2. Fakta-fakta di bawah ini akan menjawab persoalan apakah agama
Islam disebarkan dengan kekerasan:
2.1. Islam itu sendiri bermakna damai. Perkataan Islam
datang dari kata dasar – سلام – ‘salaam’ yang bermakna
damai. Ia juga bermaksud penyerahan diri
seseorang kepada Allah SWT. Oleh itu Islam adalah agama perdamaian di
mana perdamaian memerlukan penyerahan keredaan seseorang terhadap ketentuan Pencipta,
iaitu Allah SWT.
2.2. Mesir telah diperintah oleh Islam pada
peringkat awal pengembangan Islam, lebih kurang 1400 tahun lampau. Walaupun
hari ini Mesir adalah negara majoriti umat Islam dengan penduduknya melebihi 80
juta orang namun lebih dari 8 juta orang adalah orang Kristian Koptik, iaitu
satu agama yang telah wujud di Mesir semenjak sebelum kedatangan Islam lagi.
Jika Islam memaksa mereka menganut Islam atau dibunuh, dari manakah datangnya
lebih 8 juta orang Kristian Koptik itu?. Selain dari itu masih terdapat
golongan minoriti penganut agama Kristian di negara negara umat Islam seperti
di Lebanon, Syria, Jordan, Palestin dan Iraq.
2.3. Kita lihat pula sejarah di benua kecil
India. Di Negara India,
pemimpin-peminpin beragama Islam telah memerintah India selama melebihi 700
tahun, iaitu dari tahun 1000 Masihi hingga tahun 1756 Masihi. Ia melibatkan beberapa buah dinasti seperti
Khilji, Tughluq, Sayyid, Lodi dan Mongul. Selepas Islam memeritah lebih dari
700 tahun, apakah yang terjadi kepada orang beragama Hindu India hari
ini?. Apakah mereka masih wujud lagi di
sana?. Jika Islam disebarkan dengan
kekerasan sudah pasti semua orang India beragama Hindu telah menjadi Islam
secara paksaan. Tetapi apakah realiti
yang dapat dilihat hari ini?. Lebih dari
80% penduduk India hari ini beragama Hindu. Bukankah ini menjadi satu bukti
nyata bahawa Islam tidak disebarkan dengan kekerasan?.
2.4. Islam
telah mula memerintah Sepanyol (Andalusia) mulai tahun 711 melalui satu gerakan
tentera Islam yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad. Beliau telah menerima
perintah dari Gabenor Mesir, Musa bin Nasir supaya menakluki Sepanyol. Kerajaan
Islam Sepanyol kemudiannya tumbang pada tahun 1492. Islam telah berjaya
memerintah Sepanyol selama 781 tahun. Sepanyol telah menjadi pusat
peradaban Islam selain Baghdad dan Mesir. Sejarah telah merakamkan selama
hampir 800 tahun memerintah, pemerintah Islam tidak bertindak kejam dan kasar
kepada penganut agama lain. Malah orang
Yahudi Sepanyol berlindung di bawah kerajaan Islam. Tidak ada pedang yang
digunakan untuk memaksa orang Kristian Sepanyol memeluk Islam. Apabila
pemerintah Islam mula meninggalkan ajaran Islam, kerajaan Islam Sepanyol telah
dijatuhkan, lalu naiklah kembali kerajaan Kristian Sepanyol. Orang Islam telah
diusir dari Sepanyol, masjid telah ditutup dan tidak kedengaran lagi seruan
azan.
2.5. Orang Islam pernah memerintah sebahagian
negara di Eropah Timur berabad lamanya. Namun pada hari ini, orang Islam adalah
merupakan golongan minoriti di Eropah Timur yang kebanyakannya di negara negara
Bosnia, Albania dan Kosovo.
2.6. Malaysia dan Indonesia adalah dua buah negara
Asia Tenggara yang paling ramai orang Islam.
Tanyalah soalan, dari manakah datangnya tentera Islam untuk mengislamkan
penduduk dua buah negara ini secara kekerasan. Hakikat sebenarnya
ialah Islam berkembang di dua buah negara ini melalui perhubungan dagang dengan
peniaga dan saudagar Islam dari India atau negara Arab.
