"Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan." {Petikan dari surah Al-Maidah[Hidangan](5:96)}
1. Dalam surah Ar-Rahman[Maha Pemurah](55:13), Allah SWT telah berfirman yang berbunyi:
“Maka
yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?.”
2. Dalam surah Ar-Rahman ini, ayat ini diulangi oleh Allah SWT
sebanyak 31 kali. Selain dari ayat di atas, ia difirmankan lagi pada ayat-ayat 16,
18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 57, 59, 61,
63, 65, 67,69, 71, 73,75 dan 77. Apabila Allah menceritakan tentang nikmat yang
Dia berikan kepada manusia, maka ia akan disusuli dengan pertanyaan tersebut. Pertanyaan
kepada kita manusia yang pelupa, kufur nikmat dan tidak mahu berfikir.
3. Sesungguhnya terlalu banyak dan besar sekali nikmat yang telah Allah
berikan kepada manusia. Jika mahu
membilang atau menghitungnya nescaya kita tidak akan mampu melakukannya. Sehubungan dengan perkara ini Allah SWT
telahpun memberikan penegasanNya dalam firmanNya dalam surah An-Nahl[Lebah](16:18) yang berbunyi:
“Dan
jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tak dapat menentukan
jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
4. Antara nikmat itu ialah seperti tidur, bernafas, makan, minum,
boleh berjalan, melihat, mendengar, bercakap bahkan bersin juga adalah satu
nikmat. Namun bagi orang Islam, nikmat yang paling besar ialah nikmat Islam dan
iman.
5. Bagi posting kali ini saya hanya mahu membincangkan satu nikmat
sahaja, iaitu nikmat sumber makanan
berprotin dari khazanah laut yang Allah berikan kepada manusia, penduduk dunia
ini. Lautan dikatakan berkeluasan 71% dari keseluruhan permukaan dunia. Dari
dalam lautan yang luas terbentang inilah datangnya ratusan malah mungkin ribuan
jenis hidupan laut yang menjadi sumber makanan manusia. Antaranya pelbagai jenis ikan, sotong, ketam,
udang, rumpai laut dan pelbagai jenis lagi.
6. Sejak wujudnya manusia dimuka bumi ini ribuan tahun lalu,
manusia telah menjadikan hasil dari lautan ini sebagai sumber makanan dan
sumber protin mereka. Tidak ada siapa yang dapat memberikan jawapan
semenjak ribuan tahun lalu hingga kini, berapakah jumlah hidupan laut yang
telah ditangkap, dipunggah dan dijual SETIAP HARI DI SELURUH DUNIA untuk dijadikan makanan manusia. Berapa ribu tan?. Atau
berapa juta tan?. Hanya Allah SWT
sahaja yang maha mengetahui. Saintis menganggarkan terdapat 1,500 spesis ikan di dalam lautan yang terbentang luas itu. Keseluruhan hidupan laut itu Allah cipta dan dijadikannya untuk ditangkap oleh manusia diseluruh dunia. Tidak ada sebarang caj atau
bayaran dikenakan untuk sesiapa pun menangkap ikan atau hidupan laut lain. Manusia hanya perlu menyediakan kelengkapan
menangkap sahaja seperti bot atau kapal, pukat dan sebagainya. Begitulah pemurahnya Allah SWT
kepada hamba hambaNya.
7. Bagi negara Malaysia, jumlah hidupan laut (termasuk akuakultur)
yang telah ditangkap dan diunjurkan (2011 hingga 2020) berpandukan statistik
Jabatan Perikanan Malaysia adalah
seperti di bawah:
Sumber : Perangkaan Tahunan
Jabatan Perikanan Malaysia (2011-2014)
8. Akuakultur adalah gabungan dari 2 perkataan iaitu akua(air)
kultur(ternakan). Di Malaysia terdapat pelbagai jenis spesis ternakan
akuakultur. Bagi ikan air tawar ia
termasuklah ikan keli, ikan talapia, ikan lee koh, ikan lampam jawa, udang.
