1. Pada hari
Jumaat ini, 24 April 2020 (1 Ramadhan 1441) umat Islam di Malaysia sekali lagi
akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan, iaitu bulan ke9 dalam kalendar Islam.
Bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan di sisi Allah SWT. Dalam bulan Ramadhan diwajibkan bagi setiap
orang Islam yang berkemampuan dan sudah memenuhi syarat wajib untuk berpuasa
dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.
2. Oleh kerana berkebetulan dengan wabak Covid 19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia maka terpaksalah umat Islam berpuasa dalam keadaan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan. Disamping itu terpaksalah juga mengerjakan solat sunat terawih di rumah masing masing. Ramadhan tahun ini jelas sekali akan mengurangkan kemeriahan sambutan bulan yang penuh dengan keberkatan ini.
3. Tanggung jawab berpuasa dalam bulan Ramadan ini telah diperintahkan oleh Allah SWT
dalam Surah Al-Baqarah[Lembu
Betina](2:183) yang berbunyi:
“Wahai
orang yang beriman!. Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”.
4. Berpuasa itu bukanlah hanya sekadar menahan diri untuk tidak makan dan minum
sahaja. Allah memerintahkan berpuasa agar umat Islam menjadi orang yang
bertaqwa. Apakah yang dimaksudkan dengan
taqwa. Taqwa adalah berkaitan dengan sifat kepatuhan seseorang terhadap perintah
Allah dan RasulNya, samada perintah itu berupa suruhan atau larangan. Ringkasnya
orang yang bertaqwa ialah orang yang menjunjung dan patuh kepada semua perintah
Allah.
5. Para ulama' Islam telah memberikan pandangan bahawa taqwa itu ialah menyucikan hati daripada dosa
sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri
daripada segala maksiat. Definisi taqwa mengikut Thalq Bin Habib Al’Anazi ialah
mengamalkan ketaatan kepada Allah dengan cahaya Allah (dalil), mengharap keampunan
Allah, meninggalkan maksiat dengan cahaya Allah (dalil), dan takut terhadap
azab Allah.
6. Menurut Imam Al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang
terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga maksud, iaitu:
6.1. Bermaksud takut, gerun atau ngeri.
6.2. Bermaksud taat.
6.3. Bermaksud menyucikan hati daripada dosa.
7. Imam Al-Ghazali membuat kesimpulan bahawa taqwa itu ialah
menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudarat kepada agama.
Bandingannya ialah berpantang bagi orang yang mengidap penyakit. Ada pun bertaqwa
pula ialah berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan
kepada agama.
8. Sesungguhnya terdapat banyak hikmah atau kebaikan dari amalan
berpuasa. Dalam posting ini aspek yang dipilih ialah bagaimana berpuasa boleh
menjadikan seseorang Islam bertambah keinsafannya terhadap pemberiaan Allah dan
seterusnya menjadikan kita lebih bersyukur kepadaNya. Walaupun kita memiliki harta kekayaan dan
mampu membeli makanan namun Allah melarang makan semasa berpuasa supaya kita dapat sama-sama
merasai lapar dan dahaganya orang yang tidak mampu membeli makanan/minuman
lantaran kemiskinan mereka.
Firman ini bermaksud “Maka nikmat Tuhammu yang manakah yang kamu
dustakan.” Firman ini pertama kali disebut pada ayat yang ke 13. Dalam surah ini Allah mengulangi firman ini sebanyak 31
kali. Kenapa Allah mengulanginya sebanyak 31 kali?. Ini sudah tentu
menandakan betapa pentingnya ayat tersebut. Pentingnya kita yang mengaku
beriman kepada Allah untuk sentiasa bersyukur kepada nikmat yang telah
Allah anugerahkan. Ingatlah orang yang tidak bersyukur kepada nikmat
Allah bermakna mereka telah kufur kepada nikmat Allah. Ini kerana
syukur lawannya kufur.
10. Kita hanya akan bersyukur kepada nikmat yang Allah SWT berikan jika kita sentiasa
melihat nasib orang lain yang jauh lebih susah dan dhaif dari kita. Tatapilah gambar-gambar di bawah semoga kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur kepada nikmat Allah SWT.
SELAMAT BERPUASA. SEMOGA IBADAT KITA TAHUN INI DITERIMA OLEH ALLAH SWT.
"Setiap orang di dunia ini adalah seperti seorang tetamu dan hartanya adalah pinjaman. Tetamu ini pasti akan pergi samada cepat atau lambat dan pinjaman itu haruslah dikembalikan kepada tuannya". ~ Mutiara Kata Ibnu Mas’ud
"Setiap orang di dunia ini adalah seperti seorang tetamu dan hartanya adalah pinjaman. Tetamu ini pasti akan pergi samada cepat atau lambat dan pinjaman itu haruslah dikembalikan kepada tuannya". ~ Mutiara Kata Ibnu Mas’ud
No comments:
Post a Comment