2.7. Begitulah juga keadaannya dengan negara-negara
di bahagian pantai timur Afrika. Islam sangat pesat berkembang di sana. Jika
Islam disebarkan dengan pedang, tentera Islam dari negara manakah yang telah
berjaya mengislamkan mereka.
DR. O'LEARY |
2.8. Seorang ahli sejarah British yang terkenal
ialah mendiang Dr. De Lacy O’Leary. Beliau lahir di Devon, Britain pada
3.10.1872 dan mati pada tahun 1957 di Weston-super-Mare, Britain. Semasa
hayatnya beliau pernah memberi ceramahnya di Universiti Bristol dan menulis
banyak buku tentang sejarah awal bangsa Arab.
Jawaban terbaik tentang salah persepsi bahawa Islam disebarkan dengan
pedang telah diberikan oleh beliau dalam buku karangannya bertajuk “Islam
At The Cross Road”. Buku itu dikarang pada tahun 1923. Pada muka surat
8 buku tersebut beliau menyebut: “Bagaimanapun
sejarah menjelaskannya, bahawa lagenda tentang muslim fanatik menyapu dunia dan
memperjuangkan Islam menggunakan mata
pedang menakluki pelbagai bangsa adalah salah satu mitos keanehan yang
kerap diulang dari para sejarawan”.
2.9. Islam dengan tegas menjelaskan bahawa tiada
paksaan dalam beragama. Jika pun ada
orang Islam memiliki pedang, mereka tidak dapat menggunakannya untuk
menyebarkan Islam kerana adanya larangan dari Allah SWT seperti firmanNYA dalam
surah Al-Baqarah[Lembu Betina](2:256)
yang berbunyi:
“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam),
kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu,
sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka
sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang
tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
2.10. Jika pun ada
pedang yang digunakan untuk menyebarkan Islam, pedang tersebut tidak
diperbuat dari besi melainkan pedang intelektual, pedang kecerdikan dan
kecerdasan. Pedang inilah yang telah berjaya menakluki hati dan pemikiran
manusia. Pedang yang datangnya dari Allah SWT seperti dalam firmanNYA dalam
surah An-Nahl[Lebah](16:125) yang
berbunyi:
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad)
dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah
dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;
sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat
dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang
mendapat hidayah petunjuk.
(Hikmah
ialah perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang haq dan
batil).
3. Kini agama Islam telah menjadi agama yang paling pesat
berkembang di dunia, terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah. Di manakah
pedang yang memaksa manusia untuk berbondong-bondong memeluk Islam di kedua dua
tempat tersebut?.
DR. PEARSON |
4. Apa yang pernah diucapkan oleh Dr. Joseph Adam Pearson adalah
sangat menarik perhatian ramai. Beliau pernah mendapat pendidikan di Arizona State University, Amerika Syarikat. Beliau
ialah pendidik di kolej dan universiti lebih dari 40 tahun. Selain itu
pernah menjadi Presiden dan Chief
Executive Officer di Institut Christ Evangelical Bible (CEBI) lebih dari 20
tahun. Apa kata beliau: “Orang yang
bimbangkan senjata nuklear suatu hari nanti jatuh ke tangan masyarakat Arab,
maka sesungguhnya mereka terlambat menyedari bahawa bom Islam telahpun meledak
di hari di mana Muhammad dilahirkan”.
5. Jelaslah bahawa adalah satu metos jika ada sesiapa yang
mengatakan bahawa Islam dikembangkan secara paksaan. Metos ini sengaja disebarkan oleh orang yang
ada kepentingan samada untuk tujuan politik, agama ataupun ekonomi.
“Allah SWT telah
menggariskan segala peraturan untuk kita patuhi di dunia dan ganjarannya hanya
akan diberikan di akhirat hanya jika peraturan itu dipatuhi. Sebagaimana kita mengupah tukang rumah untuk
bina rumah, kita sudah sediakan pelan seperti yang kita kehendaki. Jika tukang rumah tidak buat seperti pelan
yang kita sediakan, kita tidak akan bayar upahnya. Begitulah juga dengan Allah
SWT. Bagaimana Allah hendak ‘bayar’ kita
dengan ganjaran jika kita tidak patuh kepada pelan Allah SWT.” ~ Mutiara Kata
Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
hakikatnya muslim di mata dunia sedikit sebanyak menggunakan kekarasan untuk memperluaskn ajarannya,,,itu adalh kenyataan...
