SARANG LEBAH BERBENTUK ALLAH |
1. Salah satu jenis binatang yang Allah firmankan dalam Al-Quraan ialah lebah. Surah ke 16 dinamakan dengan surah Lebah (An-Nahl). Dalam surah ini Allah berfirman tentang lebah yang berbunyi:
Dan
Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di
pohon-pohon kayu, dan di bangunan-bangunan yang dibuat manusia." (16:68)
MENGAMBIL SARANG LEBAH DI BUKIT |
SARANG LEBAH BERGAYUTAN DI POKOK TUALANG |
SARANG LEBAH DI TEPIAN RUMAH |
2. Lebah lebah madu menggunakan kaedah yang sangat menarik ketika membuat sarang. Mereka memulai dengan membina ruang-ruang tempat penyimpanan madu dari sudut-sudut yang berbeda, hingga pada akhirnya mereka bertemu di tengah. Setelah pekerjaan mereka selesai, tidak nampak adanya ketidakserasian pada ruang-ruang penyimpanan tersebut. Manusia sendiri mungkin tidak mampu membuat perancangan yang sempurna ini tanpa perhitungan geometris yang teliti, tetapi lebah mampu melakukannya dengan mudah.
3. Lebah membuat tempat penyimpanan/ruang menyimpan madu yang berbentuk
heksagonal (enam segi). Sebuah bentuk penyimpanan yang paling efektif dibandingkan dengan
bentuk geometris lain. Lebah menggunakan bentuk yang memungkinkan mereka menyimpan
madu dalam jumlah maksima dengan menggunakan bahan yang paling sedikit. Aspek
lain yang mengkagumkan adalah cara berkomunikasi sesama lebah. Setelah
menemukan sumber makanan, lebah pemadu yang bertugas mencari bunga untuk
pembuatan madu terbang lurus ke sarangnya. Ia memberitahu kepada lebah-lebah
yang lain arah sudut dan jarak sumber makanan dari sarang dengan sebuah tarian
khusus. Setelah memperhatikan betul betul isyarat gerak dalam tarian tersebut,
akhirnya lebah-lebah yang lainnya mengetahui kedudukan sumber makanan tersebut
dan mampu menemukannya tanpa kesulitan.
4. Sejak jutaan tahun yang lalu lebah telah menghasilkan madu
berpuluh kali ganda lebih banyak dari keperluan mereka. Satu-satunya alasannya adalah
supaya manusia juga turut dapat memperolehi manfaat dari madu yang mengandungi
ubat atau penawar ini. Hakikat ini dapat dirumuskan dari firman Allah yang
menyebut tentang tugas lebah seperti
dalam surah An-Nahl[Lebah](16:69) seperti berikut:
“Kemudian
makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai),
serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya
kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu)
yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari
berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang
membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”.
5. Tahukah kita apakah khasiat dan manfaat madu sebagai salah satu
sumber makanan yang Allah sediakan untuk manusia melalui serangga yang kerdil ini?.
Madu terhasil dari beberapa molekul gula seperti glukosa dan fruktosa serta
sejumlah mineral seperti magnesium, kalsium, potasium, sodium, klorin, sulfur,
besi dan fosfat. Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang
komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang
dimakan oleh lebah.
6. Dalam firman di atas, Allah menyebutkan penawar dari madu lebah.
Fakta bahawa madu lebah adalah penawar kepada pelbagai penyakit ini telah disahkan oleh para ilmuwan yang bermesyuarat dalam Persidangan Apikultur Sedunia (World Apiculture Conference) pada 20-26 September 1993 di China. Dalam persidangan
tersebut dibincangkan aspek perubatan dengan menggunakan ramuan yang berasal
dari madu lebah. Ilmuwan dari Amerika mengatakan bahawa madu, royal jelly,
serbuk sari dan propolis (getah lebah) dapat mengubati berbagai penyakit.
Seorang doktor berasal dari Romania pula mengatakan bahawa dia menggunakan madu
untuk mengubati pesakit katarak dan didapati 2,002 dari 2,094 dari pesakitnya
sembuh sepenuhnya. Doktor dari Poland juga mengatakan bahawa getah lebah (bee
resin/propolis) dapat membantu menyembuhkan penyakit seperti bawasir, penyakit
kulit, penyakit ginekologis dan berbagai penyakit lainnya.
7. Khasiat atau penawar lain dari madu lebah ialah:
7.1. Boleh di gunakan untuk mengurangi gejala yang
timbul dari alergik dan asma.
7.2. Menurunkan berat badan.
7.3. Berfungsi untuk menjaga saluran pencernaan
agar tetap sihat dan terhindar penyakit.
7.4. Mampu mengubati batuk dan radang halkum
apabila dicampur madu dengan lemon.
7.5. Penambah tenaga seseorang, kerana ia memiliki rasa manis yang asli.
7.6. Mampu meningkatkan kekebalan tubuh seseorang agar tidak mudah terserang
penyakit yang berbahaya kerana madu memberikan nutrisi yang banyak untuk tubuh
manusia.
7.7. Boleh digunakan sebagai mencegah bakteria
jahat yang akan menyerang badan manusia.
7.8. Mampu mengatasi masalah insomnia atau susah
tidur di malam hari.
7.9. Selain menjadi penawar bagi pelbagai penyakit,
madu lebah juga memiliki fungsi lain untuk kesehatan luar tubuh badan seperti
untuk perawatan kulit wajah agar tetap
terjaga kesehatan kulit wajah seseorang dan baik juga untuk rawatan rambut.
8. Maka benarlah firman Allah SAW di atas lebih 1,400 tahun lalu
bahawa madu lebah mampu menjadi penawar pelbagai jenis penyakit. Rasulullah SAW juga menjadikan madu lebah
sebagai salah satu makanan baginda kerana khasiatnya.
9. Berdasarkan dua firman di atas, jelaslah bahawa lebah-lebah menjalankan perintah dari Allah SWT kepada mereka. Tiga gambar-gambar sarang lebah di Para 1 di atas membuktikannya. Jika lebah pun mematuhi arahan dan perintah dari Allah SWT, masakan kita manusia yang dikurniakan akal fikiran yang sehat ini boleh mengengkarinya. Fikir-fikirkanlah.
VIDEO PEMBUATAN SARANG OLEH LEBAH MADU
9. Berdasarkan dua firman di atas, jelaslah bahawa lebah-lebah menjalankan perintah dari Allah SWT kepada mereka. Tiga gambar-gambar sarang lebah di Para 1 di atas membuktikannya. Jika lebah pun mematuhi arahan dan perintah dari Allah SWT, masakan kita manusia yang dikurniakan akal fikiran yang sehat ini boleh mengengkarinya. Fikir-fikirkanlah.
“Bila kita membeli
belah di kedai, kita tukarkan duit dengan barang. Oleh yang demikian kita tidak
sayang belanjakan duit kerana nampak barang di depan mata. Sebaliknya, sedarkan kita apabila kita
taburkan duit untuk kebaikan, ia seperti kita membeli pahala dengan duit
kita. Walaupun pahala ini benda yang
tidak nampak, tetapi itulah duit kita di akhirat.” ~~ Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Sebahagian kandungan dipetik
dari blog saintismuslim.blogspot.my
No comments:
Post a Comment