1. Posting kali ini adalah merupakan posting ketiga dan terakhir.
Ia adalah sambungan kepada dua posting sebelum ini yang telah diterbitkan pada
9.10.2017 dan 15.10.2017 lalu. Sebelas lagi firman Allah SWT dalam Al-Quran
tentang tajuk kali ini ialah:
1.1. Adakah
Nabi Isa pernah mengaku jadi tuhan (Did
Jesus claim to be God?)
Allah
SWT berfirman dalam surah Al-Maidah[Hidangan](5:116)
yang berbunyi:
“Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman:
"Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah
daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab:
"Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu
yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka
tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada
diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana
sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.”
(5:117)
"Aku tidak mengatakan kepada mereka
melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah
kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu ' dan adalah aku menjadi pengawas
terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah)
selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan
tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau
jualah yang menjadi saksi atas tiap-tiap sesuatu.”
1.2. Katakan,
“Hanya satu” (Say, “one and only”)
Allah
SWT berfirman dalam surah Al-Ikhlas(112:1)
yang berbunyi:
“Katakanlah (wahai Muhammad):
"(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.”
(112:2)
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian
makhluk untuk memohon sebarang hajat”
(112:3)
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak
diperanakkan.”
(112:4)
"Dan tidak ada sesiapa pun yang
serupa denganNya".
1.3. Kedatangan
Nabi Isa kali kedua (Second coming of
Jesus)
Allah
SWT berfirman dalam surah Al-Nisa’[Kaum
Wanita](4:159) yang berbunyi:
“Dan tidak ada seorang pun dari kalangan
ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada
hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.”
Allah
SWT berfirman dalam surah Az-Zukhruf[Perhiasan](43:61) yang berbunyi:
“Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda
kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat)
itu, dan turutlah (petunjuknya); inilah jalan yang lurus.”
1.4. Apa terjadi kepada risalah Nabi Isa yang
benar (What happened to Jesus true
message)
Allah
SWT berfirman dalam surah Ali
Imran[Keluarga Imran](3:79) yang berbunyi:
“Tidaklah patut bagi seseorang manusia
yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi,
kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu
menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah
Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi
orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal
yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan
kerana kamu selalu mempelajarinya.”
Allah
SWT berfirman dalam surah Al-Maidah[Hidangan](5:14)
yang berbunyi:
“Dan di antara orang-orang yang
berkata:" Bahawa kami ini orang-orang Nasrani", Kami juga telah
mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan)
sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan
perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat; dan
Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan.”
1.5. Ikut
Nabi Isa ataupun ikut gereja (Follow
Jesus or follow the church?)
Allah
SWT berfirman dalam surah At-Taubah[Pengampunan](9:31)
yang berbunyi:
“Mereka menjadikan pendita-pendita dan
ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga
(mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak
diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang
berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka
sekutukan.”
1.6. Setiap
orang bertanggungjawab terhadap dosa yang mereka kerjakan (Vicarious atonement or personal accountability)
Allah
SWT berfirman dalam surah Al-An’am[Binatang
Ternakan](6:164) yang berbunyi:
Katakanlah: "(Sesudah aku
mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan
selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah
(kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah
sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan
memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian
kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan
apa yang kamu berselisihan padanya.”
1.7. Siapa
yang boleh memasuki syurga (Who can enter
paradise?)
Allah
SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah[Lembu
Betina](2:111) yang berbunyi:
“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata
pula: "Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang beragama
Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka
sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan
yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu
orang-orang yang benar".
(2:112)
“(Apa yang kamu katakan itu tidaklah
benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi
perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan
beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak
akan berdukacita.”
1.8. Nabi
Isa sebenarnya (The real Jesus)
Allah SWT berfirman dalam
surah Maryam(19:34) yang berbunyi:
“Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa
Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya,
yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.”
1.9. Cabaran
untuk menghentikan semua hujah (A
challenge to stop all arguments)
Allah
SWT berfirman dalam surah Ali
Imram[Keluarga Imran](3:61) yang berbunyi:
“Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai
Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka
katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta
anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu,
dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan
bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada
orang-orang yang berdusta.”
1.10. Apakah
berita baik dalam ajaran Nabi Isa (What
was the good news in the gospel of Jesus?)
Allah
SWT berfirman dalam surah Al-A’raf[Tempat
Yang Tinggi](7:157) yang berbunyi:
"Iaitu orang-orang yang mengikut
Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis
(namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka.
Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka
daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka
segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk;
dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada
pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya,
juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya
(Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.”
Allah SWT berfirman dalam
surah As-Saff[Barisan](61:6) yang
berbunyi:
Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi
Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh
Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu
Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul
yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia
datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka
berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"
1.11. Nabi
Muhammad dan Quran: Kebenaran yang terpelihara (Prophet Muhammad and Quran:Truth Restored)
Allah
SWT berfirman dalam surah An-Nisa’[Kaum
Wanita](4:170) yang berbunyi:
“Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya
telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad SAW) dengan membawa kebenaran
dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah
baiknya bagi kamu. Dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak
mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah
jualah segala yang ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa Mengetahui
lagi Maha Bijaksana.”
Allah
SWT berfirman dalam surah Al-Maidah[Hidangan](5:15)
yang berbunyi:
“Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah
datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu
banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan
dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak
perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya
kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas
nyata keterangannya.”
(5:16)
“Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan
jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut
keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur)
kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya
juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.”
2. Dalam 3 artikel secara berturut-turut ini, iaitu ada
9.10.2017 dan 15.10.2017 dan kali ini
kita dapat melihat firman–firman Allah SWT yang berkaitan dengan pegangan dan
kepercayaan agama Kristian. Al-Quran
telah menjelaskan kebenaran untuk menolak fakta-fakta yang salah dalam agama
Kristian.
3. Semoga apa yang dipaparkan dalam tiga keluaran/posting ini
dapat membantu pembaca blog ini untuk memahami firman Allah SWT dalam konteks
ajaran Kristian.
"Kebangkitan
Islam sekarang telah berlaku di seluruh dunia. Ia tidak boleh disekat, umpama
sebiji bola yang ditekan ke dalam air, semakin ia ditekan, semakin ia akan
melantun naik. Oleh itu kuatkan hubungan dengan Allah, tahajjud jangan
ditinggal, kalau boleh menangis, menangislah di hadapan Allah SWT.” ~ Mutiara
Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Sebahagian kandungan dipetik dari risalah yang disediakan
kepada pengunjung di Masjid Putra, Putrajaya.