1. Adalah menjadi perkara biasa bagi kita samada orang Islam atau
tidak, mendengar kokokan ayam jantan terutamanya menjelang awal pagi. Kita selalu mengatakan kokokan itu menandakan hari telah pagi atau
fajar akan menyingsing. Tetapi tahukan
kita bahawa lebih dari 1,400 tahun lalu Rasulullah SAW telah bersabda tentang
kokokan ayam jantan yang bermaksud:
“Bila
engkau mendengar suara ayam jantan maka mintalah kurnia daripada Allah kerana ia
melihat malaikat, sedangkan bila engkau mendengar rengekan keldai, maka berlindunglah
kepada Allah dari syaitan kerana ia melihat syaitan.”
(Hadis Riwayat Bukhari).
2. Ayam jantan ialah binatang ternakan jinak yang banyak
dipelihara orang. Selain dari bulunya
yang cantik, ia juga akan berkokok bersahut sahutan dengan suara yang merdu
terutamanya menjelang awal pagi.
3. Persoalannya ialah apakah sabda Rasulullah berkaitan kokokan
ayam jantan di atas benar?. Apakah ada
bukti secara imiah untuk membenarkan sabda Rasulullah tersebut. Ternyata ia suatu kebenaran. Sebuah
kajian yang dimuatkan dalam jurnal Public
Library of Science ONE tahun 2010 menemukan bahawa ayam memiliki kerucut
retina tambahan pada matanya jika dibandingkan dengan manusia. Dengan itu ayam mampu membezakan warna
tambahan yang dilihatnya.
DR.CORBO |
4. Seorang saintis, Dr Joseph C. Corbo dari Washington
University School of Medicine di St Louis mengatakan kemampuan untuk
melihat warna berasal dari sel cahaya khusus yang ditemui di retina mata.
Sel-sel ini disebut kerucut. Manusia memiliki tiga jenis kerucut yang
memungkinkan untuk melihat warna merah, hijau dan biru. Tapi ayam memiliki
kerucut tambahan untuk melihat violet dan sinar ultraviolet. Selain dari itu, kerucut
pada mata ayam ini didapati secara merata di seluruh retinanya. Dengan itu ia meningkatkan kemampuan ayam
untuk melihat warna yang tidak mampu dilihat manusia.
5. Penemuan ini mengesahkan kebenaran sabda Rasulullah SAW di atas. Umat Islam semuanya pasti menyakini ajaran
Islam bahawa malaikat diciptakan Allah dari cahaya. Mungkin cahaya itu ialah
dari sinar ultraviolet.
6. Penemuan ini boleh menjadi satu rumusan bahawa kokokan ayam jantan
di waktu pagi bukanlah kerana hari mahu siang atau fajar sedang menyinsing. Sebaliknya kerana ia melihat cahaya yang terpancar dari malaikat-malaikat
Allah SWT yang sedang sibuk membahagikan rezeki dari Allah kepada makhluk-makhlukNya.
“Sesiapa yang
memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka
sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati
secara terang maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya. Dan bila tidak
berguna nasihat secara sembunyi , maka minta tolonglah orang-orang yang baik
untuk mencegahnya dari perbuatan maksiat. Maka jika tidak dikerjakan yang
demikian, pasti perbuatan maksiat itu akan menjalar dan bermaharajalela sehingga
menghancurkan semua.” ~~ Mutiara Kata Abu Dardaa’ r.a
Sebahagian maklumat dipetik
dari www.infounik.com
No comments:
Post a Comment