Bagi ikan air masin ataupun air payau pula seperti ikan kerapu hibrid, ikan
kerapu kertang, ikan kerapu harimau, ikan siakap dan ikan jenahak.
9. Data-data dari Food and
Agriculture Organization (FAO) Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan industri
perikanan dunia bagi tahun 2014 pula seperti berikut:
9.1. Jumlah tangkapan ikan di seluruh dunia
dianggarkan berjumlah 93.4 juta ton, termasuk juga tangkapan dari
sungai-sungai. Dianggarkan terdapat
sejumlah sekitar 4.6 juta kapal-kapal nelayan di seluruh dunia. 90% darinya adalah dari Asia dan Afrika.
Hanya 64,000 buah dari kapal-kapal itu berukuran 24 meter panjang atau lebih.
9.2. Seramai 57 juta orang terlibat dalam industri
perikanan. Satu pertiga darinya dalam sektor
akuakultur.
9.3. Produk perikanan berjumlah 1% dari nilai
perdagangan dunia dan ia menyumbang lebih dari 9% dari jumlah eksport pertanian
dunia.
9.4. Nilai eksport seluruh dunia berjumlah USD 148
billion ( RM 592 bilion). Ia meningkat dengan amat cepat berbanding dalam tahun
1976 yang hanya bernilai USD 8 billion (RM 32 bilion).
9.5. Sektor akuakultur – Pengeluaran seluruh dunia
berjumlah 73.8 juta tan. Ia termasuklah keluaran bukan ikan seperti udang,
ketam, sotong dan lain-lain. Nilainya dianggarkan berjumlah USD160.2 billion
(RM 640.8 bilion).
11. Rekod jualan termahal ikan di pasar ini bagi lelongan pertama tahun 2017 ialah seekor ikan tuna sirip biru (bluefin tuna) raksasa seberat 212 kg. (467 pound). Ia berharga USD 614,000.00 (RM 2,456,000.00) dan berjaya dibida oleh Kiyoshi Kimura, seorang taikun rangkaian restoran sushi terkenal di Jepun, Sushizanmai.
Kiyoshi Kimura dengan ikan tuna yang berjaya dibidanya |
Ikan-ikan tuna yang sedang dilelong |
Video lelongan ikan tuna di pasar Tsukiji
12. Cuba kita fikirkan sejenak tentang berjuta orang yang terlibat
dalam rentetan industri perikanan dan hidupan laut lain di dunia ini. Misalnya
berapa ramai yang bekerja membuat pukat, jala, bot, kapal nelayan. Berapa ramai pula mencari rezeki dengan
menjadi nelayan. Menjadi penjual ikan di
pasar pasar ikan yang tidak diketahui berapa juta bilangannya di seluruh dunia.
Berapa ramai yang boleh mencari rezeki dengan membuka restoran berasaskan
makanan laut yang amat digemari ramai. Berapa puluh ribu orang pula terlibat dalam
industri mengetin makanan laut dan sebagainya. Dari sebanyak itu nikmat yang
Allah berikan selama beribu tahun ini berapa
ramaikah yang memikirkan siapakah yang membesarkan ikan ikan dan hidupan laut
yang beribu juta jumlahnya dalam lautan itu.
13. Sedarkah kita bahawa tidak ada seorang manusia pun di atas muka bumi ini yang mampu mencipta dan menghidupkan ikan, membesarkan ikan–ikan itu melainkan Allah SWT. Allahlah yang memberikan makanan kepada ikan ikan di lautan itu untuk membesar (melainkan ikan–ikan akuakultur). Walaupun makanan bagi ikan-ikan dan hidupan lain akuakultur dibekalkan oleh pengusahanya tetapi yang menghidupkan ikan-ikan itu dan membesarkannya ialah Allah SWT juga. Bolehkah kita bayangkan apa akan jadi kepada manusia seluruhnya jika Allah mentakdirkan ikan di lautan tidak lagi bertelur untuk menghasilkan anak. Atau Allah mentakdirkan pupusnya ikan atau hidupan lain dalam lautan. Dari manakah manusia mahu mencari ganti sumber protin itu.