ReplyDeleteBenarkah Islam Masuk ke Indonesia secara Damai ????
ReplyDeleteKtika di skolh dasar dulu kita mndapat pljaran Sejrah yg mngatakan Islam Msuk ke Indnsia dgn jalan DAMAI,melalui perdagangan dan Dakwah[gujarat]................tetapi......
Sjrah prnh mencatat bahwa hancurnya Majapahit adlh akibat pengaruh agresi kerajaan Islam Demak. Tapi sayang tak bnyak catatan rekaman pristiwa sjrah yg msih tertinggal,krn Agresor Muslim selalu menhancurkan skripsi,benda2 peninggalan Negara jajahanya[sprti penghancuran candi2 dan pembakakaran skripsi,lontar2 kuno]shingga yg trtinggal hnya cerita2 tentang keagungan dan kebenaran Muslim.
sbgi cntoh perbndingan.
1,Islam menghancurkan perpustakaan Alexandria Mesir, yang berisi jutaan buku ilmu pengetahuan serta sejarah Mesir. Karena begitu banyaknya, diperlukan waktu enam bulan untuk membakar habis buku2 tersebut
2,Lihatlah bagaimana Islam menghancurkan Universitas Nalanda, universitas Budha terbesar di dunia. Begitu pula pemusnahan terhadap simbol2 dan budaya Persia (Iran), Turki, serta negara2 lain yang telah dikuasai agresor Islam.
3,penghancuran slah satu Patung Budha[bamiyan]trbesar dan tertinggi di dunia oleh gerilyawan Iblis Taliban.
[sungguh agama yg tdk mempunyai cita rasa Seni ]
So dgn melihat bukti2 sprti diatas dan peninggalan2 candi dan skripsi yg hilang hncur lebur rata dgn tanah,cukup membuktikan bhwa Islam msuk ke Indonesia dgn jalan PEDANG,DARAH DAN
Update: referensi tambahan; dlm catatan sejarah Nabi Muhammad dikisahkan Nabi selalu memberikan 2 pilihan kpada musuh yg kalah[tawanan perang] PINDAH AGAMA MEMELUK ISLAM ATAU MATI DI PENGGAL ???
ReplyDeleteini sudh mnjadi bukti yg valid !
intinya rumor,isu,pernyataan Islam di sebarkan secara damai perlu dipertanyakan lagi.
Update 2: BAD BOY Return PraON HUnter@
sejak kapan tolol? ketika Islam menguasai andalusia kristen tetap mayoritas tidak ada paksaan dalam agama.ketika seseorang menjadi tawanan perang cuma ada 2 pilihan DITEBUS atau DIPERBUDAK.
Jawab;
wahai orang pintar kturunan onta arab yg budiman,baca ini;
coba luangkan waktu ente pergi ke warnet dan buka ini;
http://indonesia.faithfreedom.org/forum/daftar-orang2-yg-dipaksa-masuk-islam-t6196/page40.html
http://indonesia.faithfreedom.org/forum/daftar-pemenggalan-kepala-islamiyah-abad-20-21-t26971/page120.html
dan faktanya si Muhammad itu seorng Panglima Perang/pemimpin Garong..merampok dan menjarah suku2 yg tdk mau tunduk dan memeluk Islam, masak orang perang senjatanya dakwah n Kotbah ?? PEDANG lol [tuh buktinya pusaka nabi ente masih disimpan dgn rapi]
dan logikanya
1,manalah mungkin mayoritas Orang2 Indonesia dgn waktu yg SINGKAT dan hampir MENYELURUH berbondong2 mau pindah keyakinan memeluk Islam dgn hnya gara2 Dakwah dan Kotbah ?? [SAUDARA2 PINDAH M
satu persoalan lagi di malaysia...sesiapa yang keluaran dari agama islam atau murtad....akan dipenjarakan dan diseksa dalam penjara...,,,atau dimasukan ke pusat2 pemulihan akhlak...pertanyaan saya...dalam islam adakahkan ini yang dinamkan tiada paksaan dalam memilih agama???terang2 bahawa penjara itu tempat untuk orang2 yang bersalah dan dosa manusia itu adalah urusan tuhan...peliknya masih mengaku tidak menggunakan kekerasan...
ReplyDelete