1. Setiap manusia pastinya mengimpikan kebahagian dalam kehidupan
mereka masing-masing. Neraca untuk mengukur kebahagian itu berbeza antara seorang
dengan orang yang lain. Kebanyakan manusia meminati harta dan mereka akan
mengatakan harta dan kekayaan yang banyak itulah asas atau landasan kebahagian hidup. Lain pula halnya bagi orang-orang yang
beriman yang tidak memandang harta dunia sebagai tonggak kebahagian hidup.
2. Mari sama-sama kita lihat apakah pendapat dan pandangan salah
seorang sahabat Rasulullah, iaitu Abdullah bin Abbas (Ibnu Abbas) yang amat
terkenal tentang kebahagian hidup. Katanya ada tujuh petanda
kebahagian hidup di dunia, iaitu:
2.1. Qalbun syakirun, iaitu memiliki hati yang selalu
bersyukur kepada Allah SWT. Betapa ramai orang yang Allah kurniakan kekayaan
tetapi mereka tidak bersyukur kepada Allah.
2.2. Al-Azwaju shalihah, iaitu memiliki pasangan
hidup yang soleh dan solehah. Tidak sedikit orang yang ditakdirkan memiliki
pasangan yang malas untuk beribadat dan selalu membuat maksiat.
2.3. Al-auladun abrar, iaitu memiliki anak-anak
yang soleh.
2.4. Albiatu sholihah, iaitu hidup dalam suasana
yang amat kondusif untuk iman kita
seperti kemudahan untuk beribadat. Tiada
gangguan anak atau cucu-cucu untuk beribadat. Rumah dekat dengan masjid atau
surau untuk berjemaah. Jiran-jiran yang
terdiri dari kaki masjid.
2.5. Al malul, iaitu memilki harta yang halal di
sisi Allah SWT. Ramai manusia hari ini
tidak lagi memikirkan punca kekayaan samada halal atau haram. Yang diutamakan hanyalah banyak dan senang semata mata.
2.6. Tafakur fi diin, iaitu semangat atau kemahuan
untuk memahami agama.
2.7. Umur yang berkat, iaitu umur yang dihabiskan
untuk beribadat dan mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT. Semakin tua
seseorang itu mereka menjadi semakin soleh.
3. Siapakah Ibnu Abbas?.
Secara ringkasnya Abdullah bin Abbas (Ibnu Abbas) ialah anak Abbas bin
Abdul Muttalib bin Hasyim, iaitu bapa saudara Rasulullah. Hubungannya dengan Rasulullah ialah
sepupu. Beliau lahir tiga tahun sebelum hijrah Rasulullah ke
Medinah. Rasulullah pernah mendoakan untuknya yang bermaksud "Ya Allah berilah dia pengertian dalam
bidang agama dan berilah dia pengetahuan takwil (tafsir)". Allah telah
memakbulkan doa Rasulullah ini sehinga Ibnu Abbas menjadi seorang sahabat yang
mempunyai kedudukan yang sangat tinggi sehingga digelar salah seorang ilmuan
Islam terkenal dalam bidang fiqh, tafsir, bahasa arab, sya'ir, fara'id dan
sejarah. Selama 30 tahun lamanya beliau akan dicari sesudah Abdullah bin Mas’ud
untuk di minta fatwa penting tentang perkara-perkara agama.
4. Tentang Ibnu Abbas ini, Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah berkata: "Tak pernah aku melihat seseorang yang lebih mengerti dari pada Ibnu
Abbas tentang ilmu hadis Rasulullah SAW serta keputusan-keputusan yang dibuat oleh khalifah-khalifah Abu Bakar, Umar dan Usman". Beliau adalah sahabat
kelima yang banyak meriwayatkan hadis sesudah Sayyidatina Aisyah.
5. Di akhir hidupnya Ibnu Abbas menjalani kehidupan sebagai seorang
yang buta penglihatannya. Beliau menetap di Taif, Arab Saudi sehingga akhir hayatnya. Wafat pada tahun 68 Hijrah. ALFATIHAH.
MAKAM IBNU ABBAS DI TAIF |
“Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang
dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti”. –
Mutiara Kata Saidina Ali bin Abi Thalib
Sebahagian kandungan dipetik
dari grup watsap MPKM
No comments:
Post a Comment