1. Bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan datang
lagi. Bagi tahun ini umat Islam di
Malaysia akan menunaikan fardhu puasa dari 27 Mei 2017 hingga 24 Jun 2017.
Ramadan adalah bulan yang sangat-sangat dinantikan oleh seluruh umat Islam di
dunia. Bukan hanya kerana ingin mencari
kelebihan malam Lailatul Qadar tetapi juga kerana makbulnya doa kita dalam bulan
tersebut. Justeru perbanyakkanlah berdoa dalam bulan ini.
2. Dalam surah Al-Baqarah[Lembu
Betina](2:186), Allah SWT berfirman yang berbunyi:
“Dan
apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada
mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku
perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka
hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah
mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul".
3. Ibnu Katsir rahimahullah menerangkan bahawa firman ini
berkaitan juga dengan puasa. Ia menunjukkan mengenai anjuran memperbanyakkan doa
ketika bulan itu sempurna, bahkan diperintahkan memperbanyak doa tersebut di
setiap kali berbuka puasa. (Tafsir Al-Qur'an Al-'Azhim, 2: 66). Kenyataan ini
menunjukkan bahawa bulan Ramadan adalah salah waktu makbulnya doa. Namun doa
itu mudah dikabulkan jika seseorang mempunyai keimanan yang benar.
4. Ibnu Taimiyah berkata, "Terkabulnya doa itu kerana
benarnya iktiqad, kesempurnaan ketaatan kerana di akhir ayat disebutkan, 'dan
hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam
kebenaran," (Majmu'ah Al Fatawa, 14: 33-34).
5. Perihal Ramadan adalah bulan doa dikuatkan lagi dengan hadis
dari Jabir bin 'Abdillah radhiyallahu' anhu, Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:
"Sesungguhnya
Allah membebaskan beberapa orang dari api neraka pada setiap hari di bulan
Ramadan, dan setiap orang Islam apabila dia memanjatkan doa, akan
dikabulkan," (Hadis Riwayat. Al Bazaar. Al Haitsami dalam
Majma 'Az-Zawaid, 10:14 mengatakan bahawa perowinya tsiqoh-terpercaya-. Lihat
Jami'ul Ahadits, 9: 224).
6. Sekurang-kurangnya ada tujuh waktu makbul atau mustajabnya doa dalam bulan Ramadan, iaitu;
6.1. Waktu
Sahur
Dari
Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Rabb kita tabaraka wa ta'ala turun
ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir. Lantas Allah
berfirman, "Siapa saja yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan.
Siapa yang meminta kepada-Ku, maka Aku beri. Siapa yang meminta ampunan
kepada-Ku, maka akan Aku ampuni, "(Hadis Riwayatr
Bukhari, no. 1145 dan Muslim, no. 758). Ibnu Hajar juga menjelaskan hadis di
atas dengan berkata, "Doa dan istighfar di waktu sahur mudah
dikabulkan." (Fath Al-Bari, 3: 32).
6.2. Sebelum mandi waktu subuh
6.3. Selepas setiap solat 5 waktu
6.4. Selepas masuk waktu maghrib
6.5. Ketika berada dalam majlis-majlis ilmu agama
6.6. Masa antara satu solat terawih dengan solat terawih
Bagi kita di Malaysia, adalah menjadi kebiasaan imam solat terawih akan membacakan doa setiap kali selesai solat terawih.
6.2. Sebelum mandi waktu subuh
6.3. Selepas setiap solat 5 waktu
6.4. Selepas masuk waktu maghrib
6.5. Ketika berada dalam majlis-majlis ilmu agama
6.6. Masa antara satu solat terawih dengan solat terawih
Bagi kita di Malaysia, adalah menjadi kebiasaan imam solat terawih akan membacakan doa setiap kali selesai solat terawih.
6.7. Ketika berbuka puasa
Alangkah indah dan nikmatnya berbuka puasa
di Masjid Nabawi, Madinah
di Masjid Nabawi, Madinah
Dari
Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, katanya Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud:
bersabda yang bermaksud:
"Ada tiga orang yang doanya tidak
ditolak: (1) Pemimpin yang adil, (2) Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka,
(3) Doa orang yang dizalimi," (Hadis Riwayat Tirmidzi no.
2526, 3598 dan Ibnu Majah no. 1752. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa
hadis ini hasan). Dalam Tuhfah Al-Ahwadzi (7:278) disebutkan bahawa kenapa doa
mudah dikabulkan ketika berbuka puasa kerana pada masa itu, orang yang berpuasa
telah menyelesaikan ibadahnya dalam keadaan tunduk dan merendahkan diri kepada Allah SWT.
Imam Nawawi rahimahullah berkata, "Disunatkan orang yang berpuasa untuk memperbanyakkan doa bagi urusan akhirat dan dunianya, juga ia boleh berdoa untuk hajat yang ia inginkan, begitu pula jangan lupakan doa kebaikan untuk kaum muslimin secara umum," (Al -Majmu ', 6: 273).
Imam Nawawi rahimahullah berkata, "Disunatkan orang yang berpuasa untuk memperbanyakkan doa bagi urusan akhirat dan dunianya, juga ia boleh berdoa untuk hajat yang ia inginkan, begitu pula jangan lupakan doa kebaikan untuk kaum muslimin secara umum," (Al -Majmu ', 6: 273).
7. Justeru, ketika puasa ini masih berbaki 15 hari lagi, sama-samalah kita memperbanyakkan doa kita kepada Allah SWT. Semoga Allah memakbulkan doa-doa kita semua dan menerima segala amalan baik yang kita kerjakan selama ini. Aamiin.
Orang-orang yang
suka berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, cinta, dan rasa hormat. –
Mutiara Kata Saidina Ali bin Abi Thalib
Sebahagian kandungan dipetik dari
detikislam.blogspot dan ceramah Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani
alhamdulillah...moga2 doa kita diterima olehNya...
ReplyDelete