1. Alhamdulillah kita baru saja selesai menunaikan ibadat puasa
Ramadan dengan jayanya. Semoga Allah SWT menerima segala ibadat kita sepanjang
bulan Ramadan samada yang wajib mahupun
yang sunat. Dengan menjelmanya bulan Syawal, selain dari merayakan Eidul Fitri,
umat Islam juga digalakkan menunaikan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ini kerana ia mempunyai banyak kelebihannya.
2. Banyak persoalan yang ditimbulkan berkenaaan dengan hukum qada’
puasa Ramadan yang dibuat bersekali dengan puasa 6 hari bulan Syawal. Penjelasan di bawah ini cuba menjawab
persoalan ini:
2.1. Kelebihan Puasa
Enam:
Terdapat
hadis yang membuktikan kelebihan puasa enam.
Antaranya ialah:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudiannya
diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka seolah-olah dia
berpuasa selama setahun” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud,
Termizi, Nasaie, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain, Imam Termizi kata hadis ini bertaraf Hassan.
Ini
bermakna maksud puasa Ramadan itu ialah setiap satu hari, ganjaran
pahalanya bersamaan dengan 10 hari.
Justeru, jika ditambah dengan puasa enam hari Syawal maka jadilah ia 360
hari. Itulah tafsiran sebahagian ulama.
2.2. Apakah hukum puasa qada’ Ramadan yang dibuat bersekali dengan puasa sunat bulan Syawal?. Dalam
hal ini, para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:
2.2.1. PERTAMA - SAH
Hukumnya
sah dan terjadi kepada kedua-duanya, iaitu puasa qada’ Ramadan dan sunat Syawal.
Inilah
pendapat Imam Ibnu Hajar al-Haitami Syeikh Muhammad Ramli. Lihat al-Nihayah
(1/162) dan juga Fatawa al-Ramli (2/339).
Imam
al-Barizi. Lihat al-Ashfah wa al-Nazhair
(1/161).
Sheikul
Islam Syeikh Zakaria al-Ansari dalam Haasyiah al-Syarqawi ala al-Tahrir
(1/427). Inilah juga pendapat kebanyakan
ulama mutakhirin.
2.2.2. KEDUA - TIDAK SAH
Tidah
sah, tetapi terhasil yang fardhu sahaja, iaitu puasa Qada’ Ramadan dan tidak
kepada puasa sunat Syawal.
Inilah
pendapat Imam Al-Asnawi, Syeikh ibn al-Solah, Abu Makhramah. Lihat Bughiah al-Mustarsyidin (3/95-96). Hujah mereka tidak boleh tasyrik atau
sekutukan dua jenis ibadah dalam satu ibadah.
2.2.3. TARJIH
Setelah
meneliti dua hujah di atas, kami lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya,
iaitu ia sah. Ini kerana kedua-duanya merupakan ibadah yang sama tetapi dengan dua
niat. Ini juga pendapat sebahagian ulama berdasarkan pengamatan kepada beberapa
nas.
Walaupun begitu yang terbaiknya adalah memisahkan antara qada’ puasa Ramadan dengan puasa enam Syawal untuk keluar dari khilaf tersebut.
Walaupun begitu yang terbaiknya adalah memisahkan antara qada’ puasa Ramadan dengan puasa enam Syawal untuk keluar dari khilaf tersebut.
Imam
Ibnu Hajar menggunakan bahasa dengan katanya terhasil asal pahala tetapi bukan
dalam bentuk sempurnanya jika ia berniat untuk kedua-duanya (niat qada Ramadan dan
sunat Syawal). Lihat al-Tuhfah (3/390).
3. Semoga dengan penjelasan ini ia akan memberi sedikit kefahaman kepada kita berkenaan dengan isu puasa qada’ Ramadan dan puasa enam hari bulan Syawal.
Sekian, Akhukum fillah
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad
al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
Kandungan dipetik dari grup watsap MPKM
No comments:
Post a Comment