“Al-Quran
tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam. Dan demi
sesungguhnya, kamu akan mengetahui kabenaran perkara-perkara yang
diterangkannya tidak lama lagi.”{Petikan
dari surah Sad (38:87-88)}.
1. Rasulullah SAW telah meninggalkan kita, umatnya lebih dari
1,400 tahun yang lalu. Ia adalah satu
jangka masa yang tersangat lama. Salah satu dari sabda Rasulullah lebih dari
1,400 tahun lampau yang telah menjadi kenyataan pada hari ini ialah tentang
tanda-tanda akan berlakunya hari kiamat. Antaranya Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Hari
kiamat tidak akan terjadi sehingga tanah Arab kembali menjadi padang rumput dan
sungai." (Hadis Riwayat Muslim).
3. Dalam hadis ini, Rasulullah bersabda "sehingga tanah Arab" maksudnya tanah jazirah Arab. Adapun makna sabda Rasulullah SAW "kembali" ialah bahawa dahulu kala tanah Arab dipenuhi oleh rumput dan ladang dan nanti ia akan kembali seperti keadaan asalnya. Tatkala sabda Rasululah SAW ini diucapkan pastinya para sahabat baginda tidak dapat membayangkan bagaimanakah keadaannya pada masa itu. Namun demikian apa yang mereka pasti ialah apa juga sabda Rasulullah SAW wajib akan berlaku. Ini kerana Rasulullah tidak bercakap mengikut nafsu atau kemahuannya. Allah SWT yang memberi hidayah kepadanya untuk bercakap tentang sesuatu perkara.
4. Apa yang pernah diucapkan oleh Rasulullah itu kini telah
menjadi kenyataan. Berkat kemajuan teknologi dan ketinggian ilmu geologi, ahli
geologi telah mengesahkan bahawa sebahagian dataran Arab pada masa dahulu
adalah tanah yang subur untuk pertanian dan ladang. Dahulu tanah Arab sangat
subur dan bukan padang pasir yang tandus. Namun demikian akibat dari perubahan
iklim menyebabkan kekeringan air dan kesannya terhasillah padang pasir yang
tandus. Di antara buktinya adalah penemuan saintis dalam bidang geologi. Salah
seorang darinya ialah Professor Alfred Kroner.
Beliau ialah seorang pakar geologi terkemuka dunia dari Jabatan Ilmu
Bumi Institut Geosciences, Universiti Johannes Gutenburg, Mainz, Jerman. Beliau
pernah berkata: “Jika anda menggali tanah
di jazirah Arab maka anda akan menemui peninggalan-peninggalan yang menunjukkan
bahawa dulunya tanah Arab pernah menjadi daerah yang subur. Buktinya sangat
banyak. Di antaranya adalah peninggalan-peninggalan yang ditemui di bawah permukaan
batu.”
KAWASAN SEKITAR PADANG ARAFAH KINI
5. Kebenaran sabda Rasulullah ini telah disokong dengan berlakunya fenomena luar biasa, iaitu turunnya salji di Jazirah Arab. Sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan. Contohnya pada tahun 2009 dan 2012. Pada bulan Januari dan Disember 2013 sudah dua kali berlakunya kejadian salji turun di Arab Saudi. Bulan Januari berlaku di Tabuk, sebuah kota yang lebih kurang 1,500 km dari Riyadh. Salji turut turun di Jerusalem Palestin. Di Syria juga terjadi salji turun pada tahun 2013.
6. Berdasarkan sabda Rasulullah SAW di atas jelas membuktikan
bahawa sesungguhnya ramalan Rasulullah tentang suburnya bumi jazirah Arab itu
datangnya dari Allah SWT pencipta alam semesta.
Adalah mustahil bagi Rasulullah SAW untuk mengetahui perkara yang akan
berlaku lebih 1,000 tahun selepasnya.
Tambahan pula Rasulullah itu sendiri seorang ummi yang tidak boleh
membaca dan menulis. Jauh sekali dari memiliki peralatan atau teknologi untuk
membuat ramalan masa depan. Jelaslah
bahawa Rasulullah itu adalah pesuruh Allah SWT, tuhan semesta alam yang wajib
diyakini oleh semua manusia di atas muka bumi ini.
“Tidak ada kebaikan
ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami
dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.” – Mutiara
kata Sayidina Ali Karamallahu Wajhah