Video Kapal menangkap dan memproses ikan

Pesta tahunan mengail ikan di atas permukaan ais pada musim sejuk di Korea GAMBAR-GAMBAR PASAR IKAN DI 20 BUAH NEGARA |
Pasar ikan di Jakarta, Indonesia |
Pasar ikan di Greek |
Pasar ikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu |
Pasar ikan di Mumbai, India |
Pasar ikan di Jerman |
Pasar ikan di Sydney, Australia |
Pasar ikan di New Zealand |
Pasar ikan di Kathmandu, Nepal |
Pasar ikan di Manaus, Brazil |
Pasar ikan di Moscow, Rusia |
Pasar ikan di Norway |
JENIS JENIS RUMPAI LAUT YANG DIJADIKAN MAKANAN
PENANAMAN RUMPAI LAUT DI SEMPORNA, SABAH
14. Bagi orang bukan Islam, adakah mereka boleh berfikir ikan-ikan di lautan itu terjadi dengan sendiri tanpa adanya tuan yang menjaganya?. Mustahil sekali sesuatu itu terjadi dengan sendirinya tanpa penciptanya. Hanya athies sahaja yang tidak percaya kepada kewujudan tuhan yang mencipta dan mengatur alam semesta ini.

15. Hampir setiap minggu kita ke pasar untuk membeli ikan atau
hidupan laut lainnya. Kita pasti akan
melihat pelbagai jenis ikan dengan pelbagai warnanya, termasuk sotong, udang,
ketam, kerang dan lain-lain. Apakah
tidak pernah terlintas dalam fikiran kita untuk bertasbih, membesarkan Allah
serta mensyukuri nikmat pemberiaanNya yang berupa rezeki dari laut ini. Apa
yang selalu kita dengar di pasar ikan ialah hiruk pikuk dan suasana
bising. Apakah penjual-penjual ikan beragama
Islam yang mendapat rezeki dari Allah ini tidak pernah bersyukur dengan nikmat
pemberianNya?. Bertasbih kepadaNya?. Allah SWT telahpun memberi peringatan agar manusia sentiasa
bersyukur kepadaNya seperti firmanNya dalam surah Ibrahim(14:7) yang berbunyi:
“Dan
(ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu
bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya,
jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih".
16. Itu belum lagi mengambil kira hidupan laut yang bukan untuk dimakan tetapi tetap menjadi sumber pendapatan manusia. Misalnya ratusan jenis ikan berwarna warni dan batu batu karang (coral) yang dipunggah dari laut untuk dijual sebagai hiasan akuarium. Bila melihat keindahan dan kecantikan ikan ikan dan batu karang ciptaan Allah SWT ini pasti kita akan bertasbih kepadaNYA. Baru kita akan sedar bahawa di dasar laut itu tersimpan khazanah yang sangat hebat dan cantik. Mungkin lebih hebat dari apa yang kita lihat di atas permukaan bumi ini. Begitulah berkuasa dan bijaksananya Allah SWT.
17. Tidak ada apa lagi yang hendak diulas. Melainkan peringatan untuk diri saya dan semua para pembaca bahawa kita wajib BERSYUKUR dengan nikmat serta rezeki percuma yang diberikan oleh Allah SWT ini.
Video keindahan dalam dasar laut

"Dalam
perjuangan ini, idola kepada para pejuang ialah Rasulullah SAW. Sebagaimana
Rasulullah SAW merupakan seorang yang bersifat dengan sifat fatonah (cerdik),
demikianlah kita sebagai seorang pejuang, perlu bersifat dengan fatonah.
Fatonahnya kita ialah dengan mempelajari semula sejarah Rasulullah SAW dan
melaksanakan dalam kehidupan kita pada hari ini.” ~~ Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz
bin Nik Mat.
No comments:
Post a Comment