1. Tahukah kita keistimewaan penciptaan kawanan burung-burung oleh
Allah SWT. Burung-burung dicipta untuk
terbang berkumpulan dan bersaf-saf sambil mereka bertasbih kepada Allah SWT. Di
dalam Al-Quran Allah SWT berfirman dalam tiga surah menceritakan tentang
perkara ini. Firman-firman itu Allah
rakamkan dalam surah-surah berikut:
“Tidakkah
mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di
angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya
pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi
kaum yang beriman”. Petikan dari surah An-Nahl[Lebah](16:79).
“Tidakkah
engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa
bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta
burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui
(menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah
dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan”.
Petikan dari surah An-Nur[Cahaya](24:41)
“Patutkah
mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung
yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung
itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada
jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha
Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. Petikan
dari surah Al-Mulk [Kerajaan](67:19).
2. Allah memerintahkan kepada manusia supaya sentiasa bertasbih
kepadaNya. Dalam surah Al-Ahzab[Tentera Ahzab](33:41),
Allah berfirman yang berbunyi:
“Wahai
orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta
sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.”
(33:42)
“Dan
bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang”.
3. Subhanallah. Maha suci Allah yang maha mencipta. Makhluk yang tidak berakal seperti burung pun
sentiasa bertasbih dan membesarkan Allah SWT. Apakah mungkin kita manusia yang
dianugerahkan akal fikiran ini mengengkari nikmat-nikmat Allah dan enggan
bertasbih kepadaNya. Alangkah hinanya
kita berbanding dengan burung. Bukankah lebih baik kita menjadi binatang sahaja
jika malas dan enggan untuk bertasbih kepada Allah SWT.
“Wahai Tuhan,
janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai
Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan
(matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.” – Mutiara Kata Saidina Umar
Al-Khattab
No comments:
Post a Comment