PENGEMBUMIAN MAYAT IKUT SYARIAT AGAMA ISLAM |
1. Di dalam surah Al-Maidah, Allah menceritakan tentang kesah pembunuhan
pertama manusia dalam dunia ini yang melibatkan anak Nabi Adam iaitu Habil dan
Qabil. Qabil telah membunuh Habil. Selepas
Habil dibunuh, Qabil tidak tahu apa yang perlu dilakukan kepada mayat adiknya
Habil. Lalu Allah mengutuskan seekor
burung gagak dengan berfirman yang berbunyi:
“Kemudian
Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi
supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya.
(Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku,
aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan
mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang
menyesal.” {Petikan dari surah Al-Maidah[Hidangan](5:31)}.
2. Dalam kepercayaan dan ajaran agama di dunia ini terdapat beberapa cara mayat diuruskan. Bagi agama Islam mayat mesti dikembumikan
seperti yang telah disyariatkan kepada anak nabi Adam dan diikuti hingga
kini. Dalam agama Hindu, mayat perlu dibakar. Ada juga mayat yang dibiarkan busuk dan reput
di atas bukit atau dibiarkan dimakan oleh binatang buas.
3. Satu pertanyaan telah diajukan kepada Dr.Zakir Naik oleh Harsh
Wagella, seorang mahasiswa dari Saboo Siddique.
Beliau bertanya setelah manusia mati, apakah mayat perlu dikembumikan
atau dibakar?.
4. Dr. Zakir menjawab berpandukan analisis secara ilmiah seperti
berikut:
4.1. Elemen yang ada dalam badan manusia adalah
berasal dari tanah, samada dalam jumlah kecil ataupun besar. Oleh kerana manusia dicipta dari tanah, logiknya
manusia perlu kembali kepada tanah.
Sila layari
artikel di atas yang diterbitkan pada 4.4.2015 yang bertajuk “BUKTI SAINTIFIK
MANUSIA DICIPTA DARI TANAH”. Ikuti penemuan saintifik yang membuktikan manusia dicipta dari tanah.
4.2. Jika kita membakar mayat maka akan ada pencemaran
yang sudah tentu ada bahaya terhadap alam sekitar. Sedangkan apabila kita menanam
mayat, maka tidak akan ada risiko pencemaran atau bahaya kepada alam sekitar.
4.3. Faktanya, tempat di mana kita menanam mayat,
tanah di sekelilingnya menjadi lebih subur.
4.4. Kos mengembumikan mayat lebih murah. Kita
tidak memerlukan banyak wang. Bumi boleh didapati di mana-mana untuk dijadikan
kubur. Tapi untuk membakar mayat kita memerlukan bertan-tan kayu. Oleh kerana
itu, jika kamu melihat statistik, setiap tahun kerajaan kita (India) kehilangan
berjuta-juta rupee kerana mereka membakar kayu.
4.5. Berdasarkan fakta-fakta di atas maka jelaslah
bahawa adalah lebih logik dan saintifik mengembumikan mayat berbanding
membakarnya.
Sebahagian
kandungan dipetik dari detik islam
"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku
bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu. Oleh itu berilah pertolongan kepadaku. Kalau
aku bertindak betul maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng dan tersilap
maka betulkan aku". Mutiara Kata Saidina Abu Bakar Assiddiq
No comments:
Post a Comment