencari wang. Pada waktu
itu beliau masih remaja dan bekerja sebagai buruh dan pengangkut barang.
4. Kerjaya William bermula di Australia apabila beliau menyertai
pasukan ragbi Bulldog. Kemudiannya beliau
menyertai pasukan All Blacks di New Zealand. Selain dari menjadi pemain ragbi
profesional New Zealand, Williams juga seorang peninju professional. Meskipun
mengambil masa yang lama, Williams kini telahpun berjaya memenuhi impian untuk
membelikan sebuah rumah yang selesa untuk ibunya.
VIDEO
5. Diberitakan Williams mendapat ilham memeluk Islam apabila
beliau berjumpa dengan satu keluarga orang Tunisia yang tinggal dengan lima orang
anak mereka di sebuah flat satu bilik di selatan Perancis. Walaupun hidup miskin mereka selalu bersyukur. Itulah tarikan kepada Williams. "I've become a true Muslim, it's giving me happiness. It's made me
become content as a man, and helped me to grow. I've just got faith in it and
it has definitely helped me become the man I am today." - Begitulah kata
Williams dengan gembira setelah memeluk Islam pada tahun 2009. William berkahwin dengan Alana
Raffie dalam bulan Ogos 2013 dan dikurniakan
dengan 3 orang anak, iaitu Niall Williams, John Arthur Williams dan Denise
Williams.
6. Ibu Williams iaitu Lee William juga telah memeluk Islam selepas dua minggu berlakunya kejadian tembakan rambang jemaah yang sedang menunggu solat Jumaat di Masjid Al Noor, Christchurch New Zealand pada 15 Mac 2019. Turut memeluk Islam selepas kejadian itu ialah rakan sepasukan Williams, Ofa Tu'ungafasi.
6. Ibu Williams iaitu Lee William juga telah memeluk Islam selepas dua minggu berlakunya kejadian tembakan rambang jemaah yang sedang menunggu solat Jumaat di Masjid Al Noor, Christchurch New Zealand pada 15 Mac 2019. Turut memeluk Islam selepas kejadian itu ialah rakan sepasukan Williams, Ofa Tu'ungafasi.
OFA TU'UNGAFASI
7. Williams mula mendapat perhatian orang ramai apabila beliau memberikan
medal emas kemenangan beliau kepada seorang peminat, iaitu seorang budak lelaki yang menyerbu dan memeluk
beliau selepas tamat perlawanan ragbi. Begitulah penghormatan beliau kepada seorang peminatnya. Saksikan video di bawah:
8. Mengikut Williams, Muhammad Ali dan Malcolm X adalah dua insan
yang mencorak hidupnya. Muhammad Ali lebih banyak memberi pengaruh kepadanya,
bukan hanya kerana beliau seorang peninju ternama tapi juga kerana beliau
memeluk Islam dan memperjuangkan apa yang beliau anuti.
9. Alhamdulillhah. Kita
memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah memilih Williams untuk
diberikan hidayah dan nur Islam. Semoga
lebih ramai lagi ahli sukan ternama dunia dan para selebriti dunia yang akan
mengikuti jejak langkah Williams dalam mencari Nur Ilahi.
"Jika anak-anak
kita akan menghadapi peperiksaan, kita akan berpesan kepadanya, jawab
sebagaimana yang cikgu ajar. Jika betul, lulus. Jika salah jawabnya gagal. Di
akhirat kelak, peperiksaan di hadapan Allah SWT nanti juga memerlukan kepada
jawapan yang sama dengan cikgu ajar. Cikgu itu ialah Rasulullah SAW yang
diutuskan oleh Allah SWT. Jawab seperti yang cikgu ajar, syurga balasannya.
Gagal menjawab seperti yang diajar cikgu, nerakalah balasannya..." ~ Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz
bin Nik Mat.