“Lalu
dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur; di
dalam kebun-kebun itu kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari
buah-buahan itu kamu makan” {Petikan dari surah Al-Mukminun[Orang Mukmin](23:19)}
1. Air nabez adalah air rendaman (infused water) samaada menggunakan buah kurma atau
kismis (raisins). Kurma atau kismis perlu di rendam dalam air masak semalaman dalam bekas
yang bertutup dan diminum keesokan paginya.
2. Tahukah kita bahawa air nabez adalah minuman kegemaran Rasulullah
SAW. Rasulullah merendam beberapa biji kurma di dalam air masak yang telah
sejuk dalam bekas bertutup selama 12 jam. Airnya diminum dan buah kurma yang sudah
lembut isinya dimakan.
3. Cara-cara membuat air nabez:
3.1. Rendamlah beberapa biji kurma (sebaiknya
dalam bilangan ganjil) ke dalam air masak di dalam segelas air. Sebaiknya ia
disediakan pada waktu petang menjelang malam. Pastikan gelas rendaman kurma
tersebut tertutup rapat. Keesokkan paginya selepas 8-12 jam direndam barulah
air rendamannya boleh diminum. Sebaliknya jika ingin meminum air nabez di
waktu malam, buatlah rendaman kurma di waktu pagi (lebih kurang antara 8 hingga
12 jam masa rendaman).
3.2. Kurma yang baik digunakan untuk membuat air nabez
adalah kurma ajwa. Bagaimanapun jika kurma ajwa tidak ada jenis-jenis kurma
lain pun boleh.
3.3. Sebaik-baiknya hanya menggunakan satu jenis
buah kurma sahaja.
4. Air nabez yang disimpan dalam peti sejuk boleh bertahan 1 hingga 2 hari. Tetapi dilarang meminum air
rendaman kurma / kismis yang sudah melebihi 3 hari kerana dikhuatiri ia sudah
melalui proses fermentasi yang boleh menjadikan air rendaman kurma tersebut
menjadi arak.
5. Dikatakan air nabez (infused
water) mulai popular di Barat. Orang barat baru menyedari khasiat infuse water yang
dipopularkan oleh Rasulullah ini.
6. Apakah pula khasiat air nabez:
6.1. Pemberi & pemulih tenaga. Inilah sebab mengapa kita disunatkan untuk
memakan buah kurma ketika berbuka puasa.
6.2.
Tinggi kandungan fiber. Ia mampu menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul
di dalam badan. Sangat baik untuk menghilangkan sembelit.
6.3.
Mempunyai zat besi yang banyak.
6.4.
Kaya dengan pottassium yang penting dalam menjaga jantung & menstabilkan
tekanan darah.
6.5. Ia adalah minuman beralkali yang mampu menolong
membuang kelebihan asam dalam perut dan memulihkan sistem pencernaan badan.
Juga membantu badan untuk menyingkirkan toksin yang berbahaya di dalam badan. Dalam
kata lain ia berguna sebagai bahan detox.
6.6. Oleh kerana ia tinggi kadar fibernya maka ia mampu membantu proses
pencernaan.
7. Air nabez adalah salah satu dari minuman sunah Rasulullah SAW. Sama-samalah kita beramal dengan minuman
sunah ini. Paling tidak pun kita memperolehi
pahala kerana mengikut sunah Rasulullah SAW, terutamanya bersempena dengan bulan Ramadan ini. Alangkah baiknya jika ia dijadikan sebagai minuman ketika berbuka puasa.
“Orang yang
menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang
tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi
manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya.”
~~ Mutiara Kata Imam Syafie Rahimahullah
No comments:
Post a